Thursday 12 December 2019

Yen Ai @ Bornion Centre

Hari ni saya ingin memperkenalkan sebuah kafe pencuci mulut yang popular di sini Kota kinabalu , kafe pencuci mulut ni biasanya terutama dengan berbagai jenis minuman buang panas dan amat digemari oleh setiap pelanggan di sini , ia juga mempunyai cawangan lain di kawasan Lintas Plaza . Tapi saya telah mencuba di sini kawasan Bornion Centre dan boleh dikatakan memang popular . Sebenarnya nama kafe ni ialah Yen Ai , kafe ni juga lama sudah beroperasi di sini sebelum membuka cawangan baru di sana lintas plaza , menu paling popular di sini ialah " herbal tea egg " ia sentiasa mendapat sambutan hangat . Tapi hari ni saya mencuba sejenisnya kuih iaitu " fu tao kuo " yang bermaksud kuih ubi yam , kuih ni rasa sedap dan dapat merasakan yam kalau celup dalam sos yang disediakan akan bertambah keenakannya bila makan . Bagi saya ni merupakan makanan kegemaran orang cina pada masa untuk sarapan atau minum petang , ia lebih wangi juga dengan letak bawah goreng di atas kuih ubi yam ni , oleh tu memang berbaloi untuk mencubanya .

Tentang minuman buang panas yang saya pesan adalah " lo han ko " minuman buang panas ni membawa manis dan ada rasa buah lo han ko dalam minuman ni juga , kalau tengok warna minuman ni , mungkin nampak macam kopi sebab warna hitam . Tapi memang sesuai minum untuk musim cuaca panas ataupun kalau rasa kurang sihat boleh mencuba minuman ni juga . Sebenarnya terdapat berbagai lagi minuman panas yang popular di sini , mungkin lain hari saya akan mencuba minuman buang panas lain . Tentang keadaan suasana kafe ni juga cukup baik penuh kelengkapan airkon , oleh tu lebih ramai suka melepak di sini bersama famili atau kawan-kawan bila masa lapang . Sebelum saya berhenti blogging di sini , saya ingin memuji kafe crew di sini pun amat friendly , oleh tu saya memberi markah lima bintang terhadap servis kustomer di kafe ni ...... 











Yen Ai Dessert & Herbal Shop
Lot 6 , Bornion Centre , Luyang
88300 Kota Kinabalu ,
Sabah 



Tel : 088-252450

No comments:

Post a Comment

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...