Saturday 22 February 2020

Kenji Chai @ Chaigo


Hi , adakah kamurang pernah nampak logo graffiti anjing ni di mana-mana tempat ? Sebenarnya ni sangat popular dan memang kreatif , saya sendiri pun amat tertarik dengan graffiti ni juga , Sebenarnya ni dihasilkan oleh seorang artis graffiti Malaysia yang sangat femes sikarang , nama dia ialah Kenji Chai . Dia memang seorang yang berbakat dan hebat dalam dunia graffiti ni juga , di mana dia berada tetap ada logo anjing ni yang cukup mengagumkan setiap orang , ia boleh dikatakan sebagai pewarna kehidupan di bandar yang penuh ceria juga . Oleh tu dia sendiri kasih nama logo anjing graffiti ni sebagai Chaigo , yang melambangkan sebagai logo dirinya juga . Oleh tu saya sebagai blogger juga ingin memberikan pujian terhadap artis graffiti yang popular ni juga .

Sebenarnya dia juga mempunyai graffiti team lain East Tribe Crew , team ni juga mempunyai berapa artis graffiti yang lain untuk melengkapi sebagai satu graffiti team yang hebat , tapi Kenji Chai boleh dikatakan telah banyak tempat sudah dia pergi untuk membuat hasil kerjanya graffiti . Oleh tu boleh dikatakan hampir seluruh dunia kenali kerjaya graffitinya dan malah ada juga yang pernah bekerjasama dia untuk membuat graffiti .




Kalau kamurang melancong di luar negara ataupun di dalam negara , pasti akan terjumpa chaigo ni di mana-mana aje dan pasti membuat kamurang tau betapa hebatnya ni artis graffiti Malaysia yang berjaya menunjukkan bakatnya di luar negara juga , dengan kehebatan Kenji Chai ni memang patut kita memberikan pujian dan juga sokongan setiap masa . Saya Lanseikong sebagai lifestyle blogger memang mengagumkan hasil kerja graffiti Kenji Chai juga ni , biarpun kami belum pernah lagi bertemu di mana-mana dan harap satu hari boleh bertemu dengan artis graffiti yang  femes ni di sana luar . Kalau kita memberi perhatian terhadap Chaigo ni juga ia memang boleh dikatakan bukan setakat anjing biasa , ia juga bukan seekor anjing jalanan , sebenarnya ia adalah seekor anjing yang pintar dan juga penuh semangat , oleh tu Chaigo ni seperti memberi semangat kepada kita semua dalam kehidupan yang bermaksud jangan mudah putus asa . 

Lagipun kalau bagi pandangan saya ni juga Chaigo terdapat berbagai bentuk graffitinya yang memang boleh mengatakan cukup terbaik dan kreatif . Kalau kamurang ialah peminat Chaigo ni , boleh juga mendapat model permainan Chaigo yang juga direkabentuk oleh Kenji Chai sendiri juga . Oleh tu saya sebagai blogger di sini pun tetap terus memberi sokongan terhadap setiap artist graffiti juga di sini tak kira tempatan ataupun luar negara juga ni ....... Peace ! 

No comments:

Post a Comment

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...