Saturday 4 July 2020

October Coffee Gaya

Hari ni saya ingin memperkenalkan sejenis pencuci mulut yang hanya terdapat di salah sebuah kafe yang boleh dikatakan tak asing lagi di bahagian lokasi pusat bandaraya Kota Kinabalu , nama kafe ni ialah October Coffee Gaya dan boleh dikatakan memang mendapat sambutan ramai pengunjung yang datang ke sini . Tentang suasana kafe ni juga memang nyaman dan penuh keselesaan bagi setiap pelanggan yang menikmati hidangan mereka di sini , oleh tu jangan melepaskan peluang membawa famili ataupun kawan-kawan datang sini . 



Menu pencuci mulut yang saya ingin memperkenalkan di sini ialah " banana cream toast " , keunikkan pencuci mulut ni memang sentiasa membuat setiap pelanggan tertarik hati untuk mencubanya , bagi saya sendiri pun rasa berbaloi untuk mencuba pencuci mulut ni juga kerana ia hanya terdapat di kafe ni aje . Sebenarnya kenunikan yang terdapat pada pencuci mulut ni ialah rekaan padanya . Oleh tu ni boleh dikatakan salah satu pencuci mulut yang terbaik untuk menikmati selepas makan malam . Dah nampak di dalam gambar ni pun pasti membuat kamurang tertarik hati ingin merasakan pencuci mulut ni .

Sebenarnya mungkin nampak memang simple tetapi mempunyai tarikan untuk setiap pelanggan yang datang ke sini , tentang " banana cream toast " ni lebih fokus pada cream untuk lebih nampak menarik pada pencuci mulut ni juga , serta ais krim yang letak pada permukaan roti ni membuat menjadi satu pencuci mulut yang ada kelas sendiri , kalau ingin mencuba " banana cream toast " ni hanya terdapat di kafe ni aje dan boleh dikatakan juga sebagai " signature dessert " dalam menu ni juga . 


Bagi saya pencuci mulut ni memang boleh dikatakan terbaik di dalam kafe ni juga kerana mendapat sambutan hangat dari setiap pelanggan yang datang ke sini , kamurang boleh cuba pencuci mulut ni dan boleh menilai sendiri apa perbezaan pencu mulut ni .... hehe . Saya juga di sini pencuci mulut ni memang kreatif dengan susunan setiap hiasan pada pencuci mulut ni juga , oleh tu saya di sini ingin memberikan markah penuh juga terhadap pencuci mulut ni . Akhirnya sekali saya ingin berkata ialah tentang suasana di dalam kafe ni juga amat memuaskan bagi setiap pelanggan yang datang ke sini , oleh tu boleh cuba membawa famili ataupun kawan-kawan datang ke sini untuk menikmati setiap hidangan yang berada di dalam kafe ni termasuk pencuci mulut ni " banana cream toast " ....... 





October Coffee Gaya 
13 , Lorong Dewan ,
Pusat Bandar 
88000 , Kota Kinabalu ,
Sabah .



Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...