Tuesday, 18 February 2020

Keadilan Untuk Kematian Tragis Decky

Hari ni saya ingin blogging tentang seekor anjing yang mati penuh tragis , saya sendiri pun amat sedih apabila mendapat berita tentang kematian seekor anjing ni yang mempunyai tuan sendiri , nama anjing ni ialah Decky . Sebenarnya kes ni berlaku di Ranau pada bulan lepas dan terus berleluasa di laman sosial media , ia juga membuat kemarahan pada setiap pengguna laman sosial media dengan kematian decky yang tragis ni . Tentang kematian anjing ni berpunca dari remaja yang mabuk dengan melalui kawasan tersebut dan memukul anjing tersebut sampai mati , padahal pada masa tu anjing ni kena diikat dan tak mengigit dia . Kenapa ni remaja mabuk sanggup memukul anjing ni sampai mati ? Pada saya sendiri pun sangat marah dengan tindakan kejam remaja mabuk ni dan dia memang patut kena hukuman setimpal kerana sengaja menyeksakan haiwan tersebut sampai mati , saya di sini terdapat gambar tentang kematian anjing yang bernama decky ni juga .



Di manakah keadilan pada binatang yang kena seksa sampai mati sekarang ? Saya sebagai blogger memang sungguh sedih pada anjing ni yang tiada salah dengan mati secara tragis , saya memang boleh dikatakan kadang-kadang manusia ni lebih dahsyat dari binatang . Dimanakah belas kasihan manusia terhadap binatang sekarang ? Sebenarnya saya juga di sini ingin membuka mata dunia tentang kes penyeksaan terhadap binatang makin berleluasa , ada juga sanggup makan daging anjing , kucing dan memburu secara haram terhadap binatang yang terlindung juga kerana ingin mendapatkan daging dan lain lain anggota badan binatang yang bernilai . 

Tapi bagi saya kematian tragis decky ni boleh dikatakan salah satu contoh untuk kita membela binatang yang kena terseksa macam anjing ni juga , kita sebagai pencinta haiwan tak boleh berpeluk tubuh dan membiarkan binatang yang kena terseksa juga ni , oleh tu saya sebagai blogger juga harap dapat melahirkan ramai lagi pembela nasib binatang ( animal-rights ) yang membela setiap binatang yang kena seksa ni . Kita juga mesti mengambil kes macam ni agak berat , sebab setiap penyeksaan binatang tetap akan berlaku setiap masa tak mengira tempatan ataupun luar negara . Oleh tu harap semua orang dapat memberi belas kasihan terhadap setiap binatang pada masa akan datang , binatang ni adalah kawan terbaik dalam kehidupan manusia , tanpa binatang peliharaan disisi kita akan rasa kekurangan sesuatu .

Oleh tu kematian anjing yang bernama decky ni memang patut kita kita memberi perhormatannya , saya di juga menasihatkan kepada remaja--remaja juga ni jangan sesuka hati menyeksaan binatang yang tak bersalah ni , perbuatan penyeksaan binatang ni bukan sebagai dilabelkan manusia yang bertamadun , oleh tu harap dapat membelajari kesilapan hari ni menjadikan satu pengajaran dalam hidup . Akhir sekali ialah saya sebagai blogger tetap bersempati tentang kematian tragis decky ni juga , biarpun paling penting kita semua harap remaja pemabuk ni dapat tindakan hukuman setimpal wajarnya ........ JUSTICE FOR DECKY !!!

Friday, 14 February 2020

Hari Kekasih Bersama Gem And Feather

Valentine's day atau dikenali sebagai hari kekasih dan ia sangat bermakna bagi setiap pasangan kekasih yang sentiasa menanti hari yang penuh bermakna dengan menyambut bersama , ia juga akan bertukar hadiah kekasih antara satu sama lain . Oleh tu hari kekasih merupakan hari yang penuh sejarah bagi yang baru bercinta , kedai bunga pun pasti akan nampak sibuk pada hari kekasih dengan menyediakan berbagai jenis bunga untuk sentiasa menjadi pilihan pelanggan yang datang untuk membeli kepada pasangan mereka masing-masing . Apakah hadiah hari kekasih kamurang tahun ni untuk pasangan kamurang ? Biarpun saya di sini ingin memperkenalkan salah satu kedai bunga yang boleh dikatakan mendapat sambutan hangat bagi setiap pelanggan mereka , tak mengira hari kekasih , hari jadi ataupun ulangtahun perkahwinan . Mereka tetap mengunjungi kedai bunga ni juga .


