Saturday 27 April 2019

Domino's Pizza @ The Walk Riverson

Saya di sini ingin mengucapkan ribuan terima kasih dulu dengan Domino's Pizza kerana menjemput saya dan kawan-kawan blogger saya sebagai food testing di sini , memang berasa bangga dengan atas jemputan ni juga . Sebenarnya Domino Pizza ni merupakan satu restoran makanan segera yang sentiasa mendapat sambutan pada ramai orang , paling isitimewa ialah menu utamanya iaitu piza . Tentang piza di sini lebih luar biasa dan lebih sedap serta rangup di sisinya , ia juga agar nipis dan memang boleh dikatakan makanan segera yang sedap dan terbaik . Oleh tu jangan lepaskan peluang membawa sesisi keluarga ataupun kawan-kawan kunjungilah restoran ni dengan mencuba makanan segera di sini .



Tentang keadaan susana di sini cukup menyenangkan dengan staf yang penuh periang dan peramah , oleh tu juga saya di sini memberi lima bintang . Balik ke topik tentang piza ni memang cukup enak dan tidak akan membuat setiap pelanggan dengan citarasa yang enak ni , ia di sini terdapat berapa jenis piza yang diperkenalkan kepada saya dan kawan-kawan blogger saya yang lain . Saya sempat mengambil gambar tapi masalah kamera handphone saya ni ada masalah sedikit dan menyebabkan gambar yang saya ambil sedikit kabur , oleh tu saya minta maaf atas kamera handphone saya ni . tentang setiap piza ni juga mempunyai berbagai jenis rasa yang kita tak pernah cuba sebelum ni atau ia tak sama dengan piza yang kita pernah makan di luar sana . 

Tentang piza " ikan bilis spicy " memang boleh dikatakan memang luar biasa resipi ni , kerana ni pertama kali dapat merasakan piza jenis macam begini , bagi saya memang sedap dengan dapat merasakan ikan bilis serta kepedasannya pun boleh tahan , kalau kamurang suka makan pedas dan piza ni akan menjadi pilihan menu utama dalam hidangan kamurang . Setiap cebisan piza ni memang mempunyai ikan bilis , oleh tu resipi ni tak akan mengecewakan kamurang juga , tentang resipi ni boleh dikategori sebagai " piza tempatan " juga , saya di sini memberi markah penuh tentang resipi piza " ikan bilis spicy " ni juga .

Manakala piza " classified chicken " pula , hidangan ni cukup mempesonakan juga kerana , citarasa rasa ni tak sama dengan piza ayam yang di luar sana . Kalau saya suka piza " hawaiian chicken " di luar sana dan bila merasakan ni pula " classified chicken " memang membuat menambah selera tentang resipi ni , oleh tu mungkin akan datang saya akan mencuba resipi piza ni lagi dan mungkin akan juga menjadi pilihan saya selain piza " hawaiian chicken " yang selalu mencuba di luar sana  , tentang berbagai ramuan juga untuk piza ni iaitu " chicken pepperoni " , " cendawan " serta " roasted chicken " betapa enak tentang hidangan ni dan pasti mencuba .




Bagi saya setiap hidangan makanan segera ni di atas meja memang agak susah sedikit memilih kerana setiap hidangan ni memang sedap dan juga boleh menyebabkan menjatuhkan air liur juga serta mata pun nampak memjadi besar .... hehe , setiap hidangan utama ni juga terdapat hidangan sampingan , tentang hidangan sampingannya juga tak kurang hebatnya terdapat paha ayam goreng , roti dan juga berbola daging . oleh tu jangan lepaskan peluang datang untuk memcubanya dan pasti membuat anda semua tak akan rasa kecewa dengan setiap pilihan ni .

