Monday, 5 August 2019

Video Terbaru YouTuber Mukbang Kate Yup Memang Aneh

Hi , saya kembali lagi dalam blog saya ni buat masa ni saya memang agak sibuk sikit dan jarang blogging , tapi bila saya mendapat satu cerita tentang seorang youtuber mukbang atau vlogger mukbang yang dikatakan macam kena diseksa oleh sesuatu , banyak sudah cerita ni kena viral di laman sosial dengan kelakuan aneh blogger mukbang ni dengan video terbarunya . Nama vlogger mukbang ni ialah Kate Yup yang berasal dari Vietnam , dia memang popular dengan channelnya di sana YouTube dan mendapat sambutan hangat , dia juga mempunyai peminat channelnya yang banyak . Oleh tu saya sendiri pun cuba menonton channel dia sebelum ni dan terbaru ni , bagi saya memang banyak perbezaan dan dia ni seolah-olah meminta pertolongan dalam video terbarunya ni . Cara-cara dia makan memang aneh seolah-olah macam lama sudah tak makan , paling ayat yang di dalam channelnya ialah " i'm so hungry " ni ayat memang membuat semua orang confused , kenapa dia boleh katakan gitu dalam channelnya ?  

Satu lagi ayat lain ialah " the meat Sooo deliciOuS .... soft and tender " ni bermaksud SOS juga , bila isyarat jari dia mengetuk tepi mangkuknya seperti menaip kod minta tolong di sana , kalau siapa-siapa belum tengok video terbarunya , boleh cuba tengok sendiri dan nilai sendiri apa perbezaannya video dia sebelum ni dan video terbarunya . Bagi saya pada permulaan dia makan dengan perlahan-lahan , bila ada sesuatu tarik mangkuknya , dia macam makan dengan kelam-kabut  dan laju sekali . Ni la perbezaannya video terbaru di youtube channelnya , bibir dia juga macam ada luka sambil lengan tangannya ada lebam juga . Lagipun badan dia dulu nampak berisi tapi video barunya nampak kurus , adakah dia kena dera ? Biarpun kita berdoa di sini agak kate yup ni dalam keadaan baik dan sihat di sana selalu . Saya Lanseikong sebagai lifestyle blogger pun berdoa keadaannya dalam keadaan baik selalu ...... 





No comments:

Post a Comment

Seluruh Dunia Hadapi Krisis COVID-19

Hi , saya kembali lagi blogging di sini sebelum saya memulakan blog di sini , saya di sini ingin menasihatkan semua orang sentiasa menjaga k...