Saturday 22 February 2020

Kenji Chai @ Chaigo


Hi , adakah kamurang pernah nampak logo graffiti anjing ni di mana-mana tempat ? Sebenarnya ni sangat popular dan memang kreatif , saya sendiri pun amat tertarik dengan graffiti ni juga , Sebenarnya ni dihasilkan oleh seorang artis graffiti Malaysia yang sangat femes sikarang , nama dia ialah Kenji Chai . Dia memang seorang yang berbakat dan hebat dalam dunia graffiti ni juga , di mana dia berada tetap ada logo anjing ni yang cukup mengagumkan setiap orang , ia boleh dikatakan sebagai pewarna kehidupan di bandar yang penuh ceria juga . Oleh tu dia sendiri kasih nama logo anjing graffiti ni sebagai Chaigo , yang melambangkan sebagai logo dirinya juga . Oleh tu saya sebagai blogger juga ingin memberikan pujian terhadap artis graffiti yang popular ni juga .

Sebenarnya dia juga mempunyai graffiti team lain East Tribe Crew , team ni juga mempunyai berapa artis graffiti yang lain untuk melengkapi sebagai satu graffiti team yang hebat , tapi Kenji Chai boleh dikatakan telah banyak tempat sudah dia pergi untuk membuat hasil kerjanya graffiti . Oleh tu boleh dikatakan hampir seluruh dunia kenali kerjaya graffitinya dan malah ada juga yang pernah bekerjasama dia untuk membuat graffiti .




Kalau kamurang melancong di luar negara ataupun di dalam negara , pasti akan terjumpa chaigo ni di mana-mana aje dan pasti membuat kamurang tau betapa hebatnya ni artis graffiti Malaysia yang berjaya menunjukkan bakatnya di luar negara juga , dengan kehebatan Kenji Chai ni memang patut kita memberikan pujian dan juga sokongan setiap masa . Saya Lanseikong sebagai lifestyle blogger memang mengagumkan hasil kerja graffiti Kenji Chai juga ni , biarpun kami belum pernah lagi bertemu di mana-mana dan harap satu hari boleh bertemu dengan artis graffiti yang  femes ni di sana luar . Kalau kita memberi perhatian terhadap Chaigo ni juga ia memang boleh dikatakan bukan setakat anjing biasa , ia juga bukan seekor anjing jalanan , sebenarnya ia adalah seekor anjing yang pintar dan juga penuh semangat , oleh tu Chaigo ni seperti memberi semangat kepada kita semua dalam kehidupan yang bermaksud jangan mudah putus asa . 

Lagipun kalau bagi pandangan saya ni juga Chaigo terdapat berbagai bentuk graffitinya yang memang boleh mengatakan cukup terbaik dan kreatif . Kalau kamurang ialah peminat Chaigo ni , boleh juga mendapat model permainan Chaigo yang juga direkabentuk oleh Kenji Chai sendiri juga . Oleh tu saya sebagai blogger di sini pun tetap terus memberi sokongan terhadap setiap artist graffiti juga di sini tak kira tempatan ataupun luar negara juga ni ....... Peace ! 

Tuesday 18 February 2020

Keadilan Untuk Kematian Tragis Decky

Hari ni saya ingin blogging tentang seekor anjing yang mati penuh tragis , saya sendiri pun amat sedih apabila mendapat berita tentang kematian seekor anjing ni yang mempunyai tuan sendiri , nama anjing ni ialah Decky . Sebenarnya kes ni berlaku di Ranau , Sabah pada bulan lepas dan terus berleluasa di laman sosial media , ia juga membuat kemarahan pada setiap pengguna laman sosial media dengan kematian decky yang tragis ni . Tentang kematian anjing ni berpunca dari remaja yang mabuk dengan melalui kawasan tersebut dan memukul anjing tersebut sampai mati , padahal pada masa tu anjing ni kena diikat dan tak mengigit dia . Kenapa ni remaja mabuk sanggup memukul anjing ni sampai mati ? Pada saya sendiri pun sangat marah dengan tindakan kejam remaja mabuk ni dan dia memang patut kena hukuman setimpal kerana sengaja menyeksakan haiwan tersebut sampai mati , saya di sini terdapat gambar tentang kematian anjing yang bernama decky ni juga .



