Monday 26 August 2019

Menu Baru Penerbangan AirAsia Iaitu Burger Inspi [ Red ]


 

Hari ni saya memperkenalkan satu burger keluaran baru , tapi burger ni tiada di luar sana cuma terdapat di penerbangan pesawat AirAsia , oleh tu sesiapa yang menaiki pesawat AirAsia yang lupa mencubakan burger baru ni masa dalam penerbangan ni , bagi saya burger ni sangat unik dan cukup menarik dengan warna merah untuk tema AirAsia juga . Nama burger ni ialah inspi [ Red ] yang dihasilkan oleh seorang chef Thailand yang bernama Hong Thaimee yang sikarang menetap di sebuah bandar luar negara iaitu New York , bagi saya dia memang cukup membanggakan di negara asalnya kerana berjaya menghasilkan menu baru ni .

Tentang bahan-bahan untuk membuat burger ni ialah semua bahan yang segar seperti daun jeruk purut , serai , patty daging ayam yang lazat , sos mayonis , kol ungu , kicap ikan , tomato dan akhir sekali ialah roti bun yang berwarna merah . Dengan bahan-bahan yang lengkap ni akan dapat menghasilkan burger baru ni , tentang harga burger ni juga hanya RM 10 untuk sebiji , boleh dikatakan bukan mahal dan boleh susah menikmati kelazatan burger baru ni yang tiada di pasaran luar sana , bagi saya memang berbaloi . Oleh tu kamurang pun jangan melepaskan peluang untuk menikmati burger inspi [ Red ] ni juga .

Tentang burger ni juga terdapat dalam menu AirAsia santan , oleh tu jangan melepaskan peluang ni untuk mencuba burger ni dan juga boleh menilaikan sendiri kesedapan tentang burger ni juga , dengan harga berpatutan boleh sudah mencuba resepi burger yang terbaik ni sudah . Akhir sekali lagi kami sebagai blogger team di sini tetap memberi sokongan terhadap apa menu yang terdapat pada penerbangan AirAsia ni , bukan saja memdapat tiket penerbangan murah tetapi dapat juga merasakan menu baru ni juga . Oleh tu ni memang menjadi penerbangan pilihan orang ramai tak kira di mana berada ......

Tuesday 20 August 2019

Tasty Wok @ Venition Club

Memang syiok kalau mendapat menjejaki tempat makan yang hebat ni , tsmpat ni memang merupakan ada kelas sendiri dan merupakan sebuah kelab yang popular di sini . Nama tempat ni ialah Venition yang berada di lokasi by pass pergi sana lapangan terbang . Dalam Venation ni mempunyai sebuah restoran yang selalu mendapat sambutan hangat , kalau sesiapa pernah datang ke sini mesti tau apa nama restoran yang tak asing lagi iaitu Tasty Wok .Restoran ni memang selalu mempunyai pelanggan tetap dan juga datang ke sini untuk mencuba masakan dan minuman di sini , saya di sini ingin memperkenalkan dua jenis minuman yang memang unik dan juga nampak  rasa minuman ni pun cukup memuaskan hati pelanggan di sini . Oleh tu jangan melepaskan peluang macam seperti biasa membawa famili dan kawan-kawan datang ke sini untuk menikmati makanan dan minuman di sini , saya ingin memperkenalkan minuman yang pertama di sini iaitu Super Juice minuman ni nampak ada dua warna dan merupakan minuman juice yang unik ni , boleh cuba melihat gambar di bawah ni .



Tentang minuman ni juga sangat menarik kerana dihasilkan oleh buah-buahan yang asli tanpa pewarna tiruan , oleh tu memang berbaloi dapat merasakan jus asli ni juga ,bagi saya minuman ni boleh dikatakan mendapat markah penuh juga , oleh tu harus mencuba jus asli ni dan tak mengecewakan citarasa kamurang semua . 



Minuman kedua yang saya ingin memperkenalkan ialah Blue Ocean, minuman ni merupakan sejenis minuman koktel dan memang cukup menawan hati dengan warnanya , koktel ni bukan juga mengandungi alkohol yang tinggi , oleh tu ia sesuai untuk Semua orang minum yang tak kuat alkohol . Dulu saya sebagai bartender di sebuah pun ,, nama minuman ni juga dikenali sebagai Blue Lagoon . Ia memang koktel yang menjadi pilihan pada wanita yang tak berapa minat alkohol , oleh tu kalau kamurang sebagai seorang yang bukan kuat alkohol , koktel ni menjadi pilihan utama dalam menu . Oleh tu kalau masa untuk bersantai boleh cuba menikmati koktel ni juga .

