Saturday, 10 August 2019

Callie Jelly Cake @ Kuala Lumpur

Hi , hari ni saya ingin memperkenalkan satu tempat dengan berbagai jenis kek di sini , siapa peminat makan kek di sini ? Tapi ni kek dengan menggunakan bahan utama iaitu jeli , oleh bagi saya memang cukup menarik apabila mendengar kek jeli ni , saya sendiri gemar makan jeli di sini dan kek macam begini memang menjadi pilihan utama saya juga ni . Bagaimana citra rasa kamurang ni juga ? Bagi saya kek jeli ni memang tak manis dan kalau makan banyak pun tak juga rasa kehausan dengan mau mencari air ni , tentang tempat membuat kek jeli ni bernama Callie Jelly Cake , kalau bagi sesiapa yang tinggal di sana Kuala Lumpur memang tak melepaskan peluang untuk merasakan kek jeli ni juga . Bagi saya juga kalau ada peluang akan datang saya pun ingin juga merasakan kek jeli buatan miss Callie Chan ni juga , sebab saya boleh rasakan dia ni seorang pembuat kek yang hebat sampai mempunyai kelas sendiri untuk mengajar setiap pelajarnya tentang membuat kek jeli ni juga , bila saya nampak gambar kek jeli ni juga terus mau jatuh air liur ni ..... hehehe . 




Tentang setiap kek jeli ni memang cukup kreatif dan mempunyai banyak bentuk pilihan dengan mengikut citarasa pelanggan masing-masing di sini , bagi saya memang tau kek jeli ni memang menjadi tumpuan setiap pelanggan dia yang datang untuk menempah kek jeli sebagai menyambut hari jadi , perkhawinan , ulangtahun dan bayi cukup sebulan . Selain tu juga dia juga membuat kuih bulan jeli untuk perayaan pesta kuih bulan , kalau siapa ingin merasakan kuih bulan jeli boleh menempah dengan Callie Chan juga , nanti saya akan memberi nombor handphone nya di bawah nanti supaya senang untuk menghubungi dengan membuat tempahan kek jeli ni .  Tentang kek jeli ni juga berwarna-warni dengan cukup membuatkan ingin merasakan kek jeli ni juga , bagi saya memberi lima bintang tentang kek jeli ni juga , kalau ingin tau harga pasal ni kek jeli boleh cuba menghubungi Callie Chan pada bila-bila masa untuk membuat tempahan kek jeli ni . Ia juga terdapat kek jeli mini untuk setiap pesta yang terdapat di kafe ni juga , 

Bagi saya kek jeli ni juga boleh dikatakan mendapat sambutan orang ramai juga , oleh tu memang tak merugikan kalau mencuba tempah kek jeli ni juga . Satu lagi saya juga ialah ingin membuat blog interview dengan Callie Chan juga akan datang , sebab ingin mengenali pembuat kek jeli yang popular ni juga . Dia juga mempunyai ramai pelajarnya yang juga bukan hanya berasal dari negara kita sendiri juga , ni membuktikan dia bahawa memang seorang pembuat kek jeli yang mempunyai kebolehan tinggi , biarpun saya di sini juga ingin mengucapkan tahniah kepada Callie Chan yang selama ni berusaha dalam bidang ni juga mencapai satu kejayaan dalam hidupnya .



Tentang " kek cup jeli " yang sentiasa juga menjadi pilihan utama untuk menjadikan jamuan minum petang , ia juga terdapat berbagai bentuk dalam kartun watak dalam animasi juga , oleh tu kalau anak-anak kecil kamurang yang mengadakan jamuan harijadi mereka dan juga boleh mencuba menempah kek cup jeli juga dan memastikan ramai kanak-kanak lain pasti suka dengan menghadiri jamuan harijadi anak kamurang juga . Akhirnya sekali ialah saya Lanseikong sebagai lifestyle blogger juga di sini mengucapkan tahniah sekali lagi dengan Callie Chan dengan kejayaan dalam bidang ni juga . Semoga teruskan maju dan berjaya dalam bidangnya dan bagi saya di sini memberi lima bintang tentang kek jeli ni juga dan boleh dikatakan memang terbaik serta tak merugikan untuk mencuba kek jeli yang terdapat di Callie Jelly Cake ......



