Friday 31 May 2019

Penutupan Pesta Kaamatan 2019

Nampaknya hari ni merupakan Pesta Kaamatan yang hari penutupan dengan suasana pun cukup bertambah meriah sekali pada hari terakhir ni , saya pun sempat menangkap berapa keadaan suasana yang cukup meriah di sana . Bagi saya pesta kaamatan tahun ni lebih luar biasa dan boleh dikatakan mendapat sambutan yang hangat sekali , banyak aktiviti hiburan yang cukup menarik untuk setiap pengunjung yang datang ke sini dengan penuh semangat menyambut pesta kaamatan ni . Saya di sini pun bertungkus lumus untuk update blog saya ni tentang pesta kaamatan 2019 , saya di sini juga meminta maaf juga kalau gambar yang saya tangkap dalam keadaan kabur sedikit sebab masala kamera hanphone saya ni . Selepas kamurang berada di sana KDCA untuk menyambut pesta kaamatan hari terakhir semalam , apa pendapat keadaan suasana semalam di sana ? 



Sebenarnya semalam juga dibasahi oleh hujan lebat , tapi tiada menghalang setiap pengunjung yang berada di sana dengan keadaan putus asa untuk menambah keadaan meriah di sana , saya memang respect setiap pengunjung yang dalam keadaan basah tetap teruskan meninjau keadaan pesta kaamatan semalam , inilah semangat pesta kaamatan sebenar yang tak akan pudar . Saya di sini juga sempat melawat " rumah panjang tradisi murut " yang sentiasa mendapat sambutan hangat juga dengan acara aktiviti di sana seperti ramai-ramai yang beraa di dalam bulatan dengan siapa melompat lebih tinggi dengan dapat menyentuh daun nipah kering ni yang tergantung di atas sana ni bermakna membawa tuah . 



Memang siok dapat menyertai aktiviti di rumah panjang tradisi murut ni , selain tu terdapat juga alat muzik yang tersedia dan dipermainkan oleh setiap peranan pemuzik tradisi ni . Selain tu ialah menikmati minuman tradisi ramai-ramai di sana ..... wow ! memang cukup hebat ni , nasib saya tak berapa pandai minum minuman tradisi ni ..... hehehe . Saya di sini sempat mengambil gambar keadaan juga di sana , kebanyakan terdiri daripada orang-orang tua dan cukup pengalaman dengan minuman tradisi ni . 



Inilah aktiviti di sini rumah panjang tradisi dan memang siok dapat melihat aktiviti di sini juga . Selain tu saya juga mengunjungi tempat lain dengan aktiviti lain yang sedang berlansung di sana , biarpun dalam keadaan penat tapi memang cukup memuaskan dapat melawat tempat aktiviti yang hebat , hanya saya tak sempat tengok pertandingan akhir unduk ngadau aje yang juga sedang berlansung . Tentang gerai-gerai jualan di sana juga sangat sibuk melayan setiap pembeli makanan dan minuman di sana , tentang minuman di sana tak juga mahal dengan perbezaan gelas plastik yang terdapat di sana , saya paling suka minuman di sana ialah jus manga dan dua kali saya beli di gerai yang sama .... hehe .

Saya di sini juga sempat membuat satu rakaman video yang tentang tarian tradisi di booth muzium sabah , memang happening di sana sampai ada juga pengunjung pun join bersama dengan penari-penari tarian tradisi ni , bagi saya bukan selalu dapat melihat tarian tradisi kalau bukan ada acara . Oleh tu ni merupakan peluang terbaik bagi setiap pengunjung yang datang ke sana untuk melihat tarian tradisi ni , nasib saya tak pandai menari kalau tidak saya pun join sekali menari tarian tradisi ni .... hehehe . Akhir sekali saya ingin sampaikan blogging di sini aje dan jangan lupa menonton video tarian tradisi yang terdapat di instagram saya , jom .... jumpa lagi tahun depan pesta kaamatan 2020 di tempat yang sama iaitu KDCA ..... peace ! 