Akhirnya sekali ialah tentang keadaan suasana tempat ni memang cukup menyenangkan minda fikiran lepas bekerja untuk bersama kawan-kawan ataupun hujung minggu bersama famili . Saya sebagai lifestyle blogger di sini juga memberikan lima bintang untuk tempat ni juga dan memang boleh mengatakan kelab terbaik di kawasan ni juga , oleh tu jangan melepaskan peluang untuk menikmati makanan dan minuman di sini , masa beroperasi ialah 7.30 AM - 12.00 AM pada setiap hari Ahad hingga Khamis, manakala 8.00 AM - 2.00 PM pada Jumaat dan Sabtu .......




Venition Club
88300 , Jalan Lintas ,
Taman Bans ,
Kota Kinabalu , Sabah 

Tel : +6088-728188





Monday 19 August 2019

New Wong Kok Restaurant @ Luyang

Adakah kamurang minat makan Dim-Sum ? Sebenarnya ni merupakan jenis makanan paling sedap , bagi saya memang banyak ramai orang minat makanan jenis ni juga . Sebenarnya ni ia adalah hidangan untuk sarapan pagi juga , bagi saya dim-sum memang makanan kelas pertama bagi zaman dulu pada di China , ia biasanya hanya terdapat di dalam istana aje dadan merupakan hidangan  untuk maharaja , oleh tu kita merasakan dim-sum hari ni memang boleh dikatakan makanan istana dulu . Hari ni saya memperkenalkan berapa jenis dim-sum di restoran ni , bagi saya restoran cina ni juga merupakan restoran terbaik juga di sini , nama restoran cina ni dulu bernama New Emperor sebelum diambil alih oleh New Wong Kok Restaurant yang berada di lokasi di Luyang , ia juga terdapat cawangan lain di Penampang , tapi saya memperkenalkan dim-sum hari ni yang berada di cawangan Luyang .


Bagi saya menu dim-sum pertama saya ingin memperkenalkan ialah di sini Siew Mai , ia memang makanan paling digemari orang ramai . Dalam siew mai ni berisi daging babi atau udang , bila ia makan memang dapat merasakan kesegaran siew mai ni juga , kelembutan kulitnya pun juga memuaskan hati juga , oleh tu saya memberi markah penuh tentang siew mai ni juga . Oleh tu memang tak rugi untuk mencuba siew mai ni juga , ia memang merupakan lain dari yang lain terdapat di luar sana . Lagipun sebiji siew mai ni juga cukup besar dan memuaskan hati dengan harganya yang berpatutan ni juga . Oleh tu sendiri mencubanya dan juga menilai sendiri tentang dim-sum ni .



Tentang dim-sum yang kedua saya ingin memperkenalkan ialah Har Kow , jenis dim-sum ni mengandungi udang yang terdapat segar dan bila makan di dalam mulut dapat merasakan kesegaran dan kemanisan udang ni juga . Ia merupakan dim-sum kegemaran dan pilihan kedua bagi saya , tentang har kow ni juga memang patut mencuba , kulit har kow ni juga lembut dan nipis . Kalau bagi saya menilai har kow ni juga memang boleh dikatakan terbaik dan rasanya memang tak mengecewakan citarasa pelanggan di sini juga , kalau siapa minat makan seafood boleh mencuba dim-sum ni juga . 

Tentang dim- sum ni juga saya memberi markah penuh juga , so bagi saya memang berbaloi order dim-sum ni juga , bila saya mencuba dim-sum ni , saya seorang pun dapat mengabiskan har har kow ni juga .... Hehe . Oleh tu boleh tau betapa kesedapan tentang har kow ni juga , saya akan memperkenalkan dim-sum seterusnya di sini juga . Tentang dim-sum yang ketiga saya ingin memperkenalkan ialah Shui Jing Mai , dim-sum menu ni lain sikit kerana ia bukan berisi daging atau udang , ia berisi sayuran . 



