Sunday, 27 January 2019

Suasana Menanti Ketibaan Perayaan Tahun Baru Cina

Hi , lama dah saya dah update blog ni dan kembali dengan blogging hari ni ialah mengenali perayaan Tahun Baru Cina tak lama lagi tiba , kebanyakkan pusat beli-belah mula memainkan lagu tahun baru cina dengan dapat merasakan susana perayaan ni dengan lebih meriah . Kebanyakkan semua kaum cina mula sibuk membuat persediaan untuk menyambut perayaan ni , semua mula shopping dengan membeli pakaian baru untuk menyambut tahun tahun baru cina dan juga membeli bekalan tahun baru cina untuk keluarga dan juga tetamu yang datang ke rumah . Tahun ni merupakan Tahun Babi merupakan Zodiak Cina yang terakhir dalam 12 Zodiak Cina , oleh tu  siapa yang lahir zodiak cina tahun babi memang adalah tahun mereka juga dengan penuh harapan di dalam kehidupan tahun baru ni . 



Bagi kanak-kanak paling gembira kalau pada tahun baru cina kerana mendapat " ang pao " dari orang-orang tua dan orang yang sudah berumahtangga , ia juga paling meyeronokan ialah dapat melihat " tarian singa " di mana-mana kawasan berada , pada orang dewasa pula tentu bergurau-senda bersama keluarga yang pulang dari tempat jauh ke kampung halaman serta membawa buah tangan untuk keluarga . Pada malam sebelum tahun baru cina , semua ahli keluarga mesti berkumpul untuk makan besar di rumah dan suasana ni dapat mengeratkan lagi hubungan keluarga lebih baik lagi . Terdapat berbagai hidangan masakan yang sedap untuk satu keluarga pada malam sebelum tahun baru cina , lepas tu ada aktiviti lain di rumah selepas makan besar sambil menunggu menyambut tahun baru cina pertama . 

Bagi kanak-kanak akan bermain bunga api di halaman rumah , orang-orang dewasa berkumpul di dalam rumah bercerita sambil menonton TV . Bagi yang pasangan bercinta pula akan menikmati suasana tahun baru cina di luar sana , saya Lanseikong sebagai lifestyle blogger juga menyambut tahun baru cina di sini sambil ingin mengucapkan " keceriaan dan keharmonian selalu " bagi semua kaum cina yang menyambut perayaan ni .....


GONG XI FA CAI ! 

No comments:

Post a Comment

CROWD 99 @ Imago Shopping Mall

Crowd 99 merupakan kedai manisan yang paling popular di Sandakan  kerana keenakan berbagai pencuci mulut yang ternama , ia juga mempunyai...