Sebenarnya saya pernah sudah blogging kedai bunga ni 2 tahun lalu dan boleh dikatakan juga memang tak asing lagi , kali ni saya sekali lagi blogging kedai bunga ni kerana memang sentiasa mendapat sambutan hangat dan tak pernah mengecewakan setiap pelanggan yang datang ke sini . Nama kedai bunga ni ialah Gem And Feather yang berada di lokasi Lintas Square , oleh tu memang tak melepaskan peluang untuk menjadi hadiah juga di sini untuk pasangan . Sebenarnya setiap bunga yang dihasilkan oleh tuan kedai sendiri dan juga merupakan seorang pereka memang nampak kreatif dan berbeza di luar sana , saya sebagai blogger pun nampak kagum dengan hasil kerja yang cukup kreatif ni juga , oleh tu memang tak mengecewakan setiap pelanggan di sini dan mereka pasti kembali datang ke kedai bunga ni lagi . 




Lagipun hasil kerja pereka bunga ni juga pandai memilih apa jenis warna bunga ros yang sesuai untuk kertas pembalut bunga , supaya nampak lebih menawan hati lagi dan juga sejuk hati bila masa memadang  , ia pasti membuat pasangan kamurang dengan dapat merasakan suasana romantik bersama kamurang . Sebenarnya pereka bunga ni juga mempunyai berbagai cara untuk membungkus bunga ni juga , tapi setiap cara dia mereka dan membungkus bunga ni juga memang berbeza dengan di luar sana , oleh tu memang berbaloi untuk mendapatkan hadiah kekasih di sini untuk pasangan kamurang juga . 



Tentang setiap hadiah bunga ni juga mempunyai harga yang berbeza dan berpatutan dengan setiap rekaan pembungkusan hadiah bunga ni juga . Ia memang cukup memuaskan hati dan berbaloi untuk mendapatkan satu hadiah bunga ni juga untuk pasangan tak mengira hari kekasih , hari jadi ataupun ulangtahun perkahwinan , lagipun setiap rekaan bunga ni juga mempunyai kelas sendiri , saya di sini juga ingin memuji pereka bunga ni yang cukup kreatif dan berbakat dengan dapat menghasilkan kerja tangannya yang cukup memukau setiap hati pelanggan juga . Oleh tu saya sebagai blogger juga tetap memberi markah penuh terhadap pereka bunga yang cukup kreatif jarang dapat ditemui juga dan memang tak mengecewakan hati pelanggan .

Gems and Feather juga ni memang  sentiasa menjadi pilihan dalam setiap perayaan istimewa , ia juga mempunyai laman sosial di sana " Instagram " dan " Facebook pages " , ia boleh dikatakan mempunyai ramai followers yang jumlah angka banyak . Kalau kamurang ingin melihat perkembangan kedai bunga ni , boleh cuba melayani laman sosial mereka juga ni . Sebenarnya saya sendiri pun juga merupakan salah seorang follower dalam laman sosial mereka  ,kerana amat tertarik dengan kreatif rekaan bunga ni juga , oleh tu jangan melepaskan peluang mengunjungi kedai bunga yang popular ni dengan berbagai rekaan hadiah bunga yang menawan hati ......