Callie Jelly Cake
No 119 , Jalan 11/27a ,
Seksyen 5 , Wangsa Maju ,
53300 , Kuala Lumpur ,
Malaysia 

Tel : 0192116699



Monday, 5 August 2019

Video Terbaru YouTuber Mukbang Kate Yup Memang Aneh

Hi , saya kembali lagi dalam blog saya ni buat masa ni saya memang agak sibuk sikit dan jarang blogging , tapi bila saya mendapat satu cerita tentang seorang youtuber mukbang atau vlogger mukbang yang dikatakan macam kena diseksa oleh sesuatu , banyak sudah cerita ni kena viral di laman sosial dengan kelakuan aneh blogger mukbang ni dengan video terbarunya . Nama vlogger mukbang ni ialah Kate Yup yang berasal dari Vietnam , dia memang popular dengan channelnya di sana YouTube dan mendapat sambutan hangat , dia juga mempunyai peminat channelnya yang banyak . Oleh tu saya sendiri pun cuba menonton channel dia sebelum ni dan terbaru ni , bagi saya memang banyak perbezaan dan dia ni seolah-olah meminta pertolongan dalam video terbarunya ni . Cara-cara dia makan memang aneh seolah-olah macam lama sudah tak makan , paling ayat yang di dalam channelnya ialah " i'm so hungry " ni ayat memang membuat semua orang confused , kenapa dia boleh katakan gitu dalam channelnya ?  

Satu lagi ayat lain ialah " the meat Sooo deliciOuS .... soft and tender " ni bermaksud SOS juga , bila isyarat jari dia mengetuk tepi mangkuknya seperti menaip kod minta tolong di sana , kalau siapa-siapa belum tengok video terbarunya , boleh cuba tengok sendiri dan nilai sendiri apa perbezaannya video dia sebelum ni dan video terbarunya . Bagi saya pada permulaan dia makan dengan perlahan-lahan , bila ada sesuatu tarik mangkuknya , dia macam makan dengan kelam-kabut  dan laju sekali . Ni la perbezaannya video terbaru di youtube channelnya , bibir dia juga macam ada luka sambil lengan tangannya ada lebam juga . Lagipun badan dia dulu nampak berisi tapi video barunya nampak kurus , adakah dia kena dera ? Biarpun kita berdoa di sini agak kate yup ni dalam keadaan baik dan sihat di sana selalu . Saya Lanseikong sebagai lifestyle blogger pun berdoa keadaannya dalam keadaan baik selalu ...... 





Monday, 15 July 2019

Team Paranormal Lawas @ Sarawak


Saya kembali lagi di sini , dah lama sudah saya tak blogging sebab ada kesibukan sedikit buat masa ni . Kali ni saya blogging tentang sebuah team paranormal dari lawas atau dikenali sebagai Team Paranormal Lawas ( TPL ) yang berasal dari Sarawak juga ni , sebenarnya team paranormal ni dah lama sudah aktif dalam bidang paranormal ni dan banyak sudah tempat mereka membuat aktiviti paranormal di sana sarawak dan baru-baru ni team ni juga mula berkembang di sini Sabah juga dan ramai peminat team ni juga , saya sendiri pun sempat berjumpa ketua pengasas team ni juga , dia nampak sangat friendly terhadap semua orang sekilingnya . Siapa yang saya ingin maksudkan tentang pengasas ni ? Kalau bukan dia siapa lagi , mungkin ada yang dah kenal pengasas ni juga , nama dia ialah Sennamiey . Bagi saya dia ni memang ada bakat dalam bidang paranormal ni juga , sebelum ni dia dan team dia telah membuat aktiviti paranormal di sana tokong lama yang usang dekat kawasan Inanam , Tuaran Beach Resort dan Banglo di sana Signal Hill . Kamurang juga boleh melayani YouTube channel mereka juga , mungkin dia situ boleh melihat aktiviti paranormal mereka . Saya sendiri pun dah lihat aktiviti paranormal mereka di YouTube channel mereka , ia boleh dikatakan menarik . Sebelum saya berhenti blogging di sini juga , saya ingin menunaikan ketabahan semangat team paranormal lawas ni memang hebat dan sentiasa bekerjasama semasa menjalankan aktiviti paranormal tak kira di mana berada , teruskan perjuangan kamurang di dalam bidang paranormal ni dan tetap akan berjaya satu hari nanti . 