Di manakah keadilan pada binatang yang kena seksa sampai mati sekarang ? Saya sebagai blogger memang sungguh sedih pada anjing ni yang tiada salah dengan mati secara tragis , saya memang boleh dikatakan kadang-kadang manusia ni lebih dahsyat dari binatang . Dimanakah belas kasihan manusia terhadap binatang sekarang ? Sebenarnya saya juga di sini ingin membuka mata dunia tentang kes penyeksaan terhadap binatang makin berleluasa , ada juga sanggup makan daging anjing , kucing dan memburu secara haram terhadap binatang yang terlindung juga kerana ingin mendapatkan daging dan lain lain anggota badan binatang yang bernilai . 

Tapi bagi saya kematian tragis decky ni boleh dikatakan salah satu contoh untuk kita membela binatang yang kena terseksa macam anjing ni juga , kita sebagai pencinta haiwan tak boleh berpeluk tubuh dan membiarkan binatang yang kena terseksa juga ni , oleh tu saya sebagai blogger juga harap dapat melahirkan ramai lagi pembela nasib binatang ( animal-rights ) yang membela setiap binatang yang kena seksa ni . Kita juga mesti mengambil kes macam ni agak berat , sebab setiap penyeksaan binatang tetap akan berlaku setiap masa tak mengira tempatan ataupun luar negara . Oleh tu harap semua orang dapat memberi belas kasihan terhadap setiap binatang pada masa akan datang , binatang ni adalah kawan terbaik dalam kehidupan manusia , tanpa binatang peliharaan disisi kita akan rasa kekurangan sesuatu .

Oleh tu kematian anjing yang bernama decky ni memang patut kita kita memberi perhormatannya , saya di juga menasihatkan kepada remaja--remaja juga ni jangan sesuka hati menyeksaan binatang yang tak bersalah ni , perbuatan penyeksaan binatang ni bukan sebagai dilabelkan manusia yang bertamadun , oleh tu harap dapat membelajari kesilapan hari ni menjadikan satu pengajaran dalam hidup . Akhir sekali ialah saya sebagai blogger tetap bersimpati tentang kematian tragis decky ni juga , biarpun paling penting kita semua harap remaja pemabuk ni dapat tindakan hukuman setimpal wajarnya ........ JUSTICE FOR DECKY !!!

Friday 14 February 2020

Hari Kekasih Bersama Gem And Feather

Valentine's day atau dikenali sebagai hari kekasih dan ia sangat bermakna bagi setiap pasangan kekasih yang sentiasa menanti hari yang penuh bermakna dengan menyambut bersama , ia juga akan bertukar hadiah kekasih antara satu sama lain . Oleh tu hari kekasih merupakan hari yang penuh sejarah bagi yang baru bercinta , kedai bunga pun pasti akan nampak sibuk pada hari kekasih dengan menyediakan berbagai jenis bunga untuk sentiasa menjadi pilihan pelanggan yang datang untuk membeli kepada pasangan mereka masing-masing . Apakah hadiah hari kekasih kamurang tahun ni untuk pasangan kamurang ? Biarpun saya di sini ingin memperkenalkan salah satu kedai bunga yang boleh dikatakan mendapat sambutan hangat bagi setiap pelanggan mereka , tak mengira hari kekasih , hari jadi ataupun ulangtahun perkahwinan . Mereka tetap mengunjungi kedai bunga ni juga .


Sebenarnya saya pernah sudah blogging kedai bunga ni 2 tahun lalu dan boleh dikatakan juga memang tak asing lagi , kali ni saya sekali lagi blogging kedai bunga ni kerana memang sentiasa mendapat sambutan hangat dan tak pernah mengecewakan setiap pelanggan yang datang ke sini . Nama kedai bunga ni ialah Gem And Feather yang berada di lokasi Lintas Square , oleh tu memang tak melepaskan peluang untuk menjadi hadiah juga di sini untuk pasangan . Sebenarnya setiap bunga yang dihasilkan oleh tuan kedai sendiri dan juga merupakan seorang pereka memang nampak kreatif dan berbeza di luar sana , saya sebagai blogger pun nampak kagum dengan hasil kerja yang cukup kreatif ni juga , oleh tu memang tak mengecewakan setiap pelanggan di sini dan mereka pasti kembali datang ke kedai bunga ni lagi . 