Sunday, 9 February 2020

Biskut Lao Po Piang


Hi , saya kembali lagi di sini untuk blogging tentang sejenis biskut kegemaran orang ramai ya , nama biskut ni agak comel sikit kena di panggil " biskut lao po piang " , tapi biskut ni cukup wangi dan sedap . Biskut ni juga sesuai untuk masa sarapan dan juga minum petang juga ni ya , sebenarnya biskut ni ada cerita sendiri ya dan kenapa ia kena panggil biskut lao po Piang ya ?  Lagipun biskut isteri ni adalah makanan orang cina juga pada masa dulu dan kekal sampai hari ni juga , sebenarnya sejarah biskut lao po piang ni berasal dari sepasang suami isteri yang miskin tinggal di sebuah kampung .

Pada satu hari terdapat sejenis penyakit telah melandanya kampung tersebut dan banyak penduduk kampung telah meninggal , masalahnya ayah suaminya terkena penyakit tersebut , pasangan suami isteri ni terpaksa menggunakan semua duit untuk mengubat ayah mertuanya , tetapi setelah kehabisan duit untuk mengubat di sana masih dalam keadaan belum sembuh lagi . Akhirnya isteri pun terpaksa menjadi hamba untuk mencari duit mengubat ayah mertuanya , dalam pada masa keadaan terdesak juga suami pun agak susah hati kerana nampak isterinya menjadi hamba di sana luar , dia pun mendapat idea dengan membuat biskut untuk jual di sana luar supaya dapat duit tembus balik isterinya . Akhirnya biskut yang suami buat dan jual di sana luar mendapat sambutan dan juga cukup duit tembus balik isterinya sendiri dari jadi hamba lagi . 

Beginilah sejarah biskut lao po piang wujud sampai sekarang , oleh tu semua kedai kedai cina dulu terdapat biskut lao po piang juga . Biskut ni memang cukup wangi dengan bijian hitam sebagai penambah rasa pada biskut ni juga selain inti yang terdapat dalam biskut ni juga , biskut ni juga terdapat jual satu-satunya ataupun dalam pek juga ya , oleh tu biskut ni boleh juga disediakan untuk tetamu yang datang rumah pada musim perayaan ataupun masa lapang , sebab biskut ni memang mempunyai kelas sendiri dan sentiasa digemari oleh orang ramai tak kira di mana berada , oleh tu memang tak merugikan untuk menikmati keenakkan biskut lao po piang juga .



Pada masa sekarang biskut lao po piang ni makin berkembang dan mula juga boleh beli di mana-mana supermarket juga , mungkin harga tak sama dengan kedai kedai cina tetapi janji juga dapat merasakan keenakan biskut lao po piang , saya sendiri pun boleh makan banyak juga biskut ni juga kerana memang sedap kalau sedia untuk sarapan ataupun minum petang dengan  hidangan minuman panas juga , dah pasti sudah melengkapkan satu hidangan yang sempurna .

Sebenarnya biskut lao po piang ni juga merupakan makanan orang kantonis , itula bunyi loghat biskut ni adalah kantonis . Selain ia disediakan pada untuk sarapan ataupun minum petang , biskut ni juga boleh menjadikan sebagai hantaran perkahwinan orang cina untuk pihak pengantin perempuan . Ni boleh dikatakan sebagai tradisi dari dulu sampai sekarang tetap masih ada cara ni membuat hantaran perkahwinan . Bagi saya masa kahwin dulu memang kena sediakan biskut ni sebagai hantaran , ia memang membawa erti yang bermakna dan juga keharmonian pada perkhawinan juga , oleh tu betapa penting biskut ni untuk masyarakat cina ...... 