Tentang team paranormal lawas juga boleh dikatakan mendapat sambutan hangat di sini Sabah , bagi saya sendiri pun mengaku kerana mereka boleh dikatakan penuh kerajinan dengan menjalankan aktiviti paranormal di mana-mana saja , team ni juga dibarisi oleh setiap crew yang cukup pengalaman dan boleh dikatakan sebagai best soldier in the battlefield , oleh tu sekarang mereka sedang mengaturkan paranormal aktiviti akan datang juga , pada masa akan datang juga saya akan blogging tentang satu lagi team paranormal dari Sabah , ia bukan terkenal macam team paranormal lain , cuma macam cendawan baru tumbuh lepas hujan . Mari kita sama-sama menantikan team paranormal yang saya akan blogging akan datang nanti ......

Tuesday, 25 June 2019

Gen.Z @ Damai Phase 4

Kebanyakan orang ramai minat minum minuman Bubble Tea sebab ia sejenis minuman yang terdapat berbagai rasa dan juga berasal darinegara Taiwan yang telah berkembang ke seluruh negara lain dan memang boleh dikatakan memang popular , minuman jenis begini biasanya digemari oleh remaja . Kesedapan rasa minuman ni juga tak terhingga , kalau di negara barat minuman ni dikenali sebagai Bobba Tea dan di negara Asia dikenali sebagai Bubble Milky Tea itulah perbezaan nama panggilan minuman ni . Hari ni saya memperkenalkan sebuah kafe yang mempunyai berbagai jenis minuman bubble tea ni , tapi ia berbeza dengan bubble tea yang lain , nama kafe ni ialah Gen.Z yang cukup popular dan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai .

Bagi saya kafe ni juga mempunyai banyak cawangan lain di sini Sabah dan saya memperkenalkan satu cawangan di sini Kota Kinabalu yang berada lokasi di Damai Phase 4 , oleh tu memang patut mencuba minuman yang sedap ni berbanding minuman bubble tea yang lain berada di luar sana . Sebelum saya bermula blog saya di sini dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Jenny dan Alex yang menjemput saya datang ke kafe mereka ni untuk merasakan berbagai jenis minuman yang hebat terdapat di sini . 




Tentang minuman yang pertama saya kasih memperkenalkan ialah Kudat Blue Tears  minuma ni memang luar biasa kerana mempunyai warna yang menarik serta rasa juga tak menghampakan , minuman ni juga merupakan kegemaran  utama bagi pelanggan yang datang ke sini , kelebihan minum ni ialah terdapat yogurt ball yang lebih lembut dari pearl . Bila masa saya merasakan minuman ni memang dapat merasakan asam manis tentang minuman ni dan bila saya mengigit tu gigit yogurt ball , ia lembut dan mudah pecah dan dapat merasakannya yogurt sebenar di dalam mulut ni juga . Bagi saya minum memang cukup manis dan lebih sesuai untuk orang-orang muda yang suka kemanisan sebenar . Saya di sini memberi 4 bintang terhadap minuman ni dan boleh melihat jenis minuman ni di bawah gambar ni juga . Lagi satu nama minuman juga memang nampak cool dan sesuai dengan minuman ni juga .










Ini pula ialah minuman sejarah sebenar tentang bubble  tea dengan lebih dikenali sebagai Milk Tea With Pearl ia paling digemari oleh setiap remaja bila mengunjungi bubble tea cafe ,  bagi saya minuman ni adalah minuman penuh sejarah . Dulu-dulu masa saya bujang dulu pun minat minuman ni , mungkin dah tua sudah tak berapa sudah terutama saya berumahtangga . Biarpun saya memang boleh mengatakan minuman ni memang old skool dan sambutan hangat minuman ni memang tak pernah tawar hati dari dulu sampai sekarang , oleh tu saya memberi markah penuh juga tentang minuman old skool ni . 