Bagi saya dim-sum ni berbeza dengan dim-sum yang saya cuba tadi , sebab ia hanya berisi sayuran aje , nama dim-sum ni juga sana unik yang bermaksud " mai kristal " juga . Oleh tu mesti mencuba dan menilai sendiri , dim-sum ni sesuai untuk orang yang vegetarian juga , tentang rasa dim-sum ni juga mempunyai sedikit kuah yang terdapat di dalam dim-sum ni juga . Kalau bagi saya markah tentang dim-sum ni 4 markah , mungkin saya bukan jenis minat makan sayur juga ..... Hehe . Biarpun kamurang boleh mencuba sendiri dim-sum ni juga dan mungkin menjadi pilihan utama kamurang dalam menu ni . 





Seterusnya adalah Wu Kok , jenis dim-sum ni ialah ubi keladi goreng , bila mencuba memang dapat merasakan ubi keladi asli ni , memang tak merugikan mencubanya . Bila merasakannya dim-sum ni juga cukup rangup pada kulit ya , memang sedap juga dim-sum ni dan juga mendapat sambutan pelanggan di sini juga . Apa kelebihan tentang dim-sum juga ni juga ia berisi daging babi dan juga udang , ia pasti lagi menarik tentang dim-sum ni juga . Oleh tu dim-sum ni memang berbeza di luar sana , oleh tu harus mencuba dim-sum juga dan boleh menilaikan sendiri betapa keenakan tentang dim-sum ni juga . Harganya juga berpatutan dengan dim-sum ni juga , oleh tu saya memberi markah penuh juga tentang kesedapan dim-sum ni . 


Akhirnya sekali saya sebagai lifestyle blogger di sini ingin mengatakan restoran cina ni adalah terbaik yang pernah saya cuba ni , mungkin akan datang saya akan mencuba cawangannya yang berada di sana lokasi Penampang . Ingin mencuba dim-sum di sana juga akan datang , biarpun saya di sini mengucapkan tahniah dengan restoran New Wong Kok Restaurant kerana berjaya menghasilkan dim-sum terbaik di bandar ni juga dan saya memberi lima bintang untuk restoran ni juga , masa beroperasi ialah pukul 7.00 AM - 2.30 PM dlm pada setiap hari Isnin hingga Ahad . Oleh tu jangan lepaskan peluang membawa famili dan kawan-kawan datang ke sini untuk menikmati dim-sum terbaik ni juga ...... 





New Wong Kok Restaurant ,

Lot 4 ,5 ,6 Jalan Kolam , 
Kota Kinabalu ,
88300 , Malaysia 


Tel : 0167101728

Wednesday 14 August 2019

Ice Queen @ Lintas Square

Kota Kinabalu memang merupakan destinasi tempat makan dan minum yang boleh dikatakan terbaik di bandar ni juga , kerana mempunyai berbagai jenis makanan dan minuman sentiasa menjadi tumpuan orang ramai yang berada di luar sana juga , ni hari saya memperkenalkan satu destinasi lagi di sini dan boleh dikatakan masih baru juga , tapi berbagai pencuci mulut dan minuman di sini memang menjadi menarik perhatian orang ramai juga , bagi saya yang mencuba minuman di sini dan memang berbeza sikit dengan tempat lain yang saya pernah cuba sebelum ni . Saya di sini ingin memperkenalkan salah satu kafe di sini dan juga merupakan tempat pencuci mulut terbaik . Nama kafe ni ialah Ice Queen yang berada di lokasi Lintas Square ,oleh tu siapa yang belum pernah datang ke kafe ni , boleh membawa famili atau kawan--kawan datang ke sini untuk mencuba pencuci mulut dan minuman di sini . 


Tentang suasana kafe ni juga nampak cukup selesa untuk menjadi tempat lepak bersama kawan-kawan di sini , lagu yang dimainkan oleh kafe ni juga sentimental dan membuat minda pun tenang kalau lepak di kafe ni juga . Memang cukup syiok kalau lepak di sini dengan menikmati pencuci mulut atau minuman sambil layan lagu yang sentimental ni , bagi saya memberi markah penuh tentang keadaan kafe ni juga . Masa saya lepak di kafe ni seorang sempat menikmati sejenis minuman yang bernama " blueberry fruit milk tea "  , minuman ni yang saya merasakan tak manis dan juga terdapat rasa asam sikit . Oleh tu memang berbaloi untuk mencuba minuman ni juga , bagi saya minuman ni juga sesuai untuk orang yang minat kurang manis . 



