Tuesday 2 June 2020

Sabah Chilli Pan Mee

Hi , saya hari ni ingin blogging tentang sebuah restoran yang boleh dikatakan cukup popular dengan sentiasa mendapat sambutan dari setiap pelanggan yang mengunjungi ke sini dengan menikmati makanan dan minuman di sini , sebenarnya restoran ni memang unik dengan menyediakan ramuan pedas untuk setiap pelanggan di sini yang cukup menambah keenakan dalam makanan ni juga , kalau kamurang sebagai penggemar makanan pedas tetap tak melepaskan peluang untuk menikmatinya . Nama restoran ni ialah Sabah Chilli Pan Mee  yang cukup unik dengan ramuan pedas untuk setiap makanan di sini , oleh tu memang berbaloi untuk datang ke sini menikmati pan mee mereka . Tentang ramuan pedas ni adalah dihasilkan sendiri dengan cukup membuatkan setiap pelanggan di sini seronok menikmatinya .



Sebenarnya pan mee di sini juga boleh dikatakan berbeza dengan pan mee yang pernah mencuba sebelum ni , mee ni juga lembut dan wangi dengan kicap yang dihasilkan untuk mee ni juga dengan lagi campuran daging hancur memang cukup rasa sedap sekali , yang paling beza ialah pan mee di dalam claypot berbanding restoran lain supaya tahap kepanasan terhadap mee ni tak cepat sejuk juga , ni boleh dikatakan memang satu keunikan di dalam restoran ni juga . Sebenarnya terdapat berbagai jenis pan mee ni juga , tapi saya ingin memperkenalkan salah pan mee di sini ialah " dry pan mee claypot ", pan mee ni memang cukup sedap dan campurkan cili buatan sendiri membuatkan cukup selera lagi menikmatinya .

Sebenarnya Sabah Chilli Pan Mee ni juga mempunyai berapa cawangan lain di sini Kota Kinabalu , bagi saya pan mee mereka memang sedap dan berbeza dengan pan mee yang pernah cuba sebelum ni . Oleh tu memang tak merugikan membawa famili ataupun kawan-kawan datang ke sini untuk menikmati pan mee pedas ni juga , kalau kamurang seorang penggemar makanan pedas juga dapat menilai sendiri tentang setiap makanan di sini juga . Saya sebagai blogger di sini tetap memberi pandangan positif terhadap setiap makanan di dalam restoran ni , biarpun saya sendiri bukan penggemar makanan pedas .... Hehe . Apa-apapun jangan melepaskan peluang membawa famili ataupun kawan-kawan datang ke sini untuk menikmati pan mee pedas yang cukup popular di sini kota kinabalu ....... 

No comments:

Post a Comment

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...