Wednesday, 1 January 2020

Muka Surat Baru Hari Pertama Di Dalam Tahun 2020

Selamat tahun baru untuk semua yang sentiasa mengikut perkembangan blog saya ni , semua pasti tanam azam baru yang lebih menarik tahun ni . Boleh kongsi sikit apa azam baru kamurang tahun 2020 ni ? Bagi azam saya tahun ni ialah ingin mematangkan blog saya ni lagi dan ingin memberi lagi masa untuk blogging dari tahun lalu dan sebelum ini juga , blog saya boleh dikatakan mau masuk 3 tahun sudah dalam bulan Ogos nanti . Oleh tu saya ingin memperbaiki diri lagi dalam dunia blogging ni juga dan ingin berterima kasih dengan setiap sokongan kepada semua kawan-kawan yang sentiasa mengikut perkembangan blog saya ni juga .


Janji apa ingin kita mau mencapai tetap akan berjaya juga janji jangan mudah putus asa ,sebab setiap impian di dalam hidup ni juga memang mempunyai berbagai rintangan juga tapi janji jangan putus asa dan teruskan mengejar impian tahun ni . Sebenarnya selama ni saya memang ingin dapat berjumpa blogger yang hebat di Malaysia juga , oleh tu harap impian saya tercapai juga . Biarpun yang paling penting ialah kesihatan tak boleh juga diabaikan kerana kalau kesihatan terjejas erti impian pun sukar untuk mencapai juga , oleh tu saya di sini juga berdoa semua kawan-kawan sentiasa sihat di sana . Buat masa ni juga saya sedang menanti event akan datang dalam tahun ni juga dan boleh blogging juga macam biasa , dalam tahun 2020 ni juga merupakan tahun melawat Malaysia , oleh tu memang juga membanggakan bagi kita semua . 

Masa dulu-dulu di sekolah mesti ingat wawasan 2020 , akhirnya tercapai juga hari ni . Hari ni kita membuka muka surat baru tentang wawasan 2020 juga , saya sebagai blogger juga amat membanggakan tentang wawasan 2020 ni dan harap makin ramai blogger muda dapat dilahirkan dalam dunia blogger ni juga . Akhirnya sekali saya sebagai lifestyle blogger di sini ingin mengucapkan HAPPY NEW YEAR 2020 untuk semua kawan-kawan di sini juga , janji saya akan sentiasa konsisten dalam dunia blogger ni juga ..... 

Tuesday, 24 December 2019

Pengodam Wanita Paling Cantik : Anna Chapman

Hari ni saya ingin blogging seorang pengodam wanita yang paling cantik dan berbakat mungkin ada yang mesti tertanya tanya siapa pengodam wanita cantik yang saya maksudkan di sini ?  Bagi saya wanita ni memang hebat dan patut disanjungi bukan kerana dia seorang pengodam tetapi mempunyai semangat yang tinggi untuk mencapai sesuatu yang belum pernah ada orang mencapai , saya sebagai blogger pun amat sanjungi pengodam wanita ni  , nama dia ialah Anna Chapman merupakan warga Rusia . So pasti ada sesiapa mesti pernah dengar nama dia ni juga . Kepakaran dia dalam dunia pengodam memang hebat , kalau dengar nama dia di  laman sosial media pasti teringat nama dia juga ni , selain tu dia juga seorang personaliti media dan model . Oleh tu tak hairan dia ni mempunyai tarikan personal yang kuat juga ni ya . Biarpun paling penting sekarang dia berkhidmat dengan agensi keselamatan Rusia , kerana mungkin kebakatan yang ada pada dalam dirinya juga . 

Biasalah orang selalu berkata diam-diam ubi berisi , ni salah satu contoh terbaik yang kita patut belajari tentang diri sendiri , umur dia sekarang ialah 37 tahun dan lahir pada Februari 1982 . 
Bagi saya dia mungkin juga boleh menjadi pelakon kerana mempunyai wajah yang cantik , kalau saya tak jadi blogger dan jadi pengarah movie pasti membuat tawaran saat dia untuk berlakon dalam movie saya juga ni .... Hehe . Dia juga mempunyai seorang anak selepas kahwin dengan Alex Chapman dan akhirnya mereka pun bercerai , mungkin ni panggil nasib seorang tak boleh ditentukan oleh tangan sendiri . Biarpun janji dia masih terus berkhidmat untuk negara dia sendiri dengan kebakatan yang ada pada dirinya, nama sebenarnya ialah Anna Vasil'yevna  
Kuschchyenko .

