Thursday 20 May 2021

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza


Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ke atas Gaza  tercetus baru-baru ini dan menyebabkan ramai rakyat Palestin terkorban dalam serangan ini , paling menyedihkan ialah kebanyakkan kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa korban di sini . saya  sebagai blogger yang berasal dari Malaysia merasakan cukup simpati terhadap keadaan di sana , saya juga ingin bersuara di sini kenapa kebanyakan media di dunia tidak berani bersuara untuk membela nasib mangsa korban ini ? kenapa kebanyakan media lain di dunia seolah-olah takut dalam keadaan begini ? Bagi saya bukan bersuara tentang agama tetapi bersuara demi sifat kemanusiaan .

Adakah kita ingin terus melihat dan mendengar kanak-kanak yang tidak berdosa terus menjadi mangsa korban dalam serangan Israel ini ? Saya sebagai blogger juga harap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Dan Bersatu ( PBB )  dapat menyelesaikan konflik yang berlaku di sini Gaza , memang sedih juga sebab keadaan mereka makan dan tidur pun dalam keadaan tidak aman kerana bila-bila masa akan di serang oleh Israel , tidak mengira siang ataupun malam . Kita juga harap konflik ini secepat berakhir dan keadaan pulih kembali .....

No comments:

Post a Comment

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...