Tuesday 24 December 2019

Pengodam Wanita Paling Cantik : Anna Chapman

Hari ni saya ingin blogging seorang pengodam wanita yang paling cantik dan berbakat mungkin ada yang mesti tertanya tanya siapa pengodam wanita cantik yang saya maksudkan di sini ?  Bagi saya wanita ni memang hebat dan patut disanjungi bukan kerana dia seorang pengodam tetapi mempunyai semangat yang tinggi untuk mencapai sesuatu yang belum pernah ada orang mencapai , saya sebagai blogger pun amat sanjungi pengodam wanita ni  , nama dia ialah Anna Chapman merupakan warga Rusia . So pasti ada sesiapa mesti pernah dengar nama dia ni juga . Kepakaran dia dalam dunia pengodam memang hebat , kalau dengar nama dia di  laman sosial media pasti teringat nama dia juga ni , selain tu dia juga seorang personaliti media dan model . Oleh tu tak hairan dia ni mempunyai tarikan personal yang kuat juga ni ya . Biarpun paling penting sekarang dia berkhidmat dengan agensi keselamatan Rusia , kerana mungkin kebakatan yang ada pada dalam dirinya juga . 

Biasalah orang selalu berkata diam-diam ubi berisi , ni salah satu contoh terbaik yang kita patut belajari tentang diri sendiri , umur dia sekarang ialah 37 tahun dan lahir pada Februari 1982
Bagi saya dia mungkin juga boleh menjadi pelakon kerana mempunyai wajah yang cantik , kalau saya tak jadi blogger dan jadi pengarah movie pasti membuat tawaran saat dia untuk berlakon dalam movie saya juga ni .... Hehe . Dia juga mempunyai seorang anak selepas kahwin dengan Alex Chapman dan akhirnya mereka pun bercerai , mungkin ni panggil nasib seorang tak boleh ditentukan oleh tangan sendiri . Biarpun janji dia masih terus berkhidmat untuk negara dia sendiri dengan kebakatan yang ada pada dirinya, nama sebenarnya ialah Anna Vasil'yevna  
Kuschchyenko .

Akhir sekali ialah saya ingin mengatakan ialah dia ni juga boleh dalam senarai 50 wanita tercantik di dalam dunia selain pelakon movie Megan Fox . Biarpun dia seorang pengodam tetapi dia tetap juga menjalankan kehidupan macam manusia biasa dengan penuh kebebasan , oleh saya sebagai seorang blogger tetap juga menghormati pengodam wanita yang berbakat ni juga , manatau satu hari dapat berjumpa dia di mana-mana , semangat ni mungkin juga akan melahirkan ramai lagi pengodam wanita yang cantik di dalam dunia ni akan datang ....... 




Monday 23 December 2019

Bengkel Santa Claus : mitos atau realiti ?


Makin hari makin dekat sudah tentang Hari Krismas ni , semua orang pasti tak sabar menanti menyambut perayaan ni dengan penuh suasana yang keriangan ni , terutama kanak-kanak pasti gembira kerana menanti apa hadiah dari Santa Claus ni juga . Kalau pasal Santa Claus , pasti teringat tentang bengkelnya yang sentiasa menghasilkan alat-alat permainan untuk kanak-kanak di dunia ni juga . Sebenarnya bengkel ni terdiri daripada ramai pekerjanya adalah Elf yang bertungkus lumus untuk menyiapkan alat-alat permainan sebelum hari krismas nanti . Setiap pekerjanya juga mempunyai tugas masing-masing di dalam bengkel ni juga , oleh tu memang cukup ceria dengan kegembiraan untuk menyiapkan hadiah Krismas ni . Apa yang menarik tentang bengkelnya ialah mempunyai seorang ketua yang sentiasa menjaga dan memberi arahan kepada setiap pekerja di dalam bengkel ni juga .

Bengkel Santa Claus ni juga terletak di bahagian Lapland yang sama tempat tinggal Santa Claus juga ni , mereka yang di dalam bengkel ni juga menyiapkan hadiah ni dengan mengikut senarai Santa Claus juga . Bagi saya ni memang hebat tentang bengkel ni juga , setiap pekerja Elf ni mempunyai nama yang cantik dan juga mempunyai maksud sendiri . Kalau kita menonton animasi atau movie Santa Claus mesti ada cerita mengenali tentang bengkelnya bersama pekerja Elf ni , bagi saya sendiri pun amat minat cerita tentang Santa Claus juga ni , sebenarnya bukan juga setakat animasi dan movie tentang bengkel santa ni , tetapi juga terdapat permainan video di handphone juga . 