Saturday, 1 February 2020

Legenda Raksasa Nian


Sempena masih Tahun Baru Cina ni , saya ingin blogging tentang legenda popular masyarakat orang cina ni iaitu raksasa nian yang mengenali bagaimana wujud di tahun baru cina ni . Sebenarnya pada zaman dahulu ada seekor raksasa yang tinggal di dalam hutan yang dikenali sebagai " nian " yang sentiasa menyerang semua kampung sekelilingnya dengan makan penduduk kampung pada waktu malam menjelang tahun baru cina , semua penduduk kampung sangat takut pada masa tu bila mendengar raksasa nian keluar untuk menyerang setiap kampung dengan memakan mereka . Oleh tu dalam ketakutan penduduk kampung ni sampai bertapuk di dalam rumah masing-masing dari keluar sana untuk menyambut tahun baru cina ni . Pada satu hari ketua kampung mereka pun meminta semua penduduk kampung untuk berpindah ke tempat lebih selamat daripada menjadi mangsa raksasa nian ni , apabila mereka sampai dalam perjalanan pindah terjumpa salah seorang tua pada masa tu . Orang tua tu pun tanya kenapa mereka pindah ? Semua penduduk kampung pun menceritakan tentang raksasa nian yang menyerang kampung mereka dan makan mereka .

Akhirnya orang tua ni pun mengajar mereka macam mana menghalau raksasa tersebut selepas tau keadaan semua penduduk kampung ni , akhirnya semua penduduk kampung pun balik ke kampung halaman mereka selepas mendapat tunjuk ajar dari orang tua tu . Mereka semua pun mengecat rumah mereka warna merah , sedia pelekat warna merah di depan pintu rumah masing-masing mereka dan juga ialah mercun dan alat-alat yang menghasilkan bunyi supaya dapat menghalau raksasa tersebut . Bila tahun seterusnya menjelang tahun baru cina,tu raksasa njan  muncul lagi mencari mangsa di sana sekeliling kampung . 

Tapi kali ni tu raksasa nian gagal makan semua penduduk kampung ni kerana ia nampak semua penduduk kampung pun telah bersedia menyerang balik raksasa tersebut , mereka pun membakar mercun dan kasi bunyi alat-alat mereka . Akhirnya tu raksasa nian pun dalam keadaan ketakutan dan melarikan diri masuk hutan balik dan semua penduduk kampung pun berasa gembira kerana berjaya menghalau tu raksasa dan tak berani lagi menyerang kampung mereka lagi , ni lah baru mereka dapat menyambut tahun baru cina dengan penuh keceriaan . Legenda ni tetap wujud dari dulu sampai ke zaman generasi akan datang dan tetap tau legend raksasa nian ni di dalam tahun baru cina . Saya sebagai blogger pun sangat minat cerita legenda raksasa nian ni juga dari zaman budak-budak lagi sampai sekarang , kerananya melambangkan sejarah masyarakat orang cina ......

Wednesday, 29 January 2020

Kafe Bubble Tea Yang Sentiasa Mendapat Sambutan

Hari ni saya sekali lagi ingin blogging tentang berapa " bubble tea " yang sentiasa mendapat sambutan hangat dari setiap penggemar bubble tea di sini , buat masa ni memang makin hari makin banyak wujud berbagai jenis kafe yang berasas minuman bubble tea ni , makin banyak pilihan untuk semua penggemar bubble tea ni juga . Oleh tu saya di sini telah memilih berapa buah kafe bubble tea yang sentiasa menjadi pilihan semua di sini , biarpun saya sendiri bukan penggemar bubble tea setia .... hehe , tetapi tetap memberi sokongan dengan setia kafe bubble tea ni yang sentiasa mendapat sambutan hangat . 



Kafe yang pertama saya ingin memperkenalkan ialah Easy Way , kafe ni merupakan kafe yang lama dan tak asing sudah , dengan beroperasi tentang minuman bubble tea ni , ia juga terdapat minuman yang lain sentiasa menjadi pilihan peminat setia di kafe ni , bagi saya kafe ni memang boleh dikatakan mempunyai minuman yang cukup memukau hati setiap pelanggan yang mengunjungi di sini , biasanya kebanyakan ialah golongan famili sentiasa memilih tempat ni sebagai mengisi masa hujung minggu atau pada masa cuti umum . Keadaan suasana kafe ni juga cukup memuaskan hati dan cukup selesa , oleh tu saya di sini ingin memberikan lima bintang tentang kafe ni juga . 