Bagi saya kafe ni boleh dikatakan kasual juga , oleh jangan melepaskan peluang bawa famili dan kawan-kawan datang ke kafe ni , saya mungkin akan datang ke sini sekali lagi untuk menikmati minuman jenis lain lagi kalau ada masa lapang akan datang juga ni . Saya memang suka keadaan suasana kafe ni juga biarpun ia bukan dalam keadaan penghawa dingin  , ia nampak simple tapi menarik . Tentang kafe ni juga ialah paling popular ialah " ice blended " yang merupakan kegemaran ramai orang di sini . Oleh tu memang tak akan mengecewakan citrarasa setiap pelanggan juga , saya di sini memberi markah penuh dengan kafe ni juga terhadap layanan kafe crew ya penuh mesra , kafe ni juga merupakan kafe pencuci mulut terbaik di kawasan sini .

Tentang lokasi kafe ni dalam keadaan strategik juga sebab di bahagian penjuru dan memudahkan orang mencari kafe ni dan juga kebanyakan perumahan di sini senang mengunjungi kafe ni juga , pada masa akan datang saya cuba blog interview bersama owner kafe ni juga dengan ingin tau lebih lanjut tentang kafe ni juga ..... hehe . Saya di sini juga sempat mengambil berapa gambar tentang keadaan kafe yang unik juga , tentang lokasi kafe ni terdapat di bawah blog ni juga , akhir sekali saya sebagai lifestyle blogger juga sangat gembira kerana dapat lepak di sini . Saya dah langkah tapak kunjungi kafe ni , kalau siapa-siapa belum lagi kunjungi kafe ni jangan kasih lama-lama ya dan boleh cuba sendiri menilai kafe ni juga , pada keadaan masa beroperasi ialah antara 12.00 PM - 11.00 PM pada setiap hari ...... 








Ice Queen
Lot No.65,2-0 , Block I ,
Lorong Lintas Square ,
Jalan Lintas ,
88300 , Kota Kinabalu ,
Sabah 


Tel : 011- 14139927

Monday 12 August 2019

The Yunique Tea



Hi , saya kembali lagi dalam blog saya ni lagi , pada minggu lalu saya telah berkunjung ke sebuah kafe yang boleh dikatakan menjual berbagai jenis minuman yang memang menarik perhatian orang ramai juga di sini , pada setiap minuman di sini mempunyai citarasa yang cukup mempesonakan . Kerana setiap minuman ni adalah menggunakan bahan tulen untuk menghasilkan minuman yang terbaik ni , nama kafe ni ialah The Yunique Tea memang boleh dikatakan satu jenis minuman yang berasal dari negara Taiwan juga yang mula berkembang di sini . Bagi saya pada buat masa ni memang terdapat berbagai produk minuman yang berasal dari Taiwan yang terdapat di Sabah , saya pun baru cuba merasai minuman ni dan boleh dikatakan sedap dan asli tanpa bahan pewarna tiruan dalam minuman ni , saya telah mencuba satu minuman di sini yang diperkenalkan oleh kafe krew di sini dan mungkin minuman ni merupakan minuman " signature " di kafe ni . Bila saya mencuba minuman ni dan dapat merasakan buah strawberi yang sebenar dengan campuran susu segar dalam minuman ni juga . Tentang kemanisan minuman yang saya cuba ni masih boleh dikatakan tahap memuaskan kerana mungkin buah strawberi ni berasa asam dan menyebabkan minuman ni tak berapa manis juga .

Minuman yang saya cuba ni bernama " strawberry dirty milk " , Nama minuman ni nampak cool juga , mungkin ada maksud tersirat tentang minuman ni juga . Biarpun saya di sini memberi 4 bintang tentang minuman ni juga , sebenarnya saya bukan minat buah strawberi kerana asam tapi saya tetap ingin mencubanya dan memang tak mengecewakan perisa buah asli dalam minuman ni , oleh tu siapa minat buah strawberi boleh mencuba minuman ni juga dan boleh menilainya sendiri tentang minuman ni . Pada masa akan datang saya akan mencuba minuman jenis yang lain terdapat di kafe ni juga , saya juga sempat mengambil gambar minuman saya ni sebagai kenangan dan memang tak merugikan dapat merasakan minuman ni juga . Tentang harga minuman ni juga ialah RM 14.50 , biarpun mahal sikit tapi memang berbaloi untuk mencubanya . 