Tentang piza "  hand tossed extravaganza " pula iaitu sejenis resipi piza yang juga biasa tak kurang hebatnya dan ia tak sama dengan " pan pizza " , apa perbezaan tentang kedua-dua jenis piza ni ? Sebenarnya " hand tossed extravaganza " boleh di katakan sangat lembut berbanding dengan " pan pizza " , oleh tu kalau ingin mencuba " hand tossed " ni boleh datang ke sini dengan menilaikan sendiri tentang resipi piza ni .

Akhirnya sekali lagi saya Lanseikong sebagai lifestyle blogger di sini ingin mengucapkan terima kasihbatas jemputan dari Domino's Pizza dan juga berasa bangga dengan mendapat peluang ni , tentang lokasi restoran fastfood ni juga terdapat di bawah .....






Domino's Pizza
B-G-1 , B-G-2 , B-G-3 ,
Ground Floor , 
Riverson Walk ,
Lorong Riverson @Sembulan ,
Off , Jalan Coastal ,
88100 , Kota Kinabalu ,
Sabah . 

Masa Operasi : 10:30 am - 11:00 pm



Saturday 20 April 2019

SPCA Fundraising Market @ The Walk Riverson

SPCA Fundraising Market telah diadakan di sini The Walk Riverson , ia cukup meriah dengan persembahan pemuzik tempatan yang cukup membuat semua pengunjung terhibur yang menghadiri aktiviti ni juga , bukan tu saja , terdapat juga persembahan tarian yang hebat menyebabkan semua remaja terpersona dengan menyaksikan persembahan tarian ni . Bagi saya sendiri pun juga terhibur tentang setiap persembahan ni tak kira menyanyi atau menari , memang tak merugikan dapat menghadiri aktiviti ni juga . 

Dalam keadaan susana ni pun ramai pengunjung yang datang tak kira tempatan atau asing dengan menambah mewarnai susana tersebut . Selain acara persembahan , di sini juga terdapat berbagai gerai-gerai menjual kraftangan , lukisan hasil tangan dan juga makanan serta minuman . Setiap gerai ni mendapat sambutan dari setiap pengunjung , saya di sini sempat menangkap berapa keping gambar biarpun masa tak mengizinkan saya lebih lama berada di sini . 



Bila dalam keadaan hujan juga di sini  , suasana aktiviti ni tak juga terganggu dan tetap meneruskan sampai ke penghujung aktiviti ni . Saya juga nampak wajah-wajah penjual di setiap gerai agak letih sikit tapi tetap memberi senyuman dan layanan mesra terhadap setiap pengunjung , ni memang mendapat pujian untuk setiap penjual di gerai . tentang setiap harga barang disetiap gerai juga tak berapa mahal dan memuaskan hati  , oleh tu saya mengharapkan lebih banyak aktiviti lagi akan datang yang berada di sini kawasan dengan lebih banyak tarikan dari pengunjung tempatan ataupun asing . 



Sebenarnya aktiviti ni juga ialah untuk pendermaan dana untuk setiap binatang peliharaan yang terbiar di luar sana , ni la tujuan SPCA untuk membuat aktiviti ni sebagai pendermaan dana , bagi saya aktiviti ni kira cukup berjalan lancar dan juga memuaskan hati semua . Tentang anjuran aktiviti ni juga selain dari SPCA terdapat juga berapa organizer lain untuk menjayakan aktiviti ni juga iaitu pelajar di Institut Sinaran dan Riverson sendiri , manakala ia disponsorkan oleh Andrew Lee Event dan Orange . Betapa hebat tentang aktiviti ni dan juga ingin mengucapkan terima kasih tentang semua organizer yang bekerjasama dengan memajukan aktiviti ni , dan mengharapkan lebih banyak organizer sedia membantu untuk setiap acara aktiviti akan datang juga .

Saya juga di sini akan mengikut juga perkembangan setiap aktiviti akan datang juga ni yang dijalankan di kawasan sini , oleh tu siapa yang berada ada di luar sana sebagai pengiat seni yang mempunyai bakat boleh juga mencuba menjalankan aktiviti hasil kerja seni di sini supaya lebih ramai lagi mengenali kawasan ni lebih dekat lagi serta hasil kerja tangan masing-masing yang dapat memberi tarikan hati untuk setiap pengunjung di sini .





