Thursday 20 May 2021

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza


Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ke atas Gaza  tercetus baru-baru ini dan menyebabkan ramai rakyat Palestin terkorban dalam serangan ini , paling menyedihkan ialah kebanyakkan kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa korban di sini . saya  sebagai blogger yang berasal dari Malaysia merasakan cukup simpati terhadap keadaan di sana , saya juga ingin bersuara di sini kenapa kebanyakan media di dunia tidak berani bersuara untuk membela nasib mangsa korban ini ? kenapa kebanyakan media lain di dunia seolah-olah takut dalam keadaan begini ? Bagi saya bukan bersuara tentang agama tetapi bersuara demi sifat kemanusiaan .

Adakah kita ingin terus melihat dan mendengar kanak-kanak yang tidak berdosa terus menjadi mangsa korban dalam serangan Israel ini ? Saya sebagai blogger juga harap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Dan Bersatu ( PBB )  dapat menyelesaikan konflik yang berlaku di sini Gaza , memang sedih juga sebab keadaan mereka makan dan tidur pun dalam keadaan tidak aman kerana bila-bila masa akan di serang oleh Israel , tidak mengira siang ataupun malam . Kita juga harap konflik ini secepat berakhir dan keadaan pulih kembali .....

Saturday 4 July 2020

October Coffee Gaya

Hari ni saya ingin memperkenalkan sejenis pencuci mulut yang hanya terdapat di salah sebuah kafe yang boleh dikatakan tak asing lagi di bahagian lokasi pusat bandaraya Kota Kinabalu , nama kafe ni ialah October Coffee Gaya dan boleh dikatakan memang mendapat sambutan ramai pengunjung yang datang ke sini . Tentang suasana kafe ni juga memang nyaman dan penuh keselesaan bagi setiap pelanggan yang menikmati hidangan mereka di sini , oleh tu jangan melepaskan peluang membawa famili ataupun kawan-kawan datang sini . 



Menu pencuci mulut yang saya ingin memperkenalkan di sini ialah " banana cream toast " , keunikkan pencuci mulut ni memang sentiasa membuat setiap pelanggan tertarik hati untuk mencubanya , bagi saya sendiri pun rasa berbaloi untuk mencuba pencuci mulut ni juga kerana ia hanya terdapat di kafe ni aje . Sebenarnya kenunikan yang terdapat pada pencuci mulut ni ialah rekaan padanya . Oleh tu ni boleh dikatakan salah satu pencuci mulut yang terbaik untuk menikmati selepas makan malam . Dah nampak di dalam gambar ni pun pasti membuat kamurang tertarik hati ingin merasakan pencuci mulut ni .

Sebenarnya mungkin nampak memang simple tetapi mempunyai tarikan untuk setiap pelanggan yang datang ke sini , tentang " banana cream toast " ni lebih fokus pada cream untuk lebih nampak menarik pada pencuci mulut ni juga , serta ais krim yang letak pada permukaan roti ni membuat menjadi satu pencuci mulut yang ada kelas sendiri , kalau ingin mencuba " banana cream toast " ni hanya terdapat di kafe ni aje dan boleh dikatakan juga sebagai " signature dessert " dalam menu ni juga . 


Bagi saya pencuci mulut ni memang boleh dikatakan terbaik di dalam kafe ni juga kerana mendapat sambutan hangat dari setiap pelanggan yang datang ke sini , kamurang boleh cuba pencuci mulut ni dan boleh menilai sendiri apa perbezaan pencu mulut ni .... hehe . Saya juga di sini pencuci mulut ni memang kreatif dengan susunan setiap hiasan pada pencuci mulut ni juga , oleh tu saya di sini ingin memberikan markah penuh juga terhadap pencuci mulut ni . Akhirnya sekali saya ingin berkata ialah tentang suasana di dalam kafe ni juga amat memuaskan bagi setiap pelanggan yang datang ke sini , oleh tu boleh cuba membawa famili ataupun kawan-kawan datang ke sini untuk menikmati setiap hidangan yang berada di dalam kafe ni termasuk pencuci mulut ni " banana cream toast " ....... 