Terakhirnya sekali ialah ada setengah orang tertanya-tanya adakah bengkel Santa Claus ni wujud di Lapland ? atau hanya mitos atau cerita fiksyen ? Bagi saya memang percaya wujudnya bengkel ni juga cuma sukar untuk temukan lokasi bengkel ni biarpun ada yang mengatakan terletak di Lapland ni . Kalau betul-betul terjumpa bengkel ni memang satu hadiah krismas yang paling bermakna  , kerana bermaksud dapat jumpa Santa Claus ni juga dan pekerja Elf nya . Tak mengira ni mitos ataupun cerita fiksyen , janji kita sama-sama menyambut krismas ni penuh keriangan dan kegembiraan bersama famili dan kawan-kawan ni . Akhirnya sekali saya Lanseikong sebagai lifestyle blogger ingin mengucapkan MERRY CHRISTMAS AND HAPPY NEW YEAR kepada semua kawan-kawan yang menyambut perayaan ni ........



Saturday 21 December 2019

Home For Special People Leshan @ Penampang

Hari ni saya ingin blogging tentang melawat sebuah pusat jagaan orang OKU yang berada di sini Penampang , sebenarnya pusat ni memang khas untuk setiap orang OKU yang menetap di sini , bila saya membuat lawatan mereka pun rasa hati pilu dan juga ingin menangis juga bila nampak keadaan mereka yang OKU ni . nasib asa pusat ni sentiasa menjaga keadaan mereka dalam keadaan begini dengan secara baik , lagipun banyak orang juga memberi bantuan makanan , pakaian dan juga dari segi kewangan untuk mereka . Saya di sini sempat juga mengambil berapa gambar mereka yang dalam keadaan OKU ni , tak kisah macam mana keadaan mereka tak sempurna macam kita . tapi mereka tetap dipanggil manusia istimewa yang sentiasa dilindungi oleh malaikat yang sentiasa di sisi mereka , oleh tu hari ni saya ingin blogging tentang manusia istimewa ni juga .




Sebenarnya mereka menetap di sini tak mengira umur dan bangsa , oleh tu pusat jagaan orang OKU ni sentiasa menjaga mereka dalam keadaan baik . Mungkin ada sesetengah pembaca mesti tanya kenapa mereka berada di sini ? Sebenarnya ada famili mereka menghantar mereka di sini dan membiarkan mereka dalam jagaan pusat jagaan OKU ni . Oleh tu kita mesti sentiasa memberi tuntump kepada manusia istimewa yang tanpa famili ni sebab mereka tiada kasi sayang dari famili . Oleh tu mereka juga sentiasa mendapat bantuan dari orang ramai . Nama pusat jagaan orang OKU ni ialah Home For Special People Leshan , oleh tu siapa-siapa pun boleh datang ke sini untuk membuat aktiviti lawatan sambil menderma juga di sini . 

Setiap bantuan terhadap orang OKU ni juga memang bermakna kerana mereka juga memerlukan kehidupan biasa macam kita juga , janji selagi kita mampu memberi bantuan kepada mereka terus membantu sebab membuat kebajikan ni merupakan kegiatan yang baik . Biarpun saya pertama kali datang sini memang satu perasaan yang pilu kerana nampak mereka tanpa famili dan terpaksa tinggal di sini , nasib ada pusat jagaan OKU ni memberi jagaan terbaik untuk mereka yang menetap di sini . Saya di sini memberi markah penuh terhadap jagaan di dalam pusat ni juga , kita boleh membawa famili ataupun kawan-kawan membuat lawatan di sini sambil membuat kebajikan . 

Tentang semua staf di sini pun agak peramah dan mesra dengan memberi jagaan terbaik untuk manusia istimewa ni juga . kalau dapat bantuan orang ramai lagi akan membuat mereka dalam kehidupan lebih selesa sikit sebab mendapat kasih sayang dari orang ramai juga selain menderma . Oleh tu jangan melepaskan peluang memberi bantuan untuk mereka semua , sebab mereka pun ingin merasakan kehidupan biasa macam kita juga ni , janji selagi kita dapat membantu mereka teruskan membantu . saya Lanseikong sebagai lifestyle blogger di sini juga sentiasa memberi sokongan dan bantuan untuk mereka , mungkin ada masa saya akan membuat lawatan ke sana lagi .......






Vincent Villa House ,
No.1, Jalan Mogonimbung ,
88300 Kota Kinabalu ,
Sabah .