Tentang gerai penjual minuman yang dikatakan popular juga iaitu Uinah Sabah dengan menjual minuman alkohol yang jenis bir halia , biarpun saya belum lagi cuba tapi boleh imagine minuman ni memang sedap dan luar biasa rasanya . Mungkin akan datang saya akan mencubanya juga supaya boleh blogging ni penggiat minuman yang hebat ni , tentang layanan terhadap pelanggan pun agak baik dan peramah dari dua orang gadis pelayan yang jelita . Tentang gerai penjual kedua pula iaitu penjual tanaman , saya tak tau apa jenis tanaman ni sebab lupa saya menanya ..... hehe . Tapi penggiat tanaman ni juga dihasilkan oleh semua remaja lelaki yang berbakat dan periang mereka semua , sempat saya menangkap gambar mereka sebelum saya beredar dari kawasan tu juga .

Akhir sekali saya di sini ingin berasa sangat gembira kerana dapat menhadiri aktiviti ni dengan cukup meriah dan susana yang hebat . Saya di sini juga ingin memuji semua pemuzik-pemuzik juga yang berbakat dalam bidang nyanyian dan alat muzik dan mereka tetap mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang hiburan ni juga , apapun saya sebagai lifestyle blogger tetap memberi sokong terhadap setiap aktiviti yang diadakan tak mengira di mana berada ...








Sunday 14 April 2019

Gong Cha @ Suria Sabah

Gong Cha merupakan sejenis minuman Taiwan yang serupa hampir dengan minuman yang lain , tapi minuman ni makin berkembang di seluruh dunia termasuk di negara kita Malaysia . Minuman memang popular dan selalu mendapat sambutan hangat di sekitar orang ramai , tentang minuman ni juga terdapat berbagai jenis pilihan yang sentiasa menjadi pilihan utama . Oleh tu jangan melepaskan peluang untuk mencuba minuman yang berasas dari Taiwan ni . 

Pada semalam ni saya telah mengujungi Gong Cha yang terletak di dalam sebuah pusat beli belah iaitu Suria Sabah sambil mencuba minuman di sana dan juga mendapati memang banyak jenis minuman pilihan yang sedap Akhirnya saya telah mencuba satu minuman di sini iaitu " salt caramel chocolate " , minuman ni memang cukup rasa dengan rasa keaslian dan juga memang terdapat rasa masin yang membuat minuman ni sedap bila minumnya . Tentang harga minuman ni ialah RM 10.50 dan memang berbaloi dapat merasakan minuman terbaik ni juga . Oleh tu boleh mencuba sendiri dan menilai keaslian minuman sebenar ni , memang berbaloi dengan harga berpatutan . Oleh tu juga boleh membawa family ataupun kawan-kawan datang ke sana untuk menikmati berbagai jenis minuman di sana . 



Pada akhir sekali ialah saya ingin mengatakan ialah layanan terhadap pelanggan ni juga agak memuaskan dan juga penuh kemesraan . Sebenarnya gong cha ni juga dah lama wujud sudah di sana Hong Kong iaitu pada 2006 . Mungkin ada yang akan bertanya kenapa minuman ni adalah berasas Taiwan tapi kenapa muncul kedai yang pertama di Hong Kong ? kalau semua ingin tau jawapan sebenar , boleh mencari di sana Google juga ya . Sebenarnya ni ialah terdapat berapa orang rakyat Hong Kong yang menetap di sana Taiwan dulu sambil belajar membuat minuman taiwan , akhirnya mereka membuat keputusan membawa balik apa yang mereka belajar dan membuka kedai yang pertama di sini Hong Kong , memang menarik tentang sejarah ni juga .