October Coffee Gaya 
13 , Lorong Dewan ,
Pusat Bandar 
88000 , Kota Kinabalu ,
Sabah .



Wednesday 17 June 2020

Rica Sham Bekas Pengacara Radio Hitz Sabah


Hi , saya di sini ingin blogging tentang seorang bekas pengacara radio Hitz Sabah yang boleh dikatakan cukup popular bukan setakat paras rupanya tetapi suaranya pun cukup menarik setiap pendengar di saluran radio ni yang berasas English . Bagi saya dia memang mempunyai bakat dalam bidang radio ni juga , sebelum ni saya ada buat blog interview secara online dengan dia bertentang dengan kisah hidup dia dan juga kerjaya dia ni , ada siapa tak kenal pengacara radio yang popular ni bernama Erica Sham atau lebih dikenali sebagai Rica Sham , dia juga merupakan bangsa sino yang berasal dari sabah . Kalau kamurang ialah peminat dia pasti akan sentiasa ingat suaranya yang hebat pada setiap kali ke udara pada masa dulu . Tapi ke mana dia sikarang ?macam lama tiada berita  dia , sebenarnya dia masih aktif di laman sosial media pada setiap masa dan juga mempunyai komitmen lain selepas dia berhenti menjadi pengacara radio . 

Rica Sham ni sikarang dalam bidang lain , tapi biarpun dia tak bersama radio Hitz Sabah lagi , tetapi dia tetap sentiasa menjadi pujaan bagi setiap pendengar di sini , dia mula ceburi bidang radio ni pada tahun 2010 . Pada mula ya pada masa tu Hitz FM telah mencari bakat baru dan dia cuba hantar demo tersebut dan akhirnya dia kena pilih menjadi pengacara radio tersebut , oleh tu di sana dia mula bersinar dan mendapat sambutan pada ramai pendengar radio termasuk saya sendiri di sini ..... hehe . Dalam berapa tahun kemudian dia juga telah berjaya mendirikan rumahtangga bersama suami tercintanya sampai ke hari ni dengan penuh kebahagiaan dan kegembiraan bersama . Saya sebagai blogger di sini tetap harap dia akan kembali mewarnai suasana Hitz Sabah kalau ada peluang lagi kerana memang tak rasa bosan mendengar suaranya ke udara selalu .

Dia juga grandute dari music and production di sana Melbourne , Australia pada tahun 2018 lepas dia berhenti menjadi pengacara radio , oleh tu usaha Rica Sham selama ni memang cukup membuatkan hasil bagi dia apa yang ingin dia mencapaikan , oleh tu saya di sini juga memberi pujian terhadap dia apa telah capai selama ni juga , tentang kehidupannya pula ialah pernah mengalami kanser sebelum ni juga dengan semangat dia yang kuat dan mendapat sokongan dari famili dan kawan-kawannya pada masa dia dalam hadapi melawan kanser ni dan akhirnya berjaya juga lawan kanser yang dia hadapi ni kerana tuhan tetap sentiasa melindungi orang yang baik baik di dalam kehidupan . Akhirnya sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Rica Sham yang memberikan saya peluang untuk blog interview sama dia , saya juga sangat hapi kerana dia seorang yang friendly masa membuat blog interview sama dia ....... 

Tuesday 2 June 2020

Sabah Chilli Pan Mee

Hi , saya hari ni ingin blogging tentang sebuah restoran yang boleh dikatakan cukup popular dengan sentiasa mendapat sambutan dari setiap pelanggan yang mengunjungi ke sini dengan menikmati makanan dan minuman di sini , sebenarnya restoran ni memang unik dengan menyediakan ramuan pedas untuk setiap pelanggan di sini yang cukup menambah keenakan dalam makanan ni juga , kalau kamurang sebagai penggemar makanan pedas tetap tak melepaskan peluang untuk menikmatinya . Nama restoran ni ialah Sabah Chilli Pan Mee  yang cukup unik dengan ramuan pedas untuk setiap makanan di sini , oleh tu memang berbaloi untuk datang ke sini menikmati pan mee mereka . Tentang ramuan pedas ni adalah dihasilkan sendiri dengan cukup membuatkan setiap pelanggan di sini seronok menikmatinya .