Pesta Kaamatan 2019

Pesta Kaamatan kembali lagi mewarnai suasana yang penuh ceria ni dan disambut juga dengan meriah sekali dan setahun hanya sekali aje , perayaan ni juga merupakan perayaan terpenting bagi kaum Kadazandusun yang berada di Sabah ni . Sebenarnya pesta kaamatan ni juga merupakan maksud ialah pesta menuai , oleh tu mesti menyambut dengan meriah sekali . Pesta menuai ni juga mempunyai sejarah tentang pengorbanan Huminodun untuk rakyatnya yang kebuluran pada musim kemarau , sejarah ni merupakan terpenting juga bagi kaum kadazandusun yang sentiasa mengingati pengorbanannya . Oleh tu pertandingan ratu cantik atau dikenali sebagai Unduk Ngadau ni sebagai memberi penghormatan terhadap Huminodun , selain tu terdapat juga berbagai makanan dan minuman tradisi yang disediakan oleh kaum kadazandusun ni juga .


Makanan tradisi mereka seperti tuhau , hinava , bambangan dan bosou . Manakala minuman tradisi pula seperti montoku , tajau , tumpung dan tajau , semua ni memang dapat dirasakan serentak pada masa pesta kaamatan ni juga . Ia juga tidak melarikan dengan diwarnai dengan tarian sumazau dan pertandingan menyanyi iaitu sugandoi , bagi saya memang siok dapat menikmati suasana perayaan di sabah ni juga pada setiap tahun , terdapat juga pelancong dari luar negara juga turut menikmati perayaan ni . Tentang pelancaran menyambut pesta kaamatan ni semestinya berada di kawasan KDCA juga ni , oleh tu jangan melepaskan peluang datang ke sini dengan sama-sama menceriakan suasana ni juga . 


Saya di sini juga menhurai berapa fakta penting pada masa pesta kaamatan ni juga , boleh melihat fakta-fakta ni di dalam senarai blog ni juga . Oleh tu semua boleh tau juga apa yang ada pada setiap tahun di dalam pesta kaamatan ni juga .

Unduk Ngadau - merupakan pertandingan ratu cantik sebagai memberi perhormatan dengan pengorbanan Huminodun .

Pesta Kaamatan - merupakan pesta menuai dan juga merupakan perayaan terpenting bagi kaum Kadazandusun di Sabah .

Sugandoi - merupakan pertandingan menyanyi di dalam pesta kaamatan ni juga dan ia juga merupakan acara yang sama seperti pertandingan Unduk Ngadau ni juga .

Mr.Kaamatan - ni acara merupakan pertandingan yang khas untuk lelaki , tentang pertandingan ni merupakan acara baru dalam pesta kaamatan , ia juga tiada sejarah macam pertandingan Unduk Ngadau ni juga . biarpun ia tetap menceriakan suasana perayaan ni . 

Tarian Sumazau - merupakan sejenis tarian tradisi yang sangat popular di Sabah dan seluruh Malaysia , tarian selalu pada setiap tahun pesta kaamatan yang dipersembahkan oleh setiap penari Kadazandusun dengan memakai pakaian tradisi mereka .

Akhir sekali saya sebagai lifestyle blogger sungguh bangga dapat menyambut perayaan ni bersama kaum kadazandusun ni juga , ia juga bermakna bagi saya dalam setiap tahun pesta kaamatan ni . Oleh tu saya di sini juga ingin mengucapkan KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN untuk semua kawan-kawan yang sedang berada di luar sana dengan menyambut perayaan ni .... peace !

Wednesday 15 May 2019

DD Family @ Suria Sabah


Pada minggu lalu , saya telah melawat satu tempat yang paling popular juga di sini iaitu , DD Family sebuah tempat yang selalu mendapat sambutan hangat dari orang ramai . tempat ni mempunyai berbagai jenis anak patung yang ,cantik dan menarik , permainan yang hebat , minuman dan makanan serta baju-baju juga terdapat di sini . ia juga merupakan tempat paling sesuai untuk beristirehat juga di sini bersama keluarga ataupun kawan-kawan di sini . lagipun satu ialah rekaan tempat ni sangat unik dan mempersonakan juga , oleh tu jangan melepaskan peluang untuk membawa keluarga ataupun kawan-kawan datang ke sini .