Tentang minuman ketiga yang saya ingin memperkenalkan ialah Signature Milk Tea With Pearl ni memang luar biasa citarasa minuman ni . Kenapa saya berkata gitu ? Sebenarnya minuman ni dohasdihas oleh susu segar yang sebenar dengan campuran gula Melaka yang cukup menambahkan rasa sebenar , bagi saya minuman ni memang tiada di luar sana dan bila masa saya merasakan minuman ni dengan cukup rasa susu segar dengan kemanisan dari gula melaka pun sesuai untuk kualiti minuman ni juga , kalau kamurang rasa susah mau tidur kerana minum Tea . Inilah minuman paling sesuai untuk kamurang semua tak kira orang muda atau tua , oleh tu boleh datang sendiri dengan membawa famili atau kawan-kawan untuk mencuba minuman yang sedap dan luar biasa ni . Tentang minuman ni juga macam biasa memberi markah penuh terhadap keunikan minuman ni , ia juga menjadi minuman utama di dalam kafe ni juga . 

Minuman keempat yang saya ingin memperkenalkan minuman yang cukup sihat juga kerana kemanisan tentang minuman ni boleh dikatakan hanya 2 % aje dan juga keharuman coklat charcoal sebenar yang terdapat pada minuman ni juga boleh dikatakan memang sesuai untuk orang-orang yang sudah berusia tua juga , minuman seperti ni memang tak menjejaskan kesihatan juga , oleh tu mesti mencuba minuman ni dan sendiri kamurang boleh menilai tahap sebenar tentang minuman ni juga , boleh melihat gambar minuman ni dibawah tentang berapa kesedapan rasa ni . Bagi saya sendiri pun tertarik hati dengan minuman ni selain signature milk tea with pearl yang saya paling suka didi dalam kafe ni , nama minuman ni yang saya maksudkan ialah Charcoal Chocolate . Boleh melihat gambar minuman di bawah sini . 


Seterusnya ialah minuman yang penuh rasa buah segar dan juga mendapat sambutan ramai orang juga iaitu Fruits Tea , rasa minuman ni memang asam dan manis serta buah yang segar dengan campur dalam minuman ni menghasilkan jenis minuman yang paling ramai gemari juga , ni pun juga satu minuman yang sihat . Siapa mengemari minuman yang dihasilkan oleh buah segar dan rasa asam dan manis , ni lah minuman paling sesuai untuk kamurang semua . Oleh tu jangan melepaskan peluang untuk merasakan minuman terbaik ni juga ..... 








Gen.Z 
Lot 40 , Ground Floor ,
Block E , Damai Phase 4 ,
88300 Kota Kinabalu ,
Sabah .



Saturday, 22 June 2019

Delicious Curry House @ Taman Ridgeview

Tentang Kota Kinabalu memang femes dengan berbagai jenis makanan dan minuman yang sedap dan mendapat sambutan hangat dari orang ramai tak kira tempatan atau pelancong asing , hari ni saya memperkenalkan satu restoran yang paling femes juga pernah saya rasa hari ni iaitu Delicious Curry House yang berada lokasi di Kepayan , saya di sini memperkenalkan berapa jenis makanan di sini , bagi saya boleh dikatakan memang makanan paling sedap pernah saya merasai di sini . 



Tentang masakan pertama yang saya memperkenalkan ni ialah " fried chicken "  biarpun hidangan nampak macam biasa tetap bila merasakannya memang rangup dan sedap dengan mencelup dengan cili padi yang disediakan bersama hidangan ni juga , bagi saya hidangan ni memang boleh dikatakan memuaskan hati . Oleh itu memang patut mencuba hidangan ni juga . Tentang daging ayam ni juga nampak lembut dengan kulitnya yang rangup , tentang hidangan ni juga boleh untuk dua orang aje . Kalau ramai mau mencuba hidangan ni juga boleh order 2 atau 3 piring dan boleh dikatakan baru dapat memuaskan hati semua orang .


Hidangan ni juga boleh menjadikan pusas bila melepak bersama kawan-kawan di sini restoran , bagi saya hidangan ni juga kena diberikan empat bintang biarpun hidangan ni penuh rasa keenakan , cuma piring hidangan ni terlalu kecil dan harap hidangan ni ada medium sized atau large sized tentang hidangan ni supaya dapat lagi memuaskan hati pelanggan di sini tentang kesedapan hidangan ni juga . Saya di sini juga memuji tukang masak mereka yang berpotensi dengan dapat menyediakan setiap hidangan yang sedap termasuk hidangan ni juga . 