Sebenarnya pan mee di sini juga boleh dikatakan berbeza dengan pan mee yang pernah mencuba sebelum ni , mee ni juga lembut dan wangi dengan kicap yang dihasilkan untuk mee ni juga dengan lagi campuran daging hancur memang cukup rasa sedap sekali , yang paling beza ialah pan mee di dalam claypot berbanding restoran lain supaya tahap kepanasan terhadap mee ni tak cepat sejuk juga , ni boleh dikatakan memang satu keunikan di dalam restoran ni juga . Sebenarnya terdapat berbagai jenis pan mee ni juga , tapi saya ingin memperkenalkan salah pan mee di sini ialah " dry pan mee claypot ", pan mee ni memang cukup sedap dan campurkan cili buatan sendiri membuatkan cukup selera lagi menikmatinya .

Sebenarnya Sabah Chilli Pan Mee ni juga mempunyai berapa cawangan lain di sini Kota Kinabalu , bagi saya pan mee mereka memang sedap dan berbeza dengan pan mee yang pernah cuba sebelum ni . Oleh tu memang tak merugikan membawa famili ataupun kawan-kawan datang ke sini untuk menikmati pan mee pedas ni juga , kalau kamurang seorang penggemar makanan pedas juga dapat menilai sendiri tentang setiap makanan di sini juga . Saya sebagai blogger di sini tetap memberi pandangan positif terhadap setiap makanan di dalam restoran ni , biarpun saya sendiri bukan penggemar makanan pedas .... Hehe . Apa-apapun jangan melepaskan peluang membawa famili ataupun kawan-kawan datang ke sini untuk menikmati pan mee pedas yang cukup popular di sini kota kinabalu ....... 

Friday 22 May 2020

Suasana Pesta Kaamatan 2020

Hi , saya kembali lagi di sini untuk blogging setelah sebulan berehat dalam musim perintah kawalan pengerakan di sini , hari ni saya ingin blogging tentang pesta kaamatan yang semakin hampir tiba di sini , tapi tahun ni suasana perayaan ni kurang meriah sebab krisis covid-19 , biarpun kita masih meraihkan perayaan ni seperti biasa biarpun tak meriah sebab tradisi ni memang tak boleh diabaikan dan merupakan perayaan utama kadazandusun di Sabah . Saya sendiri pun juga akan merayakan perayaan ni kerana bini saya ialah sino-kadazan oleh tu saya amat bangga juga di sini dapat meraihkan perayaan ni biasa-biasa . Bagaimana kamurang menyambut pesta kaamatan ni bersama famili tahun ni yang dalam krisis covid-19 ? 

Biarpun tahun ni memang tiada anjutan pertandingan ratu cantik atau dikenali sebagai Unduk Ngadau kerana dibatalkan akibat krisis ni demi keselamatan dan kesihatan semua , biarpun kita masih boleh menunggu pertandingan ratu cantik ni lagi . Selain pertandingan ratu cantik , terdapat juga aktiviti lain dalam pesta kaamatan ni juga iaitu Sugandoi iaitu sejenis pertandingan menyanyi lagu tradisi . Pertandingan ni memang boleh dikatakan mendapat sambutan hangat juga ni , biarpun tahun ni tiada aktiviti , kita masih boleh  menanti ni aktiviti semua masa pesta kaamatan tahun depan , biarpun saya sebagai blogger di sini ingin mengucapkan Kotobian tadau tagazo do kaamatan untuk semua warga kadazandusun yang berada di Sabah ..... 










Sunday 5 April 2020

Blog Segmen : Keadaan Kehidupan Orang KK Masa Perintah Kawalan Pengerakan

Hari ni saya kembali lagi tentang krisis covid-19 yang masih berterusan berleluasa ke seluruh dunia , tapi kali ni saya ialah membuat blog segmen tentang kehidupan orang kk masa perintah kawalan pengerakan masih terus sampai ke 14 hari lagi . Bagi saya memang mengharapkan keadaan kita ni cepat pulih segala kembali . Oleh tu saya sebagai blogger di sini tetap menasihatkan semua orang duduk di rumah dalam keadaan krisis covid-19 sikarang . Tujuan kita membuat begini adalah untuk memutuskan rantai jangkitan virus ni , ni juga dapat memberi kebaikan kita semua juga . Oleh tu teruskan duduk di rumah sampai perintah kawalan pengerakan ni tamat , saya di sini terdapat berapa gambar tentang keadaan kehidupan orang kk masa perintah kawalan pengerakan ni juga . 