Akhirnya gong cha ni mula berkembang ke seluruh dunia pada tahun 2012 dan juga mendapat sambutan hangat tentang minuman yang menarik ni juga . Sampai sekarang gong cha masih terus berkembang dengan menghasilkan lebih banyak minuman yang lebih sedap lagi , oleh tu saya sendiri pun harap dapat merasakan minuman jenis lain di sini gong cha pada masa akan datang lagi ......





Gong Cha 
Suria Sabah Shopping Mall ,
14 , Lorong Dewan , 
Pusat Bandar Kota Kinabalu ,
88000 Kota Kinabalu , 
Sabah . 




Thursday 11 April 2019

Hotel Bertaraf Lima Bintang : Pullman KLCC


Hari ni saya ingin memperkenalkan sebuah destinasi penginapan  yang juga merupakan banyak pelancong dari luar negara ataupun tempatan pasti memilih tempat penginapan ni yang sentiasa menawan hati mereka , nama destinasi penginapan ni ialah Pullman KLCC yang boleh dikatakan tempat penginapan yang bertaraf lima bintang juga ni ya . Tentang setiap rekaan di dalam hotel ni juga memang menarik dan mempunyai kelas sendiri , ia mempunyai berbagai bilik hotel yang mempunyai berapa kelas sendiri , bagi saya ni merupakan hotel yang terbaik di sini bandar . 



Tentang hotel bertaraf lima bintang ni juga terdapat di berapa tempat lain lagi iaitu Bangsar , Putrajaya dan Kuching oleh tu boleh dikatakan ia memang tak asing lagi bagi setiap pelancong yang datang dengan memilih hotel ni sebagai penginapan mereka . Tentang kelebihan hotel ni ialah terdapat 6 buah restoran dan bar dengan menyediakan berbagai jenis aneka masakan untuk semua pelanggan di sini , paling menarik ialah tingkat 10 tentang mempunyai kolam renang , taman reakeasi , kawasan kanak-kanak , bahagian senaman , bar tepi kolam renang dan akhir sekali ialah spa . 

Bahagian restoran pula ialah " red chinese cuisine " , " sedap restaurant " , " enju " , " blu bar n cigar " living space " dan " terrace poolside bar n grill " . Oleh tu jangan melepaskan peluang untuk menikmati aneka masakan yang berbagai citarasa di setiap restoran ni dan juga dapat merehatkan minda di bahagian bar yang selalu mendapat sambutan juga . Manakala tentang bahagian " spa n fitness " memang tempat selalu dikunjungi oleh setiap tetamu di hotel ni juga untuk sentiasa mengamalkan kesihatan dalaman dan luaran juga , ada satu bahagian lagi di sini iaitu " the zone " merupakan kawasan hiburan dan pusat permainan video game . 




Hotel ni juga akan ubahsuai dengan memberi nafas baru  terhadap keadaan hotel yang bertaraf lima bintang juga , tentang ubahsuai dalaman hotel ni juga lebih menarik dan berasas antarabangsa rekaan dalaman ni juga . Pullman KLCC ni terletak di lokasi bandar yang mempunyai shopping mall ,  bahagian perniagaan dan juga mempunyai jejantas yang sentiasa dapat connecting pada setiap kawasan yang berhampiran . Tentang harga untuk membuat penginapan di hotel ni juga memang berpatutan dan memuaskan hati pelanggan di sini , bahagian bilik-bilik di sini hotel juga mempunyai rekaan yang kualiti serta tidak mengecewakan tentang keadaan setiap bilik hotel ni juga . 

