Saturday 27 April 2019

Domino's Pizza @ The Walk Riverson

Saya di sini ingin mengucapkan ribuan terima kasih dulu dengan Domino's Pizza kerana menjemput saya dan kawan-kawan blogger saya sebagai food testing di sini , memang berasa bangga dengan atas jemputan ni juga . Sebenarnya Domino Pizza ni merupakan satu restoran makanan segera yang sentiasa mendapat sambutan pada ramai orang , paling isitimewa ialah menu utamanya iaitu piza . Tentang piza di sini lebih luar biasa dan lebih sedap serta rangup di sisinya , ia juga agar nipis dan memang boleh dikatakan makanan segera yang sedap dan terbaik . Oleh tu jangan lepaskan peluang membawa sesisi keluarga ataupun kawan-kawan kunjungilah restoran ni dengan mencuba makanan segera di sini .



Tentang keadaan susana di sini cukup menyenangkan dengan staf yang penuh periang dan peramah , oleh tu juga saya di sini memberi lima bintang . Balik ke topik tentang piza ni memang cukup enak dan tidak akan membuat setiap pelanggan dengan citarasa yang enak ni , ia di sini terdapat berapa jenis piza yang diperkenalkan kepada saya dan kawan-kawan blogger saya yang lain . Saya sempat mengambil gambar tapi masalah kamera handphone saya ni ada masalah sedikit dan menyebabkan gambar yang saya ambil sedikit kabur , oleh tu saya minta maaf atas kamera handphone saya ni . tentang setiap piza ni juga mempunyai berbagai jenis rasa yang kita tak pernah cuba sebelum ni atau ia tak sama dengan piza yang kita pernah makan di luar sana . 

Tentang piza " ikan bilis spicy " memang boleh dikatakan memang luar biasa resipi ni , kerana ni pertama kali dapat merasakan piza jenis macam begini , bagi saya memang sedap dengan dapat merasakan ikan bilis serta kepedasannya pun boleh tahan , kalau kamurang suka makan pedas dan piza ni akan menjadi pilihan menu utama dalam hidangan kamurang . Setiap cebisan piza ni memang mempunyai ikan bilis , oleh tu resipi ni tak akan mengecewakan kamurang juga , tentang resipi ni boleh dikategori sebagai " piza tempatan " juga , saya di sini memberi markah penuh tentang resipi piza " ikan bilis spicy " ni juga .

Manakala piza " classified chicken " pula , hidangan ni cukup mempesonakan juga kerana , citarasa rasa ni tak sama dengan piza ayam yang di luar sana . Kalau saya suka piza " hawaiian chicken " di luar sana dan bila merasakan ni pula " classified chicken " memang membuat menambah selera tentang resipi ni , oleh tu mungkin akan datang saya akan mencuba resipi piza ni lagi dan mungkin akan juga menjadi pilihan saya selain piza " hawaiian chicken " yang selalu mencuba di luar sana  , tentang berbagai ramuan juga untuk piza ni iaitu " chicken pepperoni " , " cendawan " serta " roasted chicken " betapa enak tentang hidangan ni dan pasti mencuba .




Bagi saya setiap hidangan makanan segera ni di atas meja memang agak susah sedikit memilih kerana setiap hidangan ni memang sedap dan juga boleh menyebabkan menjatuhkan air liur juga serta mata pun nampak memjadi besar .... hehe , setiap hidangan utama ni juga terdapat hidangan sampingan , tentang hidangan sampingannya juga tak kurang hebatnya terdapat paha ayam goreng , roti dan juga berbola daging . oleh tu jangan lepaskan peluang datang untuk memcubanya dan pasti membuat anda semua tak akan rasa kecewa dengan setiap pilihan ni .

Tentang piza "  hand tossed extravaganza " pula iaitu sejenis resipi piza yang juga biasa tak kurang hebatnya dan ia tak sama dengan " pan pizza " , apa perbezaan tentang kedua-dua jenis piza ni ? Sebenarnya " hand tossed extravaganza " boleh di katakan sangat lembut berbanding dengan " pan pizza " , oleh tu kalau ingin mencuba " hand tossed " ni boleh datang ke sini dengan menilaikan sendiri tentang resipi piza ni .

Akhirnya sekali lagi saya Lanseikong sebagai lifestyle blogger di sini ingin mengucapkan terima kasihbatas jemputan dari Domino's Pizza dan juga berasa bangga dengan mendapat peluang ni , tentang lokasi restoran fastfood ni juga terdapat di bawah .....






Domino's Pizza
B-G-1 , B-G-2 , B-G-3 ,
Ground Floor , 
Riverson Walk ,
Lorong Riverson @Sembulan ,
Off , Jalan Coastal ,
88100 , Kota Kinabalu ,
Sabah . 

Masa Operasi : 10:30 am - 11:00 pm



No comments:

Post a Comment

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...