Wednesday 1 January 2020

Muka Surat Baru Hari Pertama Di Dalam Tahun 2020

Selamat tahun baru untuk semua yang sentiasa mengikut perkembangan blog saya ni , semua pasti tanam azam baru yang lebih menarik tahun ni . Boleh kongsi sikit apa azam baru kamurang tahun 2020 ni ? Bagi azam saya tahun ni ialah ingin mematangkan blog saya ni lagi dan ingin memberi lagi masa untuk blogging dari tahun lalu dan sebelum ini juga , blog saya boleh dikatakan mau masuk 3 tahun sudah dalam bulan Ogos nanti . Oleh tu saya ingin memperbaiki diri lagi dalam dunia blogging ni juga dan ingin berterima kasih dengan setiap sokongan kepada semua kawan-kawan yang sentiasa mengikut perkembangan blog saya ni juga .


Janji apa ingin kita mau mencapai tetap akan berjaya juga janji jangan mudah putus asa ,sebab setiap impian di dalam hidup ni juga memang mempunyai berbagai rintangan juga tapi janji jangan putus asa dan teruskan mengejar impian tahun ni . Sebenarnya selama ni saya memang ingin dapat berjumpa blogger yang hebat di Malaysia juga , oleh tu harap impian saya tercapai juga . Biarpun yang paling penting ialah kesihatan tak boleh juga diabaikan kerana kalau kesihatan terjejas erti impian pun sukar untuk mencapai juga , oleh tu saya di sini juga berdoa semua kawan-kawan sentiasa sihat di sana . Buat masa ni juga saya sedang menanti event akan datang dalam tahun ni juga dan boleh blogging juga macam biasa , dalam tahun 2020 ni juga merupakan tahun melawat Malaysia , oleh tu memang juga membanggakan bagi kita semua . 

Masa dulu-dulu di sekolah mesti ingat wawasan 2020 , akhirnya tercapai juga hari ni . Hari ni kita membuka muka surat baru tentang wawasan 2020 juga , saya sebagai blogger juga amat membanggakan tentang wawasan 2020 ni dan harap makin ramai blogger muda dapat dilahirkan dalam dunia blogger ni juga . Akhirnya sekali saya sebagai lifestyle blogger di sini ingin mengucapkan HAPPY NEW YEAR 2020 untuk semua kawan-kawan di sini juga , janji saya akan sentiasa konsisten dalam dunia blogger ni juga ..... 

No comments:

Post a Comment

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...