Akhir sekali ialah saya ingin mengatakan ialah dia ni juga boleh dalam senarai 50 wanita tercantik di dalam dunia selain pelakon movie Megan Fox . Biarpun dia seorang pengodam tetapi dia tetap juga menjalankan kehidupan macam manusia biasa dengan penuh kebebasan , oleh saya sebagai seorang blogger tetap juga menghormati pengodam wanita yang berbakat ni juga , manatau satu hari dapat berjumpa dia di mana-mana , semangat ni mungkin juga akan melahirkan ramai lagi pengodam wanita yang cantik di dalam dunia ni akan datang ....... 




Monday, 23 December 2019

Bengkel Santa Claus : mitos atau realiti ?


Makin hari makin dekat sudah tentang Hari Krismas ni , semua orang pasti tak sabar menanti menyambut perayaan ni dengan penuh suasana yang keriangan ni , terutama kanak-kanak pasti gembira kerana menanti apa hadiah dari Santa Claus ni juga . Kalau pasal Santa Claus , pasti teringat tentang bengkelnya yang sentiasa menghasilkan alat-alat permainan untuk kanak-kanak di dunia ni juga . Sebenarnya bengkel ni terdiri daripada ramai pekerjanya adalah Elf yang bertungkus lumus untuk menyiapkan alat-alat permainan sebelum hari krismas nanti . Setiap pekerjanya juga mempunyai tugas masing-masing di dalam bengkel ni juga , oleh tu memang cukup ceria dengan kegembiraan untuk menyiapkan hadiah Krismas ni . Apa yang menarik tentang bengkelnya ialah mempunyai seorang ketua yang sentiasa menjaga dan memberi arahan kepada setiap pekerja di dalam bengkel ni juga .

Bengkel Santa Claus ni juga terletak di bahagian Lapland yang sama tempat tinggal Santa Claus juga ni , mereka yang di dalam bengkel ni juga menyiapkan hadiah ni dengan mengikut senarai Santa Claus juga . Bagi saya ni memang hebat tentang bengkel ni juga , setiap pekerja Elf ni mempunyai nama yang cantik dan juga mempunyai maksud sendiri . Kalau kita menonton animasi atau movie Santa Claus mesti ada cerita mengenali tentang bengkelnya bersama pekerja Elf ni , bagi saya sendiri pun amat minat cerita tentang Santa Claus juga ni , sebenarnya bukan juga setakat animasi dan movie tentang bengkel santa ni , tetapi juga terdapat permainan video di handphone juga . 

Terakhirnya sekali ialah ada setengah orang tertanya-tanya adakah bengkel Santa Claus ni wujud di Lapland ? atau hanya mitos atau cerita fiksyen ? Bagi saya memang percaya wujudnya bengkel ni juga cuma sukar untuk temukan lokasi bengkel ni biarpun ada yang mengatakan terletak di Lapland ni . Kalau betul-betul terjumpa bengkel ni memang satu hadiah krismas yang paling bermakna  , kerana bermaksud dapat jumpa Santa Claus ni juga dan pekerja Elf nya . Tak mengira ni mitos ataupun cerita fiksyen , janji kita sama-sama menyambut krismas ni penuh keriangan dan kegembiraan bersama famili dan kawan-kawan ni . Akhirnya sekali saya Lanseikong sebagai lifestyle blogger ingin mengucapkan MERRY CHRISTMAS AND HAPPY NEW YEAR kepada semua kawan-kawan yang menyambut perayaan ni ........



Saturday, 21 December 2019

Home For Special People Leshan @ Penampang

Hari ni saya ingin blogging tentang melawat sebuah pusat jagaan orang OKU yang berada di sini Penampang , sebenarnya pusat ni memang khas untuk setiap orang OKU yang menetap di sini , bila saya membuat lawatan mereka pun rasa hati pilu dan juga ingin menangis juga bila nampak keadaan mereka yang OKU ni . nasib asa pusat ni sentiasa menjaga keadaan mereka dalam keadaan begini dengan secara baik , lagipun banyak orang juga memberi bantuan makanan , pakaian dan juga dari segi kewangan untuk mereka . Saya di sini sempat juga mengambil berapa gambar mereka yang dalam keadaan OKU ni , tak kisah macam mana keadaan mereka tak sempurna macam kita . tapi mereka tetap dipanggil manusia istimewa yang sentiasa dilindungi oleh malaikat yang sentiasa di sisi mereka , oleh tu hari ni saya ingin blogging tentang manusia istimewa ni juga .




