Wednesday 3 April 2019

Pemandangan Musim Sakura Yang Indah

Ketibaan musim melihat bunga Sakura di sana Jepun sudah mula mewarnai alam sekitar di luar sana , ia memang satu pelancongan paling menarik dan bermakna dengan dapat melihat pemandangan yang indah ni . Bagi saya ni memang merupakan satu kenangan manis bagi setiap pelancong dari setiap negara datang ke sini untuk melihat musim bunga sakura ni juga pada setiap tahun , ia juga memang tak merugikan kalau dapat menambahkan satu pengalaman hidup baru juga ni . Setiap pelancong melihat bunga sakura ni dengan bergambar di bawah bunga-bunga sakura yang indah sebagai kenangan hidup ni juga , oleh tu kalau ada peluang mesti datang ke sini Jepun untuk melihat bunga sakura ni juga secara lebih dekat dari kita hanya selalu melihat di tv kat rumah aje . 



Sini terdapat berbagai jenis bunga sakura yang saya ingin memperkenalkan dengan semua di sini juga atau boleh juga mencari di sana google tentang bunga sakura ni juga , bunga sakura ni yang terdapat di atas gambar ni ialah Somei Yoshino iaitu sejenis sakura yang paling terkenal di jepun juga kerana yang menarik ialah pokoknya hanya mengeluarkan bunga aje tanpa daun dan bila masa ia gugur baru muncul daunnya hijau mulai tumbuh untuk menggantikan bunganya yang gugur sudah . 

Bunga sakura jenis kedua ialah Shidarezakura atau dalam bahasa english ialah " weeping cherry " , tentang sakura jenis ni ialah dahan pokoknya berjuntai ke bawah dan sangat rendah juga . Warna bunga ni kebiasaan ialah merah jambu terang dan boleh membahagikan kepada dua jenis juga ni , pada asalnya bunga ni juga lebih dari lima kelopak dan ia berbunga pada awal musim seminggu pertama , boleh melihat sakura jenis ni di bawah gambar ni juga . 



Musim sakura ni juga memang dinanti-nantikan kerana ia hanya datang pada setahun sekali aje , oleh tu jangan melepaskan peluang untuk melihat keindahan alam ni dan juga memastikan ni juga satu pelancongan yang paling menarik di dalam hidup ni juga .



Tentang sakura jenis ketiga ni ialah Yamazakura , jenis ni paling senang ditemui di sini jepun dan juga merupakan tumbuhan liar di alam sekitar di kawasan ni juga . Tentang warna bunga ni ialah merah jambu sikit dan mempunyai lima kelopak kecil , yang paling istimewa tentang bunga ni ialah mengeluarkan daun segar bersama bunga pada satu masa yang sama , oleh tu memang menarik tentang sakura ni . Pokok ni juga hampir sangat mirip dengan jenis " somei yoshino " oleh tu jangan keliru dengan dua jenis bunga sakura ni dan tau apa perbezaan dua jenis bunga ni yang hampir sama ..... 

No comments:

Post a Comment

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...