Friday 15 February 2019

CROWD 99 @ Imago Shopping Mall


Crowd 99 merupakan kedai manisan yang paling popular di Sandakan kerana keenakan berbagai pencuci mulut yang ternama , ia juga mempunyai cawangan di sini bahagian Kota Kinabalu yang berada di sini sebuah shopping mall iaitu Imago . Bagi saya memang tak merugikan mencuba pencuci mulut di sini , ia juga terdapat berbagai minuman juga yang sentiasa mendapat sambutan bagi setiap pelanggan yang mengunjungi kafe ni , buat masa ni saya telah mencuba minuman sejuk iaitu " hazelnut chocolate " . Minuman ni memang rasa sedap dan dapat merasakan keharuman chocolate yang asli pada minuman ni , dengan harga RM 11 aje kalau sejuk dan panas hanya RM 9 . Oleh tu bagi saya memang berbaloi mencuba minuman ni juga dan memberi lima bintang tentang kafe ni juga . 

Kalau ada masa boleh datang mencuba sendiri dengan membawa keluarga atau kawan-kawan datang ke sini menikmati minuman dan pencuci mulut lain di sini , Sebenarnya juga kafe ni mempunyai " signature dessert " iaitu ais-krim dan memang cukup mendapat sambutan terhadap ais-krim ni juga kerana ia berbeza dengan ais-krim yang kita pernah rasa di luar sana selama ni juga , oleh tu jangan lepaskan peluang untuk mencuba " signature dessert " di CROWD 99 cafe ni kerana memastikan kamurang juga berasa memuaskan hati dan pasti akan kembali untuk mencuba lagi , masa beroperasi ialah 10:00 pagi - 10:00 malam , oleh tu mari kita ramai-ramai mengunjungi kafe ni .....




SPK 1-02 , First Floor , 
Imago Shopping Mall , 
Kota Kinabalu ,
Sabah .


No comments:

Post a Comment

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...