Sebenarnya mereka menetap di sini tak mengira umur dan bangsa , oleh tu pusat jagaan orang OKU ni sentiasa menjaga mereka dalam keadaan baik . Mungkin ada sesetengah pembaca mesti tanya kenapa mereka berada di sini ? Sebenarnya ada famili mereka menghantar mereka di sini dan membiarkan mereka dalam jagaan pusat jagaan OKU ni . Oleh tu kita mesti sentiasa memberi tuntump kepada manusia istimewa yang tanpa famili ni sebab mereka tiada kasi sayang dari famili . Oleh tu mereka juga sentiasa mendapat bantuan dari orang ramai . Nama pusat jagaan orang OKU ni ialah Home For Special People Leshan , oleh tu siapa-siapa pun boleh datang ke sini untuk membuat aktiviti lawatan sambil menderma juga di sini . 

Setiap bantuan terhadap orang OKU ni juga memang bermakna kerana mereka juga memerlukan kehidupan biasa macam kita juga , janji selagi kita mampu memberi bantuan kepada mereka terus membantu sebab membuat kebajikan ni merupakan kegiatan yang baik . Biarpun saya pertama kali datang sini memang satu perasaan yang pilu kerana nampak mereka tanpa famili dan terpaksa tinggal di sini , nasib ada pusat jagaan OKU ni memberi jagaan terbaik untuk mereka yang menetap di sini . Saya di sini memberi markah penuh terhadap jagaan di dalam pusat ni juga , kita boleh membawa famili ataupun kawan-kawan membuat lawatan di sini sambil membuat kebajikan . 

Tentang semua staf di sini pun agak peramah dan mesra dengan memberi jagaan terbaik untuk manusia istimewa ni juga . kalau dapat bantuan orang ramai lagi akan membuat mereka dalam kehidupan lebih selesa sikit sebab mendapat kasih sayang dari orang ramai juga selain menderma . Oleh tu jangan melepaskan peluang memberi bantuan untuk mereka semua , sebab mereka pun ingin merasakan kehidupan biasa macam kita juga ni , janji selagi kita dapat membantu mereka teruskan membantu . saya Lanseikong sebagai lifestyle blogger di sini juga sentiasa memberi sokongan dan bantuan untuk mereka , mungkin ada masa saya akan membuat lawatan ke sana lagi .......






Vincent Villa House ,
No.1, Jalan Mogonimbung ,
88300 Kota Kinabalu ,
Sabah .


Tel : 088-702570


















Thursday, 12 December 2019

Yen Ai @ Bornion Centre

Hari ni saya ingin memperkenalkan sebuah kafe pencuci mulut yang popular di sini Kota kinabalu , kafe pencuci mulut ni biasanya terutama dengan berbagai jenis minuman buang panas dan amat digemari oleh setiap pelanggan di sini , ia juga mempunyai cawangan lain di kawasan Lintas Plaza . Tapi saya telah mencuba di sini kawasan Bornion Centre dan boleh dikatakan memang popular . Sebenarnya nama kafe ni ialah Yen Ai , kafe ni juga lama sudah beroperasi di sini sebelum membuka cawangan baru di sana lintas plaza , menu paling popular di sini ialah " herbal tea egg " ia sentiasa mendapat sambutan hangat . Tapi hari ni saya mencuba sejenisnya kuih iaitu " fu tao kuo " yang bermaksud kuih ubi yam , kuih ni rasa sedap dan dapat merasakan yam kalau celup dalam sos yang disediakan akan bertambah keenakannya bila makan . Bagi saya ni merupakan makanan kegemaran orang cina pada masa untuk sarapan atau minum petang , ia lebih wangi juga dengan letak bawah goreng di atas kuih ubi yam ni , oleh tu memang berbaloi untuk mencubanya .

Tentang minuman buang panas yang saya pesan adalah " lo han ko " minuman buang panas ni membawa manis dan ada rasa buah lo han ko dalam minuman ni juga , kalau tengok warna minuman ni , mungkin nampak macam kopi sebab warna hitam . Tapi memang sesuai minum untuk musim cuaca panas ataupun kalau rasa kurang sihat boleh mencuba minuman ni juga . Sebenarnya terdapat berbagai lagi minuman panas yang popular di sini , mungkin lain hari saya akan mencuba minuman buang panas lain . Tentang keadaan suasana kafe ni juga cukup baik penuh kelengkapan airkon , oleh tu lebih ramai suka melepak di sini bersama famili atau kawan-kawan bila masa lapang . Sebelum saya berhenti blogging di sini , saya ingin memuji kafe crew di sini pun amat friendly , oleh tu saya memberi markah lima bintang terhadap servis kustomer di kafe ni ...... 











