Wednesday 14 August 2019

Ice Queen @ Lintas Square

Kota Kinabalu memang merupakan destinasi tempat makan dan minum yang boleh dikatakan terbaik di bandar ni juga , kerana mempunyai berbagai jenis makanan dan minuman sentiasa menjadi tumpuan orang ramai yang berada di luar sana juga , ni hari saya memperkenalkan satu destinasi lagi di sini dan boleh dikatakan masih baru juga , tapi berbagai pencuci mulut dan minuman di sini memang menjadi menarik perhatian orang ramai juga , bagi saya yang mencuba minuman di sini dan memang berbeza sikit dengan tempat lain yang saya pernah cuba sebelum ni . Saya di sini ingin memperkenalkan salah satu kafe di sini dan juga merupakan tempat pencuci mulut terbaik . Nama kafe ni ialah Ice Queen yang berada di lokasi Lintas Square ,oleh tu siapa yang belum pernah datang ke kafe ni , boleh membawa famili atau kawan--kawan datang ke sini untuk mencuba pencuci mulut dan minuman di sini . 


Tentang suasana kafe ni juga nampak cukup selesa untuk menjadi tempat lepak bersama kawan-kawan di sini , lagu yang dimainkan oleh kafe ni juga sentimental dan membuat minda pun tenang kalau lepak di kafe ni juga . Memang cukup syiok kalau lepak di sini dengan menikmati pencuci mulut atau minuman sambil layan lagu yang sentimental ni , bagi saya memberi markah penuh tentang keadaan kafe ni juga . Masa saya lepak di kafe ni seorang sempat menikmati sejenis minuman yang bernama " blueberry fruit milk tea "  , minuman ni yang saya merasakan tak manis dan juga terdapat rasa asam sikit . Oleh tu memang berbaloi untuk mencuba minuman ni juga , bagi saya minuman ni juga sesuai untuk orang yang minat kurang manis . 



Bagi saya kafe ni boleh dikatakan kasual juga , oleh jangan melepaskan peluang bawa famili dan kawan-kawan datang ke kafe ni , saya mungkin akan datang ke sini sekali lagi untuk menikmati minuman jenis lain lagi kalau ada masa lapang akan datang juga ni . Saya memang suka keadaan suasana kafe ni juga biarpun ia bukan dalam keadaan penghawa dingin  , ia nampak simple tapi menarik . Tentang kafe ni juga ialah paling popular ialah " ice blended " yang merupakan kegemaran ramai orang di sini . Oleh tu memang tak akan mengecewakan citrarasa setiap pelanggan juga , saya di sini memberi markah penuh dengan kafe ni juga terhadap layanan kafe crew ya penuh mesra , kafe ni juga merupakan kafe pencuci mulut terbaik di kawasan sini .

Tentang lokasi kafe ni dalam keadaan strategik juga sebab di bahagian penjuru dan memudahkan orang mencari kafe ni dan juga kebanyakan perumahan di sini senang mengunjungi kafe ni juga , pada masa akan datang saya cuba blog interview bersama owner kafe ni juga dengan ingin tau lebih lanjut tentang kafe ni juga ..... hehe . Saya di sini juga sempat mengambil berapa gambar tentang keadaan kafe yang unik juga , tentang lokasi kafe ni terdapat di bawah blog ni juga , akhir sekali saya sebagai lifestyle blogger juga sangat gembira kerana dapat lepak di sini . Saya dah langkah tapak kunjungi kafe ni , kalau siapa-siapa belum lagi kunjungi kafe ni jangan kasih lama-lama ya dan boleh cuba sendiri menilai kafe ni juga , pada keadaan masa beroperasi ialah antara 12.00 PM - 11.00 PM pada setiap hari ...... 








Ice Queen
Lot No.65,2-0 , Block I ,
Lorong Lintas Square ,
Jalan Lintas ,
88300 , Kota Kinabalu ,
Sabah 


Tel : 011- 14139927

2 comments:

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...