Bagi  saya keadaan bandaraya kota kinabalu memang agak sunyi pada masa perintah kawalan pengerakan ni terutama waktu malam , nampaknya semua orang kk paham sudah apa tujuan perintah kawalan pengerakan ni dari sebelum masih ada yang tertanya-tanya . Oleh tu saya memuji orang kk ni satu hati juga demi kebaikan semua dengan cara duduk di rumah untuk memutuskan rantai jangkitan virus ni , saya juga harap daerah lain-lain di Sabah pun sama bersatu hati demi kebaikan kita semua dan juga negeri yang tercinta ni . Tapi kalau tamat sudah ni perintah kawalan pengerakan , kita tetap juga sentiasa berjaga sesama sendiri demi kesihatan dan juga tetap penjarakan diri dari sosial . Kita juga tetap berdoa di sini dengan sentiasa dalam keadaan baik dan virus ni terus lenyap selama-lamanya 

Bagaimana pula keadaan kamurang di sana yang dalam perintah kawalan pengerakan ni ya ? Kalau ingin berkongsi pengalaman kamurang di sana dalam masa perintah kawalan pengerakan boleh dengan saya di sini juga ya , biarpun saya di sini tetap menasihatkan kita sama-sama duduk di rumah dengan putuskan rantai jangkitan virus yang bahaya ni .......









Thursday 26 March 2020

Seluruh Dunia Hadapi Krisis COVID-19

Hi , saya kembali lagi blogging di sini sebelum saya memulakan blog di sini , saya di sini ingin menasihatkan semua orang sentiasa menjaga kesihatan pada krisis COVID-19 yang dihadapi oleh negara kita dan seluruh dunia . Mari kita sama-sama hadapi keadaan dan berjuang bersama dengan menghapuskan virus yang bahaya ni , saya di sini cuma ialah menasihatkan semua duduk di rumah pada masa krisis ni . Sebenarnya covid-19 telah bermula di Wuhan yang berada di dalam negara China . Virus yang bahaya ni begitu cepat merebak ke seluruh dunia , sebenarnya boleh dikatakan virus ni masih baru dan semua saintis dan doktor masih mencari penawar penyakit ni . Virus ni memang bahaya sebab ia tak mengira tua atau muda , lagipun virus ni mudah kena menjangkiti dengan orang lain juga, oleh tu kita mesti berhati-hati dalam keadaan krisis ni sikarang .

Sebenarnya tanda-tanda seseorang yang mendapat penyakit ni seperti batuk , selesema dan demam yang berterusan . Oleh tu kalau sesiapa yang mengalami keadaan begini cepat-cepat pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan segalanya daripada keadaan bertambah teruk . Lagipun kebanyakan sikarang banyak negara telah mulakan perintah kawalan pengerakan termasuk negara kita sendiri demi keselamatan semua rakyat dari dapat jangkitan virus ni juga , pada masa ni semua kena suruh berada di dalam rumah setiap masa dan tanpa menjalankan aktiviti seharian di luar sana dalam keadaan krisis sikarang . Sebenarnya cara begini dapat juga mengurangkan kadar jangkitan yang meningkat setiap hari , sama juga dapat memutuskan rantai jangkitan ni juga secara dekat . 

Saya sebagai blogger di sini amat mengambil berat tentang keadaan krisis COVID-19 ni yang masih berleluasa di negara kita dan negara-negara lain juga , oleh tu  demi keselamatan semua kita pada masa ni dengan menjauhi dari penyakit ni . Kita mesti mendengar arahan perintah kawalan pengerakan ni , saya juga di sini ingin memberikan perhormatan dengan semua petugas kesihatan di seluruh dunia dengan berjuang demi rakyat semua untuk memberantaskan virus yang bahaya ni ........ 




Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...