Wednesday 29 January 2020

Kafe Bubble Tea Yang Sentiasa Mendapat Sambutan

Hari ni saya sekali lagi ingin blogging tentang berapa " bubble tea " yang sentiasa mendapat sambutan hangat dari setiap penggemar bubble tea di sini , buat masa ni memang makin hari makin banyak wujud berbagai jenis kafe yang berasas minuman bubble tea ni , makin banyak pilihan untuk semua penggemar bubble tea ni juga . Oleh tu saya di sini telah memilih berapa buah kafe bubble tea yang sentiasa menjadi pilihan semua di sini , biarpun saya sendiri bukan penggemar bubble tea setia .... hehe , tetapi tetap memberi sokongan dengan setia kafe bubble tea ni yang sentiasa mendapat sambutan hangat . 



Kafe yang pertama saya ingin memperkenalkan ialah Easy Way , kafe ni merupakan kafe yang lama dan tak asing sudah , dengan beroperasi tentang minuman bubble tea ni , ia juga terdapat minuman yang lain sentiasa menjadi pilihan peminat setia di kafe ni , bagi saya kafe ni memang boleh dikatakan mempunyai minuman yang cukup memukau hati setiap pelanggan yang mengunjungi di sini , biasanya kebanyakan ialah golongan famili sentiasa memilih tempat ni sebagai mengisi masa hujung minggu atau pada masa cuti umum . Keadaan suasana kafe ni juga cukup memuaskan hati dan cukup selesa , oleh tu saya di sini ingin memberikan lima bintang tentang kafe ni juga . 



Kafe yang paling lama adalah kafe yang bernama Yoyo Cafe , kafe ni dari sejak awal lagi memang wujud sudah di sini Sabah sebelum kafe bubble tea lain wujud , ia memang setaraf dengan kafe " easy way " . Tentang kafe ni memang cukup dikenali oleh semua penggemar bubble tea dari dulu sampai sekarang dan sambutan dengan kafe ni tak pernah pudar , kalau remaja-remaja zaman 90-an dulu tetap tak melepaskan peluang untuk memilih kafe ni sebagai destinasi utama lepak sama-sama . Terutamanya pada waktu malam , siapa tak pernah jejak kafe ni ? Tentang minuman di kafe ni juga paling murah dan sentiasa menjadi pilihan utama sampai sekarang . 



Tentang kafe yang seterusnya saya ingin memperkenalkan ialah Regiustea , ni kafe memang mendapat sambutan ramai orang dan paling popular ialah minuman di kafe ni ialah " harimau brown sugar " , minuman ni memang berbeza dan lebih sedap rasanya dan boleh dikatakan sebagai " signature drink " di kafe ni juga ya , bagi saya minuman memang berbaloi untuk mencuba dan boleh menilai sendiri apa kelebihan minuman ni juga ya . Saya tetap memberi  pujian terhadap kafe ni juga , oleh tu jangan melepaskan peluang membawa famili dan kawan-kawan datang mencuba minuman ni ya .



Kafe terakhir di sini ialah Tealive memang ada kelas sendiri pada minumannya , sebenarnya kafe ni pun boleh dikatakan juga tak asing lagi kerana ramai kenali kafe ni juga , bagi saya minuman mereka ni memang ada tandingannya kerana setiap rasa mimumam ni memang cukup memuaskan hati bagi setiap pelanggan di kafe ni . Oleh tu mesti datang ke sini mencuba minuman di kafe ni ya , bagi saya memang 4 bintang terhadap kafe ni juga , tempat ni juga memang kasual dan Siok untuk lepak di sini bersama kawan-kawan pada hujihu minggu ataupun pada masa lapang . Siapa selalu kunjungi kafe ni dan akan lebih tau keadaan suasana kafe ni juga .

Oleh tu bagi penggemar bubble tea ni merupakan stesen untuk lepak lepak yang terbaik juga , saya sendiri pun kadang-kadang juga melepak di kafe untuk menghilangkan kepenatan kerja ataupun pada masa lapang , saya di sini tetap memberi sokongan pada setiap kafe bubble tea ni , biarpun saya bukan penggemar bubble tea ...... Hehe . Lagipun minuman mereka memang tak mengecewakan setiap penggemar bubble tea ......

2 comments:

  1. betul.. bubble tea ni mmg mendapat sambutan hangat terutama remaja laa.. family pun ada... saya pun tak terkecuali turut sama terjebak. sekali sekala boleh laa.. harga boleh tahan, manis pun power jugak tu... so, tak boleh laa nk kerap minum demi duit poket dan kesihatan. agihtewww

    ReplyDelete
  2. Yupp ..... Memang sekali sekala ya utk mengisi masa lapang ya

    ReplyDelete

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...