Minuman " strawberry dirty milk " ni juga nampak kreatif juga dan cantik , boleh cuba melihat gambar minuman di atas ni . Kamurang boleh membawa famili dan kawan-kawan cuba mengunjungi kafe ni juga . Sebenarnya kafe ni lebih fokus untuk orang yang singgah sana membuat " take away " sebab keadaan kafe ni memang unik hanya terdapat ruang kecil untuk lepak aje dan tiada meja dan kerusi lain-lain yang terdapat dalam kafe ni . Mungkin kebanyakan orang datang ke kafe ni hanya membuat " take away " aje , itulah kafe ni nampak tak sempat sibuk macam kafe lain dan memang ada perbezaan juga dengan kafe lain .  Biarpun janji dapat merasakan minuman yang terbaik terdapat di kafe ni juga , oleh tu kalau belum lagi mencuba minuman di kafe ni jangan melepaskan peluang ni . 

Tentang logo kafe dan minuman ni juga merymerup seekor beruang atau dikenali sebagai " sugar bear " , kalau teringat sugar bear mesti ingat nama the yunique tea ni . Rekaan kafe ni juga nampak simple aje dengan logo sugar bear yang berada dalam sana dinding bahagian hujung kafe ni juga , The Yunique Tea ni juga mempunyai cawangan lain juga di sini Kota Kinabalu , oleh tu kalau ada masa saya juga ingin mengunjungi cawangan lain ni . Akhir sekali ialah saya sekali lagi memberi pujian kafe ni juga kerana bukan setakat minuman yang sedap tetapi kafe krew ni pun cukup terbaik dan peramah masa melayan setiap pelanggan yang datang ke kafe ni , oleh tu saya sebagai lifestyle blogger di sini memberi 5 bintang dengan kafe ni yang bernama The Yunique Tea , oleh tu jom mari kita ramai-ramai menikmati minuman bubble tea ni ...... Peace ! 

Saturday 10 August 2019

Callie Jelly Cake @ Kuala Lumpur

Hi , hari ni saya ingin memperkenalkan satu tempat dengan berbagai jenis kek di sini , siapa peminat makan kek di sini ? Tapi ni kek dengan menggunakan bahan utama iaitu jeli , oleh bagi saya memang cukup menarik apabila mendengar kek jeli ni , saya sendiri gemar makan jeli di sini dan kek macam begini memang menjadi pilihan utama saya juga ni . Bagaimana citra rasa kamurang ni juga ? Bagi saya kek jeli ni memang tak manis dan kalau makan banyak pun tak juga rasa kehausan dengan mau mencari air ni , tentang tempat membuat kek jeli ni bernama Callie Jelly Cake , kalau bagi sesiapa yang tinggal di sana Kuala Lumpur memang tak melepaskan peluang untuk merasakan kek jeli ni juga . Bagi saya juga kalau ada peluang akan datang saya pun ingin juga merasakan kek jeli buatan miss Callie Chan ni juga , sebab saya boleh rasakan dia ni seorang pembuat kek yang hebat sampai mempunyai kelas sendiri untuk mengajar setiap pelajarnya tentang membuat kek jeli ni juga , bila saya nampak gambar kek jeli ni juga terus mau jatuh air liur ni ..... hehehe . 




Tentang setiap kek jeli ni memang cukup kreatif dan mempunyai banyak bentuk pilihan dengan mengikut citarasa pelanggan masing-masing di sini , bagi saya memang tau kek jeli ni memang menjadi tumpuan setiap pelanggan dia yang datang untuk menempah kek jeli sebagai menyambut hari jadi , perkhawinan , ulangtahun dan bayi cukup sebulan . Selain tu juga dia juga membuat kuih bulan jeli untuk perayaan pesta kuih bulan , kalau siapa ingin merasakan kuih bulan jeli boleh menempah dengan Callie Chan juga , nanti saya akan memberi nombor handphone nya di bawah nanti supaya senang untuk menghubungi dengan membuat tempahan kek jeli ni .  Tentang kek jeli ni juga berwarna-warni dengan cukup membuatkan ingin merasakan kek jeli ni juga , bagi saya memberi lima bintang tentang kek jeli ni juga , kalau ingin tau harga pasal ni kek jeli boleh cuba menghubungi Callie Chan pada bila-bila masa untuk membuat tempahan kek jeli ni . Ia juga terdapat kek jeli mini untuk setiap pesta yang terdapat di kafe ni juga , 

