Monday 20 January 2020

Macao Imperial Tea @ T1 Bundusan

Sebelum saya ingin berehat pada masa Tahun Baru Cina ni , saya telah mengunjungi salah satu kafe yang boleh dikatakan sangat popular di sini , ia juga mempunyai berapa cawangan lain , salah satu cawangan saya kunjungi yang berada di lokasi di sini T1 Bundusan , sebenarnya nama kafe yang saya kunjungi ni ialah Macao Imperial Tea , ia memang sentiasa mendapat sambutan dari setiap pelanggan setia terhadap minuman di kafe ni , bagi saya memang berbaloi kerana dapat menikmati minuman mereka yang terbaik ni juga dengan harga yang berpatutan terhadap setiap minuman di kafe ni . Hari ni saya ingin memperkenalkan berapa jenis minuman yang saya telah mencuba di sini , oleh tu saya juga memberi markah penuh tentang minuman di kafe ni .


Minuman yang pertama saya ingin memperkenalkan di sini ialah " ali mountain panda milk tea " , tentang minuman ni memang mungkin nampak biasa tetapi bila mencubanya dapat merasakan keharuman tea pada minuman ni juga , dengan campur bubble Di dalm minuman ni memang cukup sudah menyempurnakan minuman ni juga . Ia juga boleh mengurangkan kemanisan terhadap minuman ni juga , oleh tu memang sesuai untuk orang yang tak berapa suka kemanisan . Tentang harga minuman ni hanya RM 10.90 dengan dah cukup dapat merasakan minuman yang terbaik ni juga .

Tentang minuman kedua yang saya ingin memperkenalkan ialah " ali mountain cincau milk tea " yang terdapat gambar minuman di bawah ni juga , sebenarnya minuman ni memang agak sama dengan minuman yang pertama saya memperkenalkan tadi  tapi cuma ia campur dengan cincau . Tapi bagi saya cincau dalam minuman ni keras sikit bila masa mengunyah di dalam mulut , tapi ia tak juga menjejaskan tahap minuman ni . AwbeSebena ia pun boleh juga mengurangkan kemanisan pada tahap minuman ni juga , oleh tu patut mencuba minuman ni juga , tentang harga pada minuman ni hanya RM 9.90 , kamurang boleh mencuba ni minuman dan panda milk tadi dan boleh menilaikan sendiri mana satu minuman yang kamurang menjadi pilihan ni . 


Saya terus memperkenalkan minuman yang terakhir saya mencuba ni  , minuman ni memang menjadi pilihan saya kerana memang sedap dan unik tentang minuman ni juga , sebenarnya nama minuman ni ialah " cheese oreo cookie milk " . Bila merasakan minuman ni memang penuh aroma cheese yang terdapat pada minuman ni juga , yang paling penting dapat rasa sisa oreo ya yang telah kasi hancur dengan mencampurkan pada minuman ni juga . Bagi saya minuman ni memang patut mencubanya , ni juga berita baik untuk pengemar cheese , saya sendiri pun suka cheese ni dan memang mendapat markah penuh pada minuman ni . Oleh tu boleh meletakkan pada order kamurang juga ni , tentang barah ni minuman ialah RM 12.90 , owh tu jangan melepaskan mencubanya dan pasti tak menghampakan cita rasa kamurang terhadap minuman ni . 



Akhirnya sekali ialah saya memang gembira kerana dapat menikmati minuman terbaik yang berada di kafe ni , oleh tu jangan melepaskan peluang untuk membawa famili ataupun kawan-kawan datang ke sini dengan menikmati minuman ni juga pada hujung minggu ataupun pada masa lapang . Saya sebagai blogger di sini ingin tetap memberi pujian terhadap setiap crew di kafe ni juga penuh kemesraan dan paling penting ialah suasana keadaan rekaan dalaman kafe ni memang unik dan menawan hati bila masuk ke dalam sini , oleh tu saya akan datang kembali ke sini untuk menikmati minuman terbaik yang jenis lain terdapat di kafe ni juga ......







B1.2 , Block B , T1 Bundusan ,
Jalan Bundusan , Jalan Penampang ,
88300 Kota kinabalu , 
Sabah .



Tel : 011-10517935

No comments:

Post a Comment

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...