Saturday 21 December 2019

Home For Special People Leshan @ Penampang

Hari ni saya ingin blogging tentang melawat sebuah pusat jagaan orang OKU yang berada di sini Penampang , sebenarnya pusat ni memang khas untuk setiap orang OKU yang menetap di sini , bila saya membuat lawatan mereka pun rasa hati pilu dan juga ingin menangis juga bila nampak keadaan mereka yang OKU ni . nasib asa pusat ni sentiasa menjaga keadaan mereka dalam keadaan begini dengan secara baik , lagipun banyak orang juga memberi bantuan makanan , pakaian dan juga dari segi kewangan untuk mereka . Saya di sini sempat juga mengambil berapa gambar mereka yang dalam keadaan OKU ni , tak kisah macam mana keadaan mereka tak sempurna macam kita . tapi mereka tetap dipanggil manusia istimewa yang sentiasa dilindungi oleh malaikat yang sentiasa di sisi mereka , oleh tu hari ni saya ingin blogging tentang manusia istimewa ni juga .




Sebenarnya mereka menetap di sini tak mengira umur dan bangsa , oleh tu pusat jagaan orang OKU ni sentiasa menjaga mereka dalam keadaan baik . Mungkin ada sesetengah pembaca mesti tanya kenapa mereka berada di sini ? Sebenarnya ada famili mereka menghantar mereka di sini dan membiarkan mereka dalam jagaan pusat jagaan OKU ni . Oleh tu kita mesti sentiasa memberi tuntump kepada manusia istimewa yang tanpa famili ni sebab mereka tiada kasi sayang dari famili . Oleh tu mereka juga sentiasa mendapat bantuan dari orang ramai . Nama pusat jagaan orang OKU ni ialah Home For Special People Leshan , oleh tu siapa-siapa pun boleh datang ke sini untuk membuat aktiviti lawatan sambil menderma juga di sini . 

Setiap bantuan terhadap orang OKU ni juga memang bermakna kerana mereka juga memerlukan kehidupan biasa macam kita juga , janji selagi kita mampu memberi bantuan kepada mereka terus membantu sebab membuat kebajikan ni merupakan kegiatan yang baik . Biarpun saya pertama kali datang sini memang satu perasaan yang pilu kerana nampak mereka tanpa famili dan terpaksa tinggal di sini , nasib ada pusat jagaan OKU ni memberi jagaan terbaik untuk mereka yang menetap di sini . Saya di sini memberi markah penuh terhadap jagaan di dalam pusat ni juga , kita boleh membawa famili ataupun kawan-kawan membuat lawatan di sini sambil membuat kebajikan . 

Tentang semua staf di sini pun agak peramah dan mesra dengan memberi jagaan terbaik untuk manusia istimewa ni juga . kalau dapat bantuan orang ramai lagi akan membuat mereka dalam kehidupan lebih selesa sikit sebab mendapat kasih sayang dari orang ramai juga selain menderma . Oleh tu jangan melepaskan peluang memberi bantuan untuk mereka semua , sebab mereka pun ingin merasakan kehidupan biasa macam kita juga ni , janji selagi kita dapat membantu mereka teruskan membantu . saya Lanseikong sebagai lifestyle blogger di sini juga sentiasa memberi sokongan dan bantuan untuk mereka , mungkin ada masa saya akan membuat lawatan ke sana lagi .......






Vincent Villa House ,
No.1, Jalan Mogonimbung ,
88300 Kota Kinabalu ,
Sabah .


Tel : 088-702570


















No comments:

Post a Comment

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...