Kafe yang paling lama adalah kafe yang bernama Yoyo Cafe , kafe ni dari sejak awal lagi memang wujud sudah di sini Sabah sebelum kafe bubble tea lain wujud , ia memang setaraf dengan kafe " easy way " . Tentang kafe ni memang cukup dikenali oleh semua penggemar bubble tea dari dulu sampai sekarang dan sambutan dengan kafe ni tak pernah pudar , kalau remaja-remaja zaman 90-an dulu tetap tak melepaskan peluang untuk memilih kafe ni sebagai destinasi utama lepak sama-sama . Terutamanya pada waktu malam , siapa tak pernah jejak kafe ni ? Tentang minuman di kafe ni juga paling murah dan sentiasa menjadi pilihan utama sampai sekarang . 



Tentang kafe yang seterusnya saya ingin memperkenalkan ialah Regiustea , ni kafe memang mendapat sambutan ramai orang dan paling popular ialah minuman di kafe ni ialah " harimau brown sugar " , minuman ni memang berbeza dan lebih sedap rasanya dan boleh dikatakan sebagai " signature drink " di kafe ni juga ya , bagi saya minuman memang berbaloi untuk mencuba dan boleh menilai sendiri apa kelebihan minuman ni juga ya . Saya tetap memberi  pujian terhadap kafe ni juga , oleh tu jangan melepaskan peluang membawa famili dan kawan-kawan datang mencuba minuman ni ya .



Kafe terakhir di sini ialah Tealive memang ada kelas sendiri pada minumannya , sebenarnya kafe ni pun boleh dikatakan juga tak asing lagi kerana ramai kenali kafe ni juga , bagi saya minuman mereka ni memang ada tandingannya kerana setiap rasa mimumam ni memang cukup memuaskan hati bagi setiap pelanggan di kafe ni . Oleh tu mesti datang ke sini mencuba minuman di kafe ni ya , bagi saya memang 4 bintang terhadap kafe ni juga , tempat ni juga memang kasual dan Siok untuk lepak di sini bersama kawan-kawan pada hujihu minggu ataupun pada masa lapang . Siapa selalu kunjungi kafe ni dan akan lebih tau keadaan suasana kafe ni juga .

Oleh tu bagi penggemar bubble tea ni merupakan stesen untuk lepak lepak yang terbaik juga , saya sendiri pun kadang-kadang juga melepak di kafe untuk menghilangkan kepenatan kerja ataupun pada masa lapang , saya di sini tetap memberi sokongan pada setiap kafe bubble tea ni , biarpun saya bukan penggemar bubble tea ...... Hehe . Lagipun minuman mereka memang tak mengecewakan setiap penggemar bubble tea ......

Friday, 24 January 2020

Manisan Tang Yuan Untuk Menanti Sempena Tahun Baru Cina


Hari ni merupakan Chinese New Year's Eve merupakan malam yang menanti menyambut tahun baru cina , terdapat berbagai hidangan sedap untuk famili dengan menikmati bersama , memang siok dapat himpun bersama dengan famili . Saya di sini ingin memperkenalkan satu sejenis  minuman manis tentang untuk makan ni iaitu " tang yuan " merupakan sejenis minuman manis untuk perayaan orang cina , bagi saya memang sedap dan memang siok dapat menikmati tang yuan ni . Sebenarnya tang yuan mempunyai berbagai jenis rasa inti yang terdapat di dalam ya , lagipun manisan untuk tahun baru cina ni juga memang membawa maksud keharmonian dan keceriaan sentiasa masa . Oleh tu tahun baru cina mesti ada manisan di sretia rumah , saya sendiri pun sangat suka manisan ni dari zaman budak-budak lagi ..... hehe 



Pada masa ni tang yuan ni boleh beli di mana mana juga tempat masa tahun baru cina ni juga , tapi kebanyakan lebih fokus membuat sendiri di rumah ya sebab boleh meletakkan berbagai jenis inti di dalam tang yuan ya . Tentang sup manisan ni menggunakan halia dan memang cukup wangi dengan halia , paling sedap kalau minum dalam keadaan panas ni sebab ia memang dapat merasakan keharuman halia . Paling cukup rasa ialah tu tang yuan dengan gitu lembut sekali , oleh tu memang satu manisan yang cukup baik untuk tahun baru cina ni juga . Tentang membuat ni tang yuan dengan menggunakan tepung nasi pulut dah boleh menghasilkan tang yuan dengan campur berbagai jenis inti . Sebenarnya tang yuan ni kebanyakan " tausa " dan " kacang " tapi ia juga kreatif sendiri dengan campur inti jenis lain . 