Yen Ai Dessert & Herbal Shop
Lot 6 , Bornion Centre , Luyang
88300 Kota Kinabalu ,
Sabah 



Tel : 088-252450

Sunday, 8 December 2019

Menanti Menyambut Hari Krismas


Hi , saya kembali lagi di sini setelah lama sudah berehat dari blogging ni , sebenarnya sekarang dah masuk dalam bulan december sudah ni bererti semua mesti tak sabar menanti ketibaan Hari Krimas ni juga , pasti semua mesti sedang membuat persediaan untuk Krimas tahun ni . Setiap pusat beli-belah pun mula menghiaskan dengan pokok Krismas dan memasang lagu krismas juga , ni menambahkan suasana lebih meriah lagi dengan dapat merasakan suasana krimas ni juga . Bagaimana semua menyambut krismas tahun ni ? Bagi saya tahun ni menyambut krismas mesti bersama orang kesayangan .... hehe , biarpun simple tapi janji happy . Kalau perayaan krismas mesti teringat hadiah dan Santa Claus , lagipun setahun hanya sekali dan tentu lagi meriah . Dalam musim perayaan ni mungkin ada juga yang plan makan angin di luar dengan menyambut krismas putih . memang siok juga kalau menyambut Krismas putih ni dapat membuat orang salji dan membaling bola  salji , ada juga yang balik ke kampung halaman menyambut perayaan ni bersama famili yang lama tak jumpa . Bagi saya tak mengira di mana menyambut perayaan ni , yang penting bersama orang kesayangan dalam perayaan ni penuh riang dan gembira oleh tu baru dikatakan hari krismas yang sempurna .

Dalam musim perayaan ni semua pusat beli-belah pun boleh dikatakan sibuk untuk setiap pelanggan yang mengunjungi di sini , paling menarik juga ialah ada juga jualan murah-murah , oleh tu setiap pelanggan pasti tak melepaskan peluang untuk shopping dengan membuat persediaan krismas nanti . " christmas mood " pun dibawa-bawa dengan penuh ceria tak mengira di mana berada , bagi saya sendiri pun tak sabar memmena Krismas tahun ni .... hehe . Akhir sekali ialah saya Lanseikong tetap bersama semua merasai " christmas mood " dengan menanti krismas tahun ni lebih lebih ceria dan meriah ......




Monday, 26 August 2019

Menu Baru Penerbangan AirAsia Iaitu Burger Inspi [ Red ]


 

Hari ni saya memperkenalkan satu burger keluaran baru , tapi burger ni tiada di luar sana cuma terdapat di penerbangan pesawat AirAsia , oleh tu sesiapa yang menaiki pesawat AirAsia yang lupa mencubakan burger baru ni masa dalam penerbangan ni , bagi saya burger ni sangat unik dan cukup menarik dengan warna merah untuk tema AirAsia juga . Nama burger ni ialah inspi [ Red ] yang dihasilkan oleh seorang chef Thailand yang bernama Hong Thaimee yang sikarang menetap di sebuah bandar luar negara iaitu New York , bagi saya dia memang cukup membanggakan di negara asalnya kerana berjaya menghasilkan menu baru ni .

Tentang bahan-bahan untuk membuat burger ni ialah semua bahan yang segar seperti daun jeruk purut , serai , patty daging ayam yang lazat , sos mayonis , kol ungu , kicap ikan , tomato dan akhir sekali ialah roti bun yang berwarna merah . Dengan bahan-bahan yang lengkap ni akan dapat menghasilkan burger baru ni , tentang harga burger ni juga hanya RM 10 untuk sebiji , boleh dikatakan bukan mahal dan boleh susah menikmati kelazatan burger baru ni yang tiada di pasaran luar sana , bagi saya memang berbaloi . Oleh tu kamurang pun jangan melepaskan peluang untuk menikmati burger inspi [ Red ] ni juga .

Tentang burger ni juga terdapat dalam menu AirAsia santan , oleh tu jangan melepaskan peluang ni untuk mencuba burger ni dan juga boleh menilaikan sendiri kesedapan tentang burger ni juga , dengan harga berpatutan boleh sudah mencuba resepi burger yang terbaik ni sudah . Akhir sekali lagi kami sebagai blogger team di sini tetap memberi sokongan terhadap apa menu yang terdapat pada penerbangan AirAsia ni , bukan saja memdapat tiket penerbangan murah tetapi dapat juga merasakan menu baru ni juga . Oleh tu ni memang menjadi penerbangan pilihan orang ramai tak kira di mana berada ......

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...