Friday, 15 February 2019

CROWD 99 @ Imago Shopping Mall


Crowd 99 merupakan kedai manisan yang paling popular di Sandakan kerana keenakan berbagai pencuci mulut yang ternama , ia juga mempunyai cawangan di sini bahagian Kota Kinabalu yang berada di sini sebuah shopping mall iaitu Imago . Bagi saya memang tak merugikan mencuba pencuci mulut di sini , ia juga terdapat berbagai minuman juga yang sentiasa mendapat sambutan bagi setiap pelanggan yang mengunjungi kafe ni , buat masa ni saya telah mencuba minuman sejuk iaitu " hazelnut chocolate " . Minuman ni memang rasa sedap dan dapat merasakan keharuman chocolate yang asli pada minuman ni , dengan harga RM 11 aje kalau sejuk dan panas hanya RM 9 . Oleh tu bagi saya memang berbaloi mencuba minuman ni juga dan memberi lima bintang tentang kafe ni juga . 

Kalau ada masa boleh datang mencuba sendiri dengan membawa keluarga atau kawan-kawan datang ke sini menikmati minuman dan pencuci mulut lain di sini , Sebenarnya juga kafe ni mempunyai " signature dessert " iaitu ais-krim dan memang cukup mendapat sambutan terhadap ais-krim ni juga kerana ia berbeza dengan ais-krim yang kita pernah rasa di luar sana selama ni juga , oleh tu jangan lepaskan peluang untuk mencuba " signature dessert " di CROWD 99 cafe ni kerana memastikan kamurang juga berasa memuaskan hati dan pasti akan kembali untuk mencuba lagi , masa beroperasi ialah 10:00 pagi - 10:00 malam , oleh tu mari kita ramai-ramai mengunjungi kafe ni .....




SPK 1-02 , First Floor , 
Imago Shopping Mall , 
Kota Kinabalu ,
Sabah .


Monday, 11 February 2019

Cenderamata Hari Kekasih : Gem And Feathers

Hari Kekasih tinggal berapa hari lagi untuk menyambut bersama orang kesayangan di dalam hidup ni , pasti menyediakan hadiah yang istimewa untuk orang kesayangan pada hari kekasih ni . Saya di sini ingin memperkenalkan satu tempat yang mempunyai cenderamata yang paling sesuai untuk orang kesayangan ni juga , biarpun nampak simple tapi dapat menawan hati orang kesayangan kamurang semua . Nama tempat ni ialah Gem And Feathers dengan mempunyai cenderamata buatan sendiri , ia memang cantik dan juga menarikan hati juga , ni memang tak merugikan kalau menjadikan hadiah hari kekasih juga . Tentang cenderamata buatan sendiri ni ialah bunga ros yang diletakan di dalam berbagai bentuk balang dan menjadikan lebih menarik dan mempunyai kelas sendiri . 

Pereka ni juga mempunyai potensi dengan berjaya menghasilkan cenderamata yang menarik ni , ia juga mempunyai peminat sendiri yang tertarik hati tentang cenderamata ni juga . Olehtu jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan satu sebagai cenderamata untuk orang kesayangan pada hari kekasih nanti , bagi saya ni merupakan cenderamata yang terbaik juga . Gem And Feathers juga sentiasa mendapat sambutan orang ramai , tak kira hari biasa atau hari kekasih ni juga . Sebenarnya cenderamata ni juga boleh menjadikan penghiasaan di rumah juga dan menjadi keadaan susana di rumah lebih menarik dengan harmoni , bagi peminat bunga ros ni , Gem And Feathers pasti tak akan mengecewakan hati semua tentang cenderamata ni juga . Tentang harga cenderamata ni juga memang berpatutan untuk setiap pembelian bagi setiap peminatnya , akhir sekali saya Lanseikong sebagai lifestyleblogger di sini ingin mengucapkan juga " Selamat Hari Kekasih " untuk seluruh dunia ni .....








Tuesday, 5 February 2019

Makanan Tradisi Tahun Baru Cina : Nian Gao


Sempena Tahun Baru Cina Pertama ni , saya di sini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dengan semua kaum budaya cina yang berada di seluruh dunia , dalam tahun cina pertama ni saya di sini ingin memperkenalkan sejenis makanan tradisi perayaan cina iaitu " Nian Gao " dan sentiasa wajib ada pada setiap tahun baru cina sebagai melambangkan keharmonian kaum cina . Sebenarnya " nian gao " ni boleh goreng bersama telur atau makan gitu saja , pada tahun cina pertama ni juga memang untuk bersama keluarga dan berkumpul semua di rumah dengan merayakan dalam keadaan susana meriah dengan berbagai hidangan makanan yang tersedia . Kembali tentang " nian guo " juga mempunyai sejarah tradisi sendiri , makanan tradisi ni juga merupakan makanan paling penting bagi kaum cina pada perayaan tahun baru cina ni juga . 

Dalam kepercayaan juga "  nian gao " ni juga untuk menyembah dewa dapur pada tahun baru cina ni juga , supaya kembali ke syurga dengan melapor diri sambil memghantar laporan untuk mahadewa " Nyuk Wang Ta Di " tentang suasana keadaan rumahtangga . Makanan " nian gao " ni juga di buat daripada tepungpulut , itulah bila makan mesti merasakan melekit mulut . Tentang " nian gao " ni juga mempunyai nama yang baik dan berbentuk bulat , biarpun nama " gao " ni merupakan kuih dan juga mempunyai maksud lain iaitu " tinggi " dan itulah maksud " nian gao " ialah " tinggi setahun " dan memang mempunyai maksud yang bermakna . Akhir sekali saya Lanseikong di sini mengucapkan Gong Xi Fa Cai untuk semua budaya cina di seluruh dunia ni ......

Gong Cha @ Suria Sabah

Gong Cha merupakan sejenis minuman Taiwan yang serupa hampir dengan minuman yang lain , tapi   minuman ni makin berkembang di seluruh dunia ...