Monday, 12 August 2019

The Yunique Tea



Hi , saya kembali lagi dalam blog saya ni lagi , pada minggu lalu saya telah berkunjung ke sebuah kafe yang boleh dikatakan menjual berbagai jenis minuman yang memang menarik perhatian orang ramai juga di sini , pada setiap minuman di sini mempunyai citarasa yang cukup mempesonakan . Kerana setiap minuman ni adalah menggunakan bahan tulen untuk menghasilkan minuman yang terbaik ni , nama kafe ni ialah The Yunique Tea memang boleh dikatakan satu jenis minuman yang berasal dari negara Taiwan juga yang mula berkembang di sini . Bagi saya pada buat masa ni memang terdapat berbagai produk minuman yang berasal dari Taiwan yang terdapat di Sabah , saya pun baru cuba merasai minuman ni dan boleh dikatakan sedap dan asli tanpa bahan pewarna tiruan dalam minuman ni , saya telah mencuba satu minuman di sini yang diperkenalkan oleh kafe krew di sini dan mungkin minuman ni merupakan minuman " signature " di kafe ni . Bila saya mencuba minuman ni dan dapat merasakan buah strawberi yang sebenar dengan campuran susu segar dalam minuman ni juga . Tentang kemanisan minuman yang saya cuba ni masih boleh dikatakan tahap memuaskan kerana mungkin buah strawberi ni berasa asam dan menyebabkan minuman ni tak berapa manis juga .

Minuman yang saya cuba ni bernama " strawberry dirty milk " , Nama minuman ni nampak cool juga , mungkin ada maksud tersirat tentang minuman ni juga . Biarpun saya di sini memberi 4 bintang tentang minuman ni juga , sebenarnya saya bukan minat buah strawberi kerana asam tapi saya tetap ingin mencubanya dan memang tak mengecewakan perisa buah asli dalam minuman ni , oleh tu siapa minat buah strawberi boleh mencuba minuman ni juga dan boleh menilainya sendiri tentang minuman ni . Pada masa akan datang saya akan mencuba minuman jenis yang lain terdapat di kafe ni juga , saya juga sempat mengambil gambar minuman saya ni sebagai kenangan dan memang tak merugikan dapat merasakan minuman ni juga . Tentang harga minuman ni juga ialah RM 14.50 , biarpun mahal sikit tapi memang berbaloi untuk mencubanya . 




Minuman " strawberry dirty milk " ni juga nampak kreatif juga dan cantik , boleh cuba melihat gambar minuman di atas ni . Kamurang boleh membawa famili dan kawan-kawan cuba mengunjungi kafe ni juga . Sebenarnya kafe ni lebih fokus untuk orang yang singgah sana membuat " take away " sebab keadaan kafe ni memang unik hanya terdapat ruang kecil untuk lepak aje dan tiada meja dan kerusi lain-lain yang terdapat dalam kafe ni . Mungkin kebanyakan orang datang ke kafe ni hanya membuat " take away " aje , itulah kafe ni nampak tak sempat sibuk macam kafe lain dan memang ada perbezaan juga dengan kafe lain .  Biarpun janji dapat merasakan minuman yang terbaik terdapat di kafe ni juga , oleh tu kalau belum lagi mencuba minuman di kafe ni jangan melepaskan peluang ni . 

Tentang logo kafe dan minuman ni juga merymerup seekor beruang atau dikenali sebagai " sugar bear " , kalau teringat sugar bear mesti ingat nama the yunique tea ni . Rekaan kafe ni juga nampak simple aje dengan logo sugar bear yang berada dalam sana dinding bahagian hujung kafe ni juga , The Yunique Tea ni juga mempunyai cawangan lain juga di sini Kota Kinabalu , oleh tu kalau ada masa saya juga ingin mengunjungi cawangan lain ni . Akhir sekali ialah saya sekali lagi memberi pujian kafe ni juga kerana bukan setakat minuman yang sedap tetapi kafe krew ni pun cukup terbaik dan peramah masa melayan setiap pelanggan yang datang ke kafe ni , oleh tu saya sebagai lifestyle blogger di sini memberi 5 bintang dengan kafe ni yang bernama The Yunique Tea , oleh tu jom mari kita ramai-ramai menikmati minuman bubble tea ni ...... Peace ! 

No comments:

Post a Comment

Tasty Wok @ Venition Club

Memang syiok kalau mendapat menjejaki tempat makan yang hebat ni , tsmpat ni memang merupakan ada kelas sendiri dan merupakan sebuah kelab y...