Ia mempunyai berbagai pilihan bilik hotel yang sesuai untuk setiap pelanggan yang menginap di sini seperti " deluxe room " , " executive club room " , " executive suite , " premium deluxe room  " , " 1-bedroom residence " , " presidental suite " , " 2-bedroom family residence " dan " junior suite " , oleh tu memang tak susah untuk membuat penginapan di sini , yang mempunyai berbagai bilik pilihan semua . Terdapat juga berbagai kemudaan lain di hotel bertaraf lima bintang ni juga seperti perkhimatan bilik dan tempat letak kereta , oleh tu memang cukup memuaskan hati pelanggan di sini , tentang pembayaran juga agak mudah iaitu boleh menggunakan kad debit semasa check-in ataupun check-out . Tentang harga untuk membuat penginapan di hotel ni hanya RM 388 untuk 1 malam , ni harga memang berpatutan bagi setiap pelanggan yang ingin menginap di sini . 

Akhir sekali saya di sini ingin mengatakan hotel yang bertaraf lima bintang ni juga mempunyai sistem pengurusan yang baik serta layanan terhadap pada setiap tetamu yang mesra , oleh tu ni betul-betul satu imej hotel bertaraf lima bintang di Malaysia ataupun di dunia ni juga dengan menjamin keselesaan pada setiap pelanggan yang menginap di sini ......

















Wednesday 3 April 2019

Pemandangan Musim Sakura Yang Indah

Ketibaan musim melihat bunga Sakura di sana Jepun sudah mula mewarnai alam sekitar di luar sana , ia memang satu pelancongan paling menarik dan bermakna dengan dapat melihat pemandangan yang indah ni . Bagi saya ni memang merupakan satu kenangan manis bagi setiap pelancong dari setiap negara datang ke sini untuk melihat musim bunga sakura ni juga pada setiap tahun , ia juga memang tak merugikan kalau dapat menambahkan satu pengalaman hidup baru juga ni . Setiap pelancong melihat bunga sakura ni dengan bergambar di bawah bunga-bunga sakura yang indah sebagai kenangan hidup ni juga , oleh tu kalau ada peluang mesti datang ke sini Jepun untuk melihat bunga sakura ni juga secara lebih dekat dari kita hanya selalu melihat di tv kat rumah aje . 



Sini terdapat berbagai jenis bunga sakura yang saya ingin memperkenalkan dengan semua di sini juga atau boleh juga mencari di sana google tentang bunga sakura ni juga , bunga sakura ni yang terdapat di atas gambar ni ialah Somei Yoshino iaitu sejenis sakura yang paling terkenal di jepun juga kerana yang menarik ialah pokoknya hanya mengeluarkan bunga aje tanpa daun dan bila masa ia gugur baru muncul daunnya hijau mulai tumbuh untuk menggantikan bunganya yang gugur sudah . 

Bunga sakura jenis kedua ialah Shidarezakura atau dalam bahasa english ialah " weeping cherry " , tentang sakura jenis ni ialah dahan pokoknya berjuntai ke bawah dan sangat rendah juga . Warna bunga ni kebiasaan ialah merah jambu terang dan boleh membahagikan kepada dua jenis juga ni , pada asalnya bunga ni juga lebih dari lima kelopak dan ia berbunga pada awal musim seminggu pertama , boleh melihat sakura jenis ni di bawah gambar ni juga . 



Musim sakura ni juga memang dinanti-nantikan kerana ia hanya datang pada setahun sekali aje , oleh tu jangan melepaskan peluang untuk melihat keindahan alam ni dan juga memastikan ni juga satu pelancongan yang paling menarik di dalam hidup ni juga .



Tentang sakura jenis ketiga ni ialah Yamazakura , jenis ni paling senang ditemui di sini jepun dan juga merupakan tumbuhan liar di alam sekitar di kawasan ni juga . Tentang warna bunga ni ialah merah jambu sikit dan mempunyai lima kelopak kecil , yang paling istimewa tentang bunga ni ialah mengeluarkan daun segar bersama bunga pada satu masa yang sama , oleh tu memang menarik tentang sakura ni . Pokok ni juga hampir sangat mirip dengan jenis " somei yoshino " oleh tu jangan keliru dengan dua jenis bunga sakura ni dan tau apa perbezaan dua jenis bunga ni yang hampir sama ..... 

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...