Friday 31 May 2019

Pesta Kaamatan 2019

Pesta Kaamatan kembali lagi mewarnai suasana yang penuh ceria ni dan disambut juga dengan meriah sekali dan setahun hanya sekali aje , perayaan ni juga merupakan perayaan terpenting bagi kaum Kadazandusun yang berada di Sabah ni . Sebenarnya pesta kaamatan ni juga merupakan maksud ialah pesta menuai , oleh tu mesti menyambut dengan meriah sekali . Pesta menuai ni juga mempunyai sejarah tentang pengorbanan Huminodun untuk rakyatnya yang kebuluran pada musim kemarau , sejarah ni merupakan terpenting juga bagi kaum kadazandusun yang sentiasa mengingati pengorbanannya . Oleh tu pertandingan ratu cantik atau dikenali sebagai Unduk Ngadau ni sebagai memberi penghormatan terhadap Huminodun , selain tu terdapat juga berbagai makanan dan minuman tradisi yang disediakan oleh kaum kadazandusun ni juga .


Makanan tradisi mereka seperti tuhau , hinava , bambangan dan bosou . Manakala minuman tradisi pula seperti montoku , tajau , tumpung dan tajau , semua ni memang dapat dirasakan serentak pada masa pesta kaamatan ni juga . Ia juga tidak melarikan dengan diwarnai dengan tarian sumazau dan pertandingan menyanyi iaitu sugandoi , bagi saya memang siok dapat menikmati suasana perayaan di sabah ni juga pada setiap tahun , terdapat juga pelancong dari luar negara juga turut menikmati perayaan ni . Tentang pelancaran menyambut pesta kaamatan ni semestinya berada di kawasan KDCA juga ni , oleh tu jangan melepaskan peluang datang ke sini dengan sama-sama menceriakan suasana ni juga . 


Saya di sini juga menhurai berapa fakta penting pada masa pesta kaamatan ni juga , boleh melihat fakta-fakta ni di dalam senarai blog ni juga . Oleh tu semua boleh tau juga apa yang ada pada setiap tahun di dalam pesta kaamatan ni juga .

Unduk Ngadau - merupakan pertandingan ratu cantik sebagai memberi perhormatan dengan pengorbanan Huminodun .

Pesta Kaamatan - merupakan pesta menuai dan juga merupakan perayaan terpenting bagi kaum Kadazandusun di Sabah .

Sugandoi - merupakan pertandingan menyanyi di dalam pesta kaamatan ni juga dan ia juga merupakan acara yang sama seperti pertandingan Unduk Ngadau ni juga .

Mr.Kaamatan - ni acara merupakan pertandingan yang khas untuk lelaki , tentang pertandingan ni merupakan acara baru dalam pesta kaamatan , ia juga tiada sejarah macam pertandingan Unduk Ngadau ni juga . biarpun ia tetap menceriakan suasana perayaan ni . 

Tarian Sumazau - merupakan sejenis tarian tradisi yang sangat popular di Sabah dan seluruh Malaysia , tarian selalu pada setiap tahun pesta kaamatan yang dipersembahkan oleh setiap penari Kadazandusun dengan memakai pakaian tradisi mereka .

Akhir sekali saya sebagai lifestyle blogger sungguh bangga dapat menyambut perayaan ni bersama kaum kadazandusun ni juga , ia juga bermakna bagi saya dalam setiap tahun pesta kaamatan ni . Oleh tu saya di sini juga ingin mengucapkan KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN untuk semua kawan-kawan yang sedang berada di luar sana dengan menyambut perayaan ni .... peace !

No comments:

Post a Comment

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...