Bagi saya kek jeli ni juga boleh dikatakan mendapat sambutan orang ramai juga , oleh tu memang tak merugikan kalau mencuba tempah kek jeli ni juga . Satu lagi saya juga ialah ingin membuat blog interview dengan Callie Chan juga akan datang , sebab ingin mengenali pembuat kek jeli yang popular ni juga . Dia juga mempunyai ramai pelajarnya yang juga bukan hanya berasal dari negara kita sendiri juga , ni membuktikan dia bahawa memang seorang pembuat kek jeli yang mempunyai kebolehan tinggi , biarpun saya di sini juga ingin mengucapkan tahniah kepada Callie Chan yang selama ni berusaha dalam bidang ni juga mencapai satu kejayaan dalam hidupnya .



Tentang " kek cup jeli " yang sentiasa juga menjadi pilihan utama untuk menjadikan jamuan minum petang , ia juga terdapat berbagai bentuk dalam kartun watak dalam animasi juga , oleh tu kalau anak-anak kecil kamurang yang mengadakan jamuan harijadi mereka dan juga boleh mencuba menempah kek cup jeli juga dan memastikan ramai kanak-kanak lain pasti suka dengan menghadiri jamuan harijadi anak kamurang juga . Akhirnya sekali ialah saya Lanseikong sebagai lifestyle blogger juga di sini mengucapkan tahniah sekali lagi dengan Callie Chan dengan kejayaan dalam bidang ni juga . Semoga teruskan maju dan berjaya dalam bidangnya dan bagi saya di sini memberi lima bintang tentang kek jeli ni juga dan boleh dikatakan memang terbaik serta tak merugikan untuk mencuba kek jeli yang terdapat di Callie Jelly Cake ......



Callie Jelly Cake
No 119 , Jalan 11/27a ,
Seksyen 5 , Wangsa Maju ,
53300 , Kuala Lumpur ,
Malaysia 

Tel : 0192116699



Monday 5 August 2019

Video Terbaru YouTuber Mukbang Kate Yup Memang Aneh

Hi , saya kembali lagi dalam blog saya ni buat masa ni saya memang agak sibuk sikit dan jarang blogging , tapi bila saya mendapat satu cerita tentang seorang youtuber mukbang atau vlogger mukbang yang dikatakan macam kena diseksa oleh sesuatu , banyak sudah cerita ni kena viral di laman sosial dengan kelakuan aneh blogger mukbang ni dengan video terbarunya . Nama vlogger mukbang ni ialah Kate Yup yang berasal dari Vietnam , dia memang popular dengan channelnya di sana YouTube dan mendapat sambutan hangat , dia juga mempunyai peminat channelnya yang banyak . Oleh tu saya sendiri pun cuba menonton channel dia sebelum ni dan terbaru ni , bagi saya memang banyak perbezaan dan dia ni seolah-olah meminta pertolongan dalam video terbarunya ni . Cara-cara dia makan memang aneh seolah-olah macam lama sudah tak makan , paling ayat yang di dalam channelnya ialah " i'm so hungry " ni ayat memang membuat semua orang confused , kenapa dia boleh katakan gitu dalam channelnya ?  

Satu lagi ayat lain ialah " the meat Sooo deliciOuS .... soft and tender " ni bermaksud SOS juga , bila isyarat jari dia mengetuk tepi mangkuknya seperti menaip kod minta tolong di sana , kalau siapa-siapa belum tengok video terbarunya , boleh cuba tengok sendiri dan nilai sendiri apa perbezaannya video dia sebelum ni dan video terbarunya . Bagi saya pada permulaan dia makan dengan perlahan-lahan , bila ada sesuatu tarik mangkuknya , dia macam makan dengan kelam-kabut  dan laju sekali . Ni la perbezaannya video terbaru di youtube channelnya , bibir dia juga macam ada luka sambil lengan tangannya ada lebam juga . Lagipun badan dia dulu nampak berisi tapi video barunya nampak kurus , adakah dia kena dera ? Biarpun kita berdoa di sini agak kate yup ni dalam keadaan baik dan sihat di sana selalu . Saya Lanseikong sebagai lifestyle blogger pun berdoa keadaannya dalam keadaan baik selalu ...... 





Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...