Saturday 1 February 2020

Legenda Raksasa Nian


Sempena masih Tahun Baru Cina ni , saya ingin blogging tentang legenda popular masyarakat orang cina ni iaitu raksasa nian yang mengenali bagaimana wujud di tahun baru cina ni . Sebenarnya pada zaman dahulu ada seekor raksasa yang tinggal di dalam hutan yang dikenali sebagai " nian " yang sentiasa menyerang semua kampung sekelilingnya dengan makan penduduk kampung pada waktu malam menjelang tahun baru cina , semua penduduk kampung sangat takut pada masa tu bila mendengar raksasa nian keluar untuk menyerang setiap kampung dengan memakan mereka . Oleh tu dalam ketakutan penduduk kampung ni sampai bertapuk di dalam rumah masing-masing dari keluar sana untuk menyambut tahun baru cina ni . Pada satu hari ketua kampung mereka pun meminta semua penduduk kampung untuk berpindah ke tempat lebih selamat daripada menjadi mangsa raksasa nian ni , apabila mereka sampai dalam perjalanan pindah terjumpa salah seorang tua pada masa tu . Orang tua tu pun tanya kenapa mereka pindah ? Semua penduduk kampung pun menceritakan tentang raksasa nian yang menyerang kampung mereka dan makan mereka .

Akhirnya orang tua ni pun mengajar mereka macam mana menghalau raksasa tersebut selepas tau keadaan semua penduduk kampung ni , akhirnya semua penduduk kampung pun balik ke kampung halaman mereka selepas mendapat tunjuk ajar dari orang tua tu . Mereka semua pun mengecat rumah mereka warna merah , sedia pelekat warna merah di depan pintu rumah masing-masing mereka dan juga ialah mercun dan alat-alat yang menghasilkan bunyi supaya dapat menghalau raksasa tersebut . Bila tahun seterusnya menjelang tahun baru cina,tu raksasa njan  muncul lagi mencari mangsa di sana sekeliling kampung . 

Tapi kali ni tu raksasa nian gagal makan semua penduduk kampung ni kerana ia nampak semua penduduk kampung pun telah bersedia menyerang balik raksasa tersebut , mereka pun membakar mercun dan kasi bunyi alat-alat mereka . Akhirnya tu raksasa nian pun dalam keadaan ketakutan dan melarikan diri masuk hutan balik dan semua penduduk kampung pun berasa gembira kerana berjaya menghalau tu raksasa dan tak berani lagi menyerang kampung mereka lagi , ni lah baru mereka dapat menyambut tahun baru cina dengan penuh keceriaan . Legenda ni tetap wujud dari dulu sampai ke zaman generasi akan datang dan tetap tau legend raksasa nian ni di dalam tahun baru cina . Saya sebagai blogger pun sangat minat cerita legenda raksasa nian ni juga dari zaman budak-budak lagi sampai sekarang , kerananya melambangkan sejarah masyarakat orang cina ......

No comments:

Post a Comment

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...