Sebenarnya tang yuan ni juga boleh menggunakan sup secara manis ataupun masin , tapi kebanyakan memang menggunakan cara manis sebab haru dikatakan manisan yang sebenarnya . Tang yuan ni juga merupakan sejenis manisan cina kantonis dan memang merupakan manisan utama mereka , ia juga menjadi manisan lewat malam sempena menanti ketibaan tahun baru cina . Paling siok dapat menikmati manisan ni bersama famili di rumah . Oleh tu sebelum saya berhenti blogging di sini , saya di sini ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA untuk semua kawan-kawan yang menyambut perayaan ni termasuk saya sendiri .......





GONG XI FA CAI ..... !!! 

Tuesday, 21 January 2020

Kuih Tahun Baru Cina " Crispy Mixed Nut "

Sempena Tahun Baru Cina ni , saya di sini ingin membawa keadaan suasana yang lebih ceria untuk semua orang , hari ni saya ingin memperkenalkan kuih buatan sendiri sempena perayaan ni juga . Sebenarnya kuih buatan sendiri ni ialah dihasilkan oleh kakak saya sendiri di sini , dia memang seorang " pastries chef " yang boleh dikatakan mempunyai bakat dalam bidang ni juga , saya memang sanjungi bakat dia ni juga . Hari ni juga saya blogging salah satu kuih buatan sendiri sempena perayaan ni juga , nama kuih buatan sendiri ni ialah " crispy mixed nut " , ia memang nampak sedap juga rasanya ni dan memang sesuai untuk perayaan ni , paling suik ialah kalau menonton tv sambil makan-makan ni ya . Tentang kuih ni tak juga rasa terlalu manis dan sesuai untuk orang yang berumur juga menikmatinya , saya sendiri pun dah mencuba dan memang memberi markah penuh . 

Sebenarnya kuih perayaan ni dihasilkan berbagai jenis kacang yang terdapat pada ni , ia memang rangup juga bila masa menggigit ni kuih . Oleh tu memang tak mengecewakan tentang rasa ni juga , banyak pelanggan dia membuat tempahan dengan dia tentang kuih perayaan ni dan jenis yang lain-lain di sana . Kalau ada sesiapa minat mau membuat tempahan kuih lerayape ni dari tempat kakak saya ni boleh memberi komen di bawah blog saya ni juga ya , saya jamin memang tak akan mengecewakan semua orang bila dah mencubanya , pada musim perayaan memang berbaloi untuk mendapatkan kuih ni dengan menikmati 
sama-sama dengan famili di rumah .


Lagipun kebanyakan orang memang suka makan kacang tak kira masa lapang ataupun perayaan , oleh tu saya syorkan kuih ni memang boleh dikatakan menjadi pilihan juga , kuih ni juga nampak kreatif kerana mencampurkan berbagai jenis kacang untuk menghasilkan kuih ni . Mungkin kita jarang jumpa kuih ni di pasaran pada perayaan kerana ia biasanya hanya sendiri yang membuat di rumah , saya sebagai blogger pun tertarik pada kuih ni juga dan memang tak merugikan untuk mencubanya . Oleh tu kalau kamurang ingin mencuba kuih ni boleh membuat tempahan selagi ada stok untuk perayaan ni . Kalau dalam nilaian saya pada kuih ni memang memberi markah penuh juga , kerana kerangupan dan keenakan memang tiada tandingannya .......



Keadilan Untuk Kematian Tragis Decky

Hari ni saya ingin blogging tentang seekor anjing yang mati penuh tragis , saya sendiri pun amat sedih apabila mendapat berita tentang kemat...