Monday 15 July 2019

Team Paranormal Lawas @ Sarawak


Saya kembali lagi di sini , dah lama sudah saya tak blogging sebab ada kesibukan sedikit buat masa ni . Kali ni saya blogging tentang sebuah team paranormal dari lawas atau dikenali sebagai Team Paranormal Lawas ( TPL ) yang berasal dari Sarawak juga ni , sebenarnya team paranormal ni dah lama sudah aktif dalam bidang paranormal ni dan banyak sudah tempat mereka membuat aktiviti paranormal di sana sarawak dan baru-baru ni team ni juga mula berkembang di sini Sabah juga dan ramai peminat team ni juga , saya sendiri pun sempat berjumpa ketua pengasas team ni juga , dia nampak sangat friendly terhadap semua orang sekilingnya . Siapa yang saya ingin maksudkan tentang pengasas ni ? Kalau bukan dia siapa lagi , mungkin ada yang dah kenal pengasas ni juga , nama dia ialah Sennamiey . Bagi saya dia ni memang ada bakat dalam bidang paranormal ni juga , sebelum ni dia dan team dia telah membuat aktiviti paranormal di sana tokong lama yang usang dekat kawasan Inanam , Tuaran Beach Resort dan Banglo di sana Signal Hill . Kamurang juga boleh melayani YouTube channel mereka juga , mungkin dia situ boleh melihat aktiviti paranormal mereka . Saya sendiri pun dah lihat aktiviti paranormal mereka di YouTube channel mereka , ia boleh dikatakan menarik . Sebelum saya berhenti blogging di sini juga , saya ingin menunaikan ketabahan semangat team paranormal lawas ni memang hebat dan sentiasa bekerjasama semasa menjalankan aktiviti paranormal tak kira di mana berada , teruskan perjuangan kamurang di dalam bidang paranormal ni dan tetap akan berjaya satu hari nanti . 

Tentang team paranormal lawas juga boleh dikatakan mendapat sambutan hangat di sini Sabah , bagi saya sendiri pun mengaku kerana mereka boleh dikatakan penuh kerajinan dengan menjalankan aktiviti paranormal di mana-mana saja , team ni juga dibarisi oleh setiap crew yang cukup pengalaman dan boleh dikatakan sebagai best soldier in the battlefield , oleh tu sekarang mereka sedang mengaturkan paranormal aktiviti akan datang juga , pada masa akan datang juga saya akan blogging tentang satu lagi team paranormal dari Sabah , ia bukan terkenal macam team paranormal lain , cuma macam cendawan baru tumbuh lepas hujan . Mari kita sama-sama menantikan team paranormal yang saya akan blogging akan datang nanti ......

2 comments:

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...