Friday 31 May 2019

Penutupan Pesta Kaamatan 2019

Nampaknya hari ni merupakan Pesta Kaamatan yang hari penutupan dengan suasana pun cukup bertambah meriah sekali pada hari terakhir ni , saya pun sempat menangkap berapa keadaan suasana yang cukup meriah di sana . Bagi saya pesta kaamatan tahun ni lebih luar biasa dan boleh dikatakan mendapat sambutan yang hangat sekali , banyak aktiviti hiburan yang cukup menarik untuk setiap pengunjung yang datang ke sini dengan penuh semangat menyambut pesta kaamatan ni . Saya di sini pun bertungkus lumus untuk update blog saya ni tentang pesta kaamatan 2019 , saya di sini juga meminta maaf juga kalau gambar yang saya tangkap dalam keadaan kabur sedikit sebab masala kamera hanphone saya ni . Selepas kamurang berada di sana KDCA untuk menyambut pesta kaamatan hari terakhir semalam , apa pendapat keadaan suasana semalam di sana ? 



Sebenarnya semalam juga dibasahi oleh hujan lebat , tapi tiada menghalang setiap pengunjung yang berada di sana dengan keadaan putus asa untuk menambah keadaan meriah di sana , saya memang respect setiap pengunjung yang dalam keadaan basah tetap teruskan meninjau keadaan pesta kaamatan semalam , inilah semangat pesta kaamatan sebenar yang tak akan pudar . Saya di sini juga sempat melawat " rumah panjang tradisi murut " yang sentiasa mendapat sambutan hangat juga dengan acara aktiviti di sana seperti ramai-ramai yang beraa di dalam bulatan dengan siapa melompat lebih tinggi dengan dapat menyentuh daun nipah kering ni yang tergantung di atas sana ni bermakna membawa tuah . 



Memang siok dapat menyertai aktiviti di rumah panjang tradisi murut ni , selain tu terdapat juga alat muzik yang tersedia dan dipermainkan oleh setiap peranan pemuzik tradisi ni . Selain tu ialah menikmati minuman tradisi ramai-ramai di sana ..... wow ! memang cukup hebat ni , nasib saya tak berapa pandai minum minuman tradisi ni ..... hehehe . Saya di sini sempat mengambil gambar keadaan juga di sana , kebanyakan terdiri daripada orang-orang tua dan cukup pengalaman dengan minuman tradisi ni . 



Inilah aktiviti di sini rumah panjang tradisi dan memang siok dapat melihat aktiviti di sini juga . Selain tu saya juga mengunjungi tempat lain dengan aktiviti lain yang sedang berlansung di sana , biarpun dalam keadaan penat tapi memang cukup memuaskan dapat melawat tempat aktiviti yang hebat , hanya saya tak sempat tengok pertandingan akhir unduk ngadau aje yang juga sedang berlansung . Tentang gerai-gerai jualan di sana juga sangat sibuk melayan setiap pembeli makanan dan minuman di sana , tentang minuman di sana tak juga mahal dengan perbezaan gelas plastik yang terdapat di sana , saya paling suka minuman di sana ialah jus manga dan dua kali saya beli di gerai yang sama .... hehe .

Saya di sini juga sempat membuat satu rakaman video yang tentang tarian tradisi di booth muzium sabah , memang happening di sana sampai ada juga pengunjung pun join bersama dengan penari-penari tarian tradisi ni , bagi saya bukan selalu dapat melihat tarian tradisi kalau bukan ada acara . Oleh tu ni merupakan peluang terbaik bagi setiap pengunjung yang datang ke sana untuk melihat tarian tradisi ni , nasib saya tak pandai menari kalau tidak saya pun join sekali menari tarian tradisi ni .... hehehe . Akhir sekali saya ingin sampaikan blogging di sini aje dan jangan lupa menonton video tarian tradisi yang terdapat di instagram saya , jom .... jumpa lagi tahun depan pesta kaamatan 2020 di tempat yang sama iaitu KDCA ..... peace ! 














No comments:

Post a Comment

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...