Sunday 9 February 2020

Biskut Lao Po Piang


Hi , saya kembali lagi di sini untuk blogging tentang sejenis biskut kegemaran orang ramai ya , nama biskut ni agak comel sikit kena di panggil " biskut lao po piang " , tapi biskut ni cukup wangi dan sedap . Biskut ni juga sesuai untuk masa sarapan dan juga minum petang juga ni ya , sebenarnya biskut ni ada cerita sendiri ya dan kenapa ia kena panggil biskut lao po Piang ya ?  Lagipun biskut isteri ni adalah makanan orang cina juga pada masa dulu dan kekal sampai hari ni juga , sebenarnya sejarah biskut lao po piang ni berasal dari sepasang suami isteri yang miskin tinggal di sebuah kampung .

Pada satu hari terdapat sejenis penyakit telah melandanya kampung tersebut dan banyak penduduk kampung telah meninggal , masalahnya ayah suaminya terkena penyakit tersebut , pasangan suami isteri ni terpaksa menggunakan semua duit untuk mengubat ayah mertuanya , tetapi setelah kehabisan duit untuk mengubat di sana masih dalam keadaan belum sembuh lagi . Akhirnya isteri pun terpaksa menjadi hamba untuk mencari duit mengubat ayah mertuanya , dalam pada masa keadaan terdesak juga suami pun agak susah hati kerana nampak isterinya menjadi hamba di sana luar , dia pun mendapat idea dengan membuat biskut untuk jual di sana luar supaya dapat duit tembus balik isterinya . Akhirnya biskut yang suami buat dan jual di sana luar mendapat sambutan dan juga cukup duit tembus balik isterinya sendiri dari jadi hamba lagi . 

Beginilah sejarah biskut lao po piang wujud sampai sekarang , oleh tu semua kedai kedai cina dulu terdapat biskut lao po piang juga . Biskut ni memang cukup wangi dengan bijian hitam sebagai penambah rasa pada biskut ni juga selain inti yang terdapat dalam biskut ni juga , biskut ni juga terdapat jual satu-satunya ataupun dalam pek juga ya , oleh tu biskut ni boleh juga disediakan untuk tetamu yang datang rumah pada musim perayaan ataupun masa lapang , sebab biskut ni memang mempunyai kelas sendiri dan sentiasa digemari oleh orang ramai tak kira di mana berada , oleh tu memang tak merugikan untuk menikmati keenakkan biskut lao po piang juga .



Pada masa sekarang biskut lao po piang ni makin berkembang dan mula juga boleh beli di mana-mana supermarket juga , mungkin harga tak sama dengan kedai kedai cina tetapi janji juga dapat merasakan keenakan biskut lao po piang , saya sendiri pun boleh makan banyak juga biskut ni juga kerana memang sedap kalau sedia untuk sarapan ataupun minum petang dengan  hidangan minuman panas juga , dah pasti sudah melengkapkan satu hidangan yang sempurna .

Sebenarnya biskut lao po piang ni juga merupakan makanan orang kantonis , itula bunyi loghat biskut ni adalah kantonis . Selain ia disediakan pada untuk sarapan ataupun minum petang , biskut ni juga boleh menjadikan sebagai hantaran perkahwinan orang cina untuk pihak pengantin perempuan . Ni boleh dikatakan sebagai tradisi dari dulu sampai sekarang tetap masih ada cara ni membuat hantaran perkahwinan . Bagi saya masa kahwin dulu memang kena sediakan biskut ni sebagai hantaran , ia memang membawa erti yang bermakna dan juga keharmonian pada perkhawinan juga , oleh tu betapa penting biskut ni untuk masyarakat cina ...... 

No comments:

Post a Comment

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...