Hari ni merupakan Hari Raya Aidilfitri pertama dan saya di sini sebelum mulakan blogging , saya ingin mengucapkan " Selamat Hari Raya Aidilfitri " untuk semua kawan-kawan yang beragama muslim di sana luar . Tentang hari raya mesti teringat makanan sedap-sedap yang kena dihidangkan oleh setiap keluarga untuk sesisi di rumah dan juga saudara atau kawan-kawan yang datang melawat ke rumah , bagi saya setiap rasa mesti teringat makanan kegemaran hari raya iaitu " rendang " .... hehe . Memang tak lari dari citarasa saya pada setiap tahun hari raya dengan pergi rumah terbuka , kedua ialah dapat merasakan sirap merah juga kegemaran saya .... hehe .
Tentang aktiviti malam pula mesti melihat budak-budak main bunga api di halaman rumah dengan suasana meriah sekali , tapi adakah " meriam buluh " masih wujud di hari raya ? Setahu saya dulu-dulu setiap tahun hari raya mesti ada letupan meriam buluh dan cukup menambah suasana meriah selain bunga api , biarpun kalau masih wujud mesti hati-hati bermain meriam buluh pada hari raya ni dan jangan tercedera sendiri ya , biarpun saya bukan muslim tapi tetap menumpang suasana ceria ni di hari raya juga .
Tahun ni saya mungkin terlepas untuk menghadiri rumah terbuka pada hari raya ni untuk menikmati hidangan raya kegemaran saya , sebab saya mengalami kurang sihat di sini dan terpaksa berehat di rumah aje , tapi tak apa tahun depan masih ada peluang lagi .... hehe . Sempena raya ni kanak -kanak paling gembira kerana dapat duit raya dari orang dewasa dan juga bermain bunga api di waktu malam , tentang aktiviti orang dewasa pula menemani dan melayan saudara dan kawan-kawan yang datang ke rumah dengan penuh ceria dan peramah . Tapi bagi saya orang kesayangan mereka yang masih bertugas di luar tak dapat balik kampung halaman mereka untuk menyambut perayaan ni bersama keluarga tersayang , memang agak sedih sedikit tapi tak apa janji masih dapat menelefon orang kesayangan mereka untuk melepaskan rindu dalam perayaan ni juga .
Sebelum saya mengakhiri blogging di sini saya ingin minta maaf sebab tiada gambar aktiviti hari raya di sana rumah terbuka , sebab kurang sihat di sini . Biarpun saya akan cuba dapatkan gambar aktiviti hari raya tahun depan di blog saya ni , bisuk adalah raya ke-2 apakah aktiviti kamurang seterusnya ? kalau ada cerita menarik di hari raya ni boleh share comment di blog saya ni juga . Saya sebagai lifestyle blogger di sini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI .... MAAF ZAHIR DAN BATIN .....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza
Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...

-
Pesta Kaamatan kembali lagi mewarnai suasana yang penuh ceria ni dan disambut juga dengan meriah sekali dan setahun hanya sekali aje , pera...
-
Today is second biggest day in this world , that is Earth Day , normally this also learn how to save our world from any pollution about i...
-
Hari ni saya ingin memperkenalkan sebuah destinasi penginapan yang juga merupakan banyak pelancong dari luar negara ataupun tempatan pas...
No comments:
Post a Comment