Lagipun hasil kerja pereka bunga ni juga pandai memilih apa jenis warna bunga ros yang sesuai untuk kertas pembalut bunga , supaya nampak lebih menawan hati lagi dan juga sejuk hati bila masa memadang  , ia pasti membuat pasangan kamurang dengan dapat merasakan suasana romantik bersama kamurang . Sebenarnya pereka bunga ni juga mempunyai berbagai cara untuk membungkus bunga ni juga , tapi setiap cara dia mereka dan membungkus bunga ni juga memang berbeza dengan di luar sana , oleh tu memang berbaloi untuk mendapatkan hadiah kekasih di sini untuk pasangan kamurang juga . 



Tentang setiap hadiah bunga ni juga mempunyai harga yang berbeza dan berpatutan dengan setiap rekaan pembungkusan hadiah bunga ni juga . Ia memang cukup memuaskan hati dan berbaloi untuk mendapatkan satu hadiah bunga ni juga untuk pasangan tak mengira hari kekasih , hari jadi ataupun ulangtahun perkahwinan , lagipun setiap rekaan bunga ni juga mempunyai kelas sendiri , saya di sini juga ingin memuji pereka bunga ni yang cukup kreatif dan berbakat dengan dapat menghasilkan kerja tangannya yang cukup memukau setiap hati pelanggan juga . Oleh tu saya sebagai blogger juga tetap memberi markah penuh terhadap pereka bunga yang cukup kreatif jarang dapat ditemui juga dan memang tak mengecewakan hati pelanggan .

Gems and Feather juga ni memang  sentiasa menjadi pilihan dalam setiap perayaan istimewa , ia juga mempunyai laman sosial di sana " Instagram " dan " Facebook pages " , ia boleh dikatakan mempunyai ramai followers yang jumlah angka banyak . Kalau kamurang ingin melihat perkembangan kedai bunga ni , boleh cuba melayani laman sosial mereka juga ni . Sebenarnya saya sendiri pun juga merupakan salah seorang follower dalam laman sosial mereka  ,kerana amat tertarik dengan kreatif rekaan bunga ni juga , oleh tu jangan melepaskan peluang mengunjungi kedai bunga yang popular ni dengan berbagai rekaan hadiah bunga yang menawan hati ......





Sunday 9 February 2020

Biskut Lao Po Piang


Hi , saya kembali lagi di sini untuk blogging tentang sejenis biskut kegemaran orang ramai ya , nama biskut ni agak comel sikit kena di panggil " biskut lao po piang " , tapi biskut ni cukup wangi dan sedap . Biskut ni juga sesuai untuk masa sarapan dan juga minum petang juga ni ya , sebenarnya biskut ni ada cerita sendiri ya dan kenapa ia kena panggil biskut lao po Piang ya ?  Lagipun biskut isteri ni adalah makanan orang cina juga pada masa dulu dan kekal sampai hari ni juga , sebenarnya sejarah biskut lao po piang ni berasal dari sepasang suami isteri yang miskin tinggal di sebuah kampung .

Pada satu hari terdapat sejenis penyakit telah melandanya kampung tersebut dan banyak penduduk kampung telah meninggal , masalahnya ayah suaminya terkena penyakit tersebut , pasangan suami isteri ni terpaksa menggunakan semua duit untuk mengubat ayah mertuanya , tetapi setelah kehabisan duit untuk mengubat di sana masih dalam keadaan belum sembuh lagi . Akhirnya isteri pun terpaksa menjadi hamba untuk mencari duit mengubat ayah mertuanya , dalam pada masa keadaan terdesak juga suami pun agak susah hati kerana nampak isterinya menjadi hamba di sana luar , dia pun mendapat idea dengan membuat biskut untuk jual di sana luar supaya dapat duit tembus balik isterinya . Akhirnya biskut yang suami buat dan jual di sana luar mendapat sambutan dan juga cukup duit tembus balik isterinya sendiri dari jadi hamba lagi . 

Beginilah sejarah biskut lao po piang wujud sampai sekarang , oleh tu semua kedai kedai cina dulu terdapat biskut lao po piang juga . Biskut ni memang cukup wangi dengan bijian hitam sebagai penambah rasa pada biskut ni juga selain inti yang terdapat dalam biskut ni juga , biskut ni juga terdapat jual satu-satunya ataupun dalam pek juga ya , oleh tu biskut ni boleh juga disediakan untuk tetamu yang datang rumah pada musim perayaan ataupun masa lapang , sebab biskut ni memang mempunyai kelas sendiri dan sentiasa digemari oleh orang ramai tak kira di mana berada , oleh tu memang tak merugikan untuk menikmati keenakkan biskut lao po piang juga .



