Tuesday, 5 February 2019

Makanan Tradisi Tahun Baru Cina : Nian Gao


Sempena Tahun Baru Cina Pertama ni , saya di sini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dengan semua kaum budaya cina yang berada di seluruh dunia , dalam tahun cina pertama ni saya di sini ingin memperkenalkan sejenis makanan tradisi perayaan cina iaitu " Nian Gao " dan sentiasa wajib ada pada setiap tahun baru cina sebagai melambangkan keharmonian kaum cina . Sebenarnya " nian gao " ni boleh goreng bersama telur atau makan gitu saja , pada tahun cina pertama ni juga memang untuk bersama keluarga dan berkumpul semua di rumah dengan merayakan dalam keadaan susana meriah dengan berbagai hidangan makanan yang tersedia . Kembali tentang " nian guo " juga mempunyai sejarah tradisi sendiri , makanan tradisi ni juga merupakan makanan paling penting bagi kaum cina pada perayaan tahun baru cina ni juga . 

Dalam kepercayaan juga "  nian gao " ni juga untuk menyembah dewa dapur pada tahun baru cina ni juga , supaya kembali ke syurga dengan melapor diri sambil memghantar laporan untuk mahadewa " Nyuk Wang Ta Di " tentang suasana keadaan rumahtangga . Makanan " nian gao " ni juga di buat daripada tepungpulut , itulah bila makan mesti merasakan melekit mulut . Tentang " nian gao " ni juga mempunyai nama yang baik dan berbentuk bulat , biarpun nama " gao " ni merupakan kuih dan juga mempunyai maksud lain iaitu " tinggi " dan itulah maksud " nian gao " ialah " tinggi setahun " dan memang mempunyai maksud yang bermakna . Akhir sekali saya Lanseikong di sini mengucapkan Gong Xi Fa Cai untuk semua budaya cina di seluruh dunia ni ......

No comments:

Post a Comment

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...