Saya di sini juga sempat cuba mendapatkan gambar yang menarik tentang kek yang berbentuk patung di sini , bagi saya kek ni memang kreatif dan menarik . Oleh tu saya tak melepaskan peluang untuk mengambil gambar terhadap kek yang kreatif tersebut , saya sendiri pun ingin juga merasakan kek tersebut pada masa akan datang juga .



Tentang DD Family ni juga mempunyai empat watak kartun yang comel iaitu penguin , lembu , babi dan beruang . keempat-empat watak kartun yang comel ni melambangkan DD Family ni juga . Paling yang saya suka ialah minumannya yang gitu sedap dengan menambahkan cheese topping tentang minuman ni , oleh tu jangan lepaskan peluang untuk mencubanya . 

Tentang tempat ni juga memang seronok dengan setiap permainan yang disediakan di sini , tak kira budak-budak ataupun orang dewasa tetap mencuba mainan ni .  lagipun mainan ni kembali popular di sini setelah lama wujud ni , pada masa akan datang saya sendiri akan mencuba mainan ni juga , memang seronok dapat merasakan permainan ni juga . Tentang lokasi tempat ni iaitu letak di dalam sebuah shopping mall iaitu " Suria Sabah " , memang seronok dan juga menarik tentang ni tempat . Lokasi tentang ni tempat juga terdapat di bawah ni juga , saya sebagai lifestyle blogger di sini juga menyokong DD Family dan memberi lima bintang di sini . Tentang customer service di sini pun boleh di katakan cukup baik , mesra dan periang .

DD Family ni juga mempunyai cookies buatan sendiri yang cukup lazat , ia juga berbeza dengan cookies yang lain di luar sana dan pasti ramai juga ingin mencuba dan menjadikan sebagai cenderamata juga bila bertemu kawan-kawan yang lama tak jumpa , ia juga boleh menjadi sebagai kuih-muih untuk tetamu pada musim perayaan . Ingin mengenalkan DD Family lebih dekat boleh datang ke sini untuk meninjau setiap bahagian yang terdapat di sini juga , sebenarnya tempat ni juga boleh dikatakan kasual , oleh tu jangan lupa membawa keluarga ataupun kawan-kawan datang ke sini tempat yang gitu menarik sekali .....




Suria Sabah
Shopping Mall , 
3rd Floor ,
unit 3-12 and 13 ,1,
Jalan Tun Fuad Stephen , 
88000 , Kota Kinabalu 
Sabah .

Masa Operasi : 10:00 am - 10:00 pm




Saturday 4 May 2019

Drama Serie Remaja Yang Mendapat Sambutan


Siapa tidak minat drama serie Riverdale ? tentang cerita ni memang hebat dan menarik juga , sebenarnya tentang drama ni juga asal dari kartun yang paling popular dulu iaitu Archie , akhirnya menjadi drama serie paling popular di kalangan remaja , tentang ni juga mempunyai berbagai watak utama yang paling digemari oleh setiap remaja . Bagi saya drama ni juga memang tak rasa bosan untuk menontonnya juga dan boleh dikatakan terbaik tentang drama ni juga , lagipun drama ni juga dibintangi oleh pelakon-pelakon yang hensem dan jelita , ni drama memang mendapat sambutan hebat . tentang watak utama dalam drama ni seperti " Archie " , " Veronica " , " Jughead " dan " Betty " , bagi saya memang minat dengan watak jughead kerana mempunyai perwatakan yang menarik dan sentiasa menjadi tumpuan . 

Kalau ingin menonton drama ni boleh juga cara online di " Netflix " dan sentiasa dapat menonton berbagai drama atau movie kesukaan orang ramai di sana . sebelum saya mengakhir blogging saya di sini , saya di sini masih ada sikit sambungan lagi tentang cerita drama ni juga . Ia mempunyai 3 musim tentang drama ni dengan 55 episod , setiap episod mempunyai cerita jalan drama yang menarik seolah serupa cerita detektif  , tapi drama ni lebih menarik lagi , oleh tu kalau siapa ingin menonton drama ni boleh layani di sana netflix sikarang juga , saya sendiri pun minat drama ni dan sentiasa mengikut perkembangan drama ni juga ...... 

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...