Pada masa sekarang biskut lao po piang ni makin berkembang dan mula juga boleh beli di mana-mana supermarket juga , mungkin harga tak sama dengan kedai kedai cina tetapi janji juga dapat merasakan keenakan biskut lao po piang , saya sendiri pun boleh makan banyak juga biskut ni juga kerana memang sedap kalau sedia untuk sarapan ataupun minum petang dengan  hidangan minuman panas juga , dah pasti sudah melengkapkan satu hidangan yang sempurna .

Sebenarnya biskut lao po piang ni juga merupakan makanan orang kantonis , itula bunyi loghat biskut ni adalah kantonis . Selain ia disediakan pada untuk sarapan ataupun minum petang , biskut ni juga boleh menjadikan sebagai hantaran perkahwinan orang cina untuk pihak pengantin perempuan . Ni boleh dikatakan sebagai tradisi dari dulu sampai sekarang tetap masih ada cara ni membuat hantaran perkahwinan . Bagi saya masa kahwin dulu memang kena sediakan biskut ni sebagai hantaran , ia memang membawa erti yang bermakna dan juga keharmonian pada perkhawinan juga , oleh tu betapa penting biskut ni untuk masyarakat cina ...... 

Saturday 1 February 2020

Legenda Raksasa Nian


Sempena masih Tahun Baru Cina ni , saya ingin blogging tentang legenda popular masyarakat orang cina ni iaitu raksasa nian yang mengenali bagaimana wujud di tahun baru cina ni . Sebenarnya pada zaman dahulu ada seekor raksasa yang tinggal di dalam hutan yang dikenali sebagai " nian " yang sentiasa menyerang semua kampung sekelilingnya dengan makan penduduk kampung pada waktu malam menjelang tahun baru cina , semua penduduk kampung sangat takut pada masa tu bila mendengar raksasa nian keluar untuk menyerang setiap kampung dengan memakan mereka . Oleh tu dalam ketakutan penduduk kampung ni sampai bertapuk di dalam rumah masing-masing dari keluar sana untuk menyambut tahun baru cina ni . Pada satu hari ketua kampung mereka pun meminta semua penduduk kampung untuk berpindah ke tempat lebih selamat daripada menjadi mangsa raksasa nian ni , apabila mereka sampai dalam perjalanan pindah terjumpa salah seorang tua pada masa tu . Orang tua tu pun tanya kenapa mereka pindah ? Semua penduduk kampung pun menceritakan tentang raksasa nian yang menyerang kampung mereka dan makan mereka .

Akhirnya orang tua ni pun mengajar mereka macam mana menghalau raksasa tersebut selepas tau keadaan semua penduduk kampung ni , akhirnya semua penduduk kampung pun balik ke kampung halaman mereka selepas mendapat tunjuk ajar dari orang tua tu . Mereka semua pun mengecat rumah mereka warna merah , sedia pelekat warna merah di depan pintu rumah masing-masing mereka dan juga ialah mercun dan alat-alat yang menghasilkan bunyi supaya dapat menghalau raksasa tersebut . Bila tahun seterusnya menjelang tahun baru cina,tu raksasa njan  muncul lagi mencari mangsa di sana sekeliling kampung . 

Tapi kali ni tu raksasa nian gagal makan semua penduduk kampung ni kerana ia nampak semua penduduk kampung pun telah bersedia menyerang balik raksasa tersebut , mereka pun membakar mercun dan kasi bunyi alat-alat mereka . Akhirnya tu raksasa nian pun dalam keadaan ketakutan dan melarikan diri masuk hutan balik dan semua penduduk kampung pun berasa gembira kerana berjaya menghalau tu raksasa dan tak berani lagi menyerang kampung mereka lagi , ni lah baru mereka dapat menyambut tahun baru cina dengan penuh keceriaan . Legenda ni tetap wujud dari dulu sampai ke zaman generasi akan datang dan tetap tau legend raksasa nian ni di dalam tahun baru cina . Saya sebagai blogger pun sangat minat cerita legenda raksasa nian ni juga dari zaman budak-budak lagi sampai sekarang , kerananya melambangkan sejarah masyarakat orang cina ......

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...