Tuesday 18 February 2020

Keadilan Untuk Kematian Tragis Decky

Hari ni saya ingin blogging tentang seekor anjing yang mati penuh tragis , saya sendiri pun amat sedih apabila mendapat berita tentang kematian seekor anjing ni yang mempunyai tuan sendiri , nama anjing ni ialah Decky . Sebenarnya kes ni berlaku di Ranau , Sabah pada bulan lepas dan terus berleluasa di laman sosial media , ia juga membuat kemarahan pada setiap pengguna laman sosial media dengan kematian decky yang tragis ni . Tentang kematian anjing ni berpunca dari remaja yang mabuk dengan melalui kawasan tersebut dan memukul anjing tersebut sampai mati , padahal pada masa tu anjing ni kena diikat dan tak mengigit dia . Kenapa ni remaja mabuk sanggup memukul anjing ni sampai mati ? Pada saya sendiri pun sangat marah dengan tindakan kejam remaja mabuk ni dan dia memang patut kena hukuman setimpal kerana sengaja menyeksakan haiwan tersebut sampai mati , saya di sini terdapat gambar tentang kematian anjing yang bernama decky ni juga .



Di manakah keadilan pada binatang yang kena seksa sampai mati sekarang ? Saya sebagai blogger memang sungguh sedih pada anjing ni yang tiada salah dengan mati secara tragis , saya memang boleh dikatakan kadang-kadang manusia ni lebih dahsyat dari binatang . Dimanakah belas kasihan manusia terhadap binatang sekarang ? Sebenarnya saya juga di sini ingin membuka mata dunia tentang kes penyeksaan terhadap binatang makin berleluasa , ada juga sanggup makan daging anjing , kucing dan memburu secara haram terhadap binatang yang terlindung juga kerana ingin mendapatkan daging dan lain lain anggota badan binatang yang bernilai . 

Tapi bagi saya kematian tragis decky ni boleh dikatakan salah satu contoh untuk kita membela binatang yang kena terseksa macam anjing ni juga , kita sebagai pencinta haiwan tak boleh berpeluk tubuh dan membiarkan binatang yang kena terseksa juga ni , oleh tu saya sebagai blogger juga harap dapat melahirkan ramai lagi pembela nasib binatang ( animal-rights ) yang membela setiap binatang yang kena seksa ni . Kita juga mesti mengambil kes macam ni agak berat , sebab setiap penyeksaan binatang tetap akan berlaku setiap masa tak mengira tempatan ataupun luar negara . Oleh tu harap semua orang dapat memberi belas kasihan terhadap setiap binatang pada masa akan datang , binatang ni adalah kawan terbaik dalam kehidupan manusia , tanpa binatang peliharaan disisi kita akan rasa kekurangan sesuatu .

Oleh tu kematian anjing yang bernama decky ni memang patut kita kita memberi perhormatannya , saya di juga menasihatkan kepada remaja--remaja juga ni jangan sesuka hati menyeksaan binatang yang tak bersalah ni , perbuatan penyeksaan binatang ni bukan sebagai dilabelkan manusia yang bertamadun , oleh tu harap dapat membelajari kesilapan hari ni menjadikan satu pengajaran dalam hidup . Akhir sekali ialah saya sebagai blogger tetap bersimpati tentang kematian tragis decky ni juga , biarpun paling penting kita semua harap remaja pemabuk ni dapat tindakan hukuman setimpal wajarnya ........ JUSTICE FOR DECKY !!!

No comments:

Post a Comment

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...