Tel : 088-702570


















Thursday 12 December 2019

Yen Ai @ Bornion Centre

Hari ni saya ingin memperkenalkan sebuah kafe pencuci mulut yang popular di sini Kota kinabalu , kafe pencuci mulut ni biasanya terutama dengan berbagai jenis minuman buang panas dan amat digemari oleh setiap pelanggan di sini , ia juga mempunyai cawangan lain di kawasan Lintas Plaza . Tapi saya telah mencuba di sini kawasan Bornion Centre dan boleh dikatakan memang popular . Sebenarnya nama kafe ni ialah Yen Ai , kafe ni juga lama sudah beroperasi di sini sebelum membuka cawangan baru di sana lintas plaza , menu paling popular di sini ialah " herbal tea egg " ia sentiasa mendapat sambutan hangat . Tapi hari ni saya mencuba sejenisnya kuih iaitu " fu tao kuo " yang bermaksud kuih ubi yam , kuih ni rasa sedap dan dapat merasakan yam kalau celup dalam sos yang disediakan akan bertambah keenakannya bila makan . Bagi saya ni merupakan makanan kegemaran orang cina pada masa untuk sarapan atau minum petang , ia lebih wangi juga dengan letak bawah goreng di atas kuih ubi yam ni , oleh tu memang berbaloi untuk mencubanya .

Tentang minuman buang panas yang saya pesan adalah " lo han ko " minuman buang panas ni membawa manis dan ada rasa buah lo han ko dalam minuman ni juga , kalau tengok warna minuman ni , mungkin nampak macam kopi sebab warna hitam . Tapi memang sesuai minum untuk musim cuaca panas ataupun kalau rasa kurang sihat boleh mencuba minuman ni juga . Sebenarnya terdapat berbagai lagi minuman panas yang popular di sini , mungkin lain hari saya akan mencuba minuman buang panas lain . Tentang keadaan suasana kafe ni juga cukup baik penuh kelengkapan airkon , oleh tu lebih ramai suka melepak di sini bersama famili atau kawan-kawan bila masa lapang . Sebelum saya berhenti blogging di sini , saya ingin memuji kafe crew di sini pun amat friendly , oleh tu saya memberi markah lima bintang terhadap servis kustomer di kafe ni ...... 











Yen Ai Dessert & Herbal Shop
Lot 6 , Bornion Centre , Luyang
88300 Kota Kinabalu ,
Sabah 



Tel : 088-252450

Sunday 8 December 2019

Menanti Menyambut Hari Krismas


Hi , saya kembali lagi di sini setelah lama sudah berehat dari blogging ni , sebenarnya sekarang dah masuk dalam bulan december sudah ni bererti semua mesti tak sabar menanti ketibaan Hari Krimas ni juga , pasti semua mesti sedang membuat persediaan untuk Krimas tahun ni . Setiap pusat beli-belah pun mula menghiaskan dengan pokok Krismas dan memasang lagu krismas juga , ni menambahkan suasana lebih meriah lagi dengan dapat merasakan suasana krimas ni juga . Bagaimana semua menyambut krismas tahun ni ? Bagi saya tahun ni menyambut krismas mesti bersama orang kesayangan .... hehe , biarpun simple tapi janji happy . Kalau perayaan krismas mesti teringat hadiah dan Santa Claus , lagipun setahun hanya sekali dan tentu lagi meriah . Dalam musim perayaan ni mungkin ada juga yang plan makan angin di luar dengan menyambut krismas putih . memang siok juga kalau menyambut Krismas putih ni dapat membuat orang salji dan membaling bola  salji , ada juga yang balik ke kampung halaman menyambut perayaan ni bersama famili yang lama tak jumpa . Bagi saya tak mengira di mana menyambut perayaan ni , yang penting bersama orang kesayangan dalam perayaan ni penuh riang dan gembira oleh tu baru dikatakan hari krismas yang sempurna .

Dalam musim perayaan ni semua pusat beli-belah pun boleh dikatakan sibuk untuk setiap pelanggan yang mengunjungi di sini , paling menarik juga ialah ada juga jualan murah-murah , oleh tu setiap pelanggan pasti tak melepaskan peluang untuk shopping dengan membuat persediaan krismas nanti . " christmas mood " pun dibawa-bawa dengan penuh ceria tak mengira di mana berada , bagi saya sendiri pun tak sabar memmena Krismas tahun ni .... hehe . Akhir sekali ialah saya Lanseikong tetap bersama semua merasai " christmas mood " dengan menanti krismas tahun ni lebih lebih ceria dan meriah ......




Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...