Saya memperkenalkan hidangan kedua di sini iaitu " winged beans "  , hidangan ni juga merupakan kegemaran rakyat tempatan kerana keenakan bila memasak dengan cara goreng berempah kerana ia mendapat kesedapan makanan ni juga , saya sendiri mencuba sedikit pun merasakannya sedap biarpun ni bukan makanan kegemaran saya .... Hehe . Saya di sini tetap juga memberikan THUMB UP tentang hidangan yang unik dan sedap ni ,  memang boleh dikatakan  akan menambah nasi dua piring dengan hanya hidangan ni kalau berada di rumah .... Hehe . Akan datang juga saya akan mencuba masakan ni di rumah juga , manatau ia akan menjadi makanan pilihan saya akan datang .... Hehe

Tentang hidangan ketiga ialah  " asam fish " dan ni boleh dikatakan hidangan yang paling sedap dan sampai saya pun menjilat bibir kerana kesedapan hidangan ni terutama kuahnya bila mencampurkan di sana nasi dan bila makan isi ikannya pun rasa lembut dan juga segar tentang isi ikan ni , bagi saya ni memang sesuai menjadikan menu utama  dan juga memang rugi kalau tak mencuba rasa hidangan ni juga . Saya juga di sini boleh menjaminkan hidangan kotak akan mengecewakan citarasa semua orang juga , oleh tu jangan melepaskan peluang untuk merasakan hidangan ni . 




Bagi saya hidangan terakhir di sini iaitu " fried egg with prawns " , hidangan mungkin nampak biasa tapi yang paling unik ialah mengandungi udang yang segar yang terdapat pada telur goreng ni , pada permulaannya memang nampak macam setakat telur biasa tetapi bila merasakannya ia terdapat udang bersama telur ni juga , oleh tu saya bagi markah penuh juga tentang hidangan ni juga . Bila merasakannya baru tau apa perbezaan telur goreng ni juga , tentang telur goreng ni juga penuh kelembutan bila masa makan di dalam mulut seolah macam pudding , oleh tu hidangan ni semestinya berada di atas meja untuk menjadi hidangan pilihan semua juga  . Oleh tu jangan melepaskan peluang membawa famili atau kawan-kawan datang ke restoran ni juga . 








Delicious Curry House
63 , Lorong Austral 10 ,
Taman Ridgeview ,
88200 Kota Kinabalu ,
Sabah .

Tel : 088319777










Friday, 7 June 2019

Blogger Wanita Yang Terbaik

Hari ni saya blogging tentang 3 orang blogger wanita yang menjadi pilihan utama di dalam blog saya ni , biarpun ramai lagi blogger wanita juga hebat di sana luar tapi saya memilih 3 orang blogger wanita ni menjadi pilihan utama blog saya ni sebab mempunyai blogging style mereka unik yang sentiasa menarik ramai pembaca mereka . Siapakah mereka yang saya maksudkan di sini ? Sebelum saya mulakan blogging di sini tentu semua masih dalam keadaan mood cuti hari raya ni dan ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri , baiklah saya di sini ingin memperkenalkan 3 orang blogger wanita pilihan di sini . 



Chanwon.com merupakan blog wanita yang sentiasa mengenali tentang kehidupan , kecantikan dan perlancongan juga , dia ni juga merupakan seorang blogger wanita yang berbakat dengan menghasilkan blogging yang sentiasa mendapat sambutan ramai pembacanya sendiri . Memang tidak rugi cuba membuat blogwalking di blognya juga dan dapat tau apa beza cara bloggingnya juga dan boleh belajar sesuatu yang kita belum belajar juga tentang cara dia blogging ni . 

Wajahnya pun nampak comel juga dan dalam tekaan lingkungan umurnya mungkin hanya baru mau masuk 22 tahun ni .... hehe , sebab kenapa ? saya nampak mukanya ni nampak masih muda dan comel , tak hairan juga ramai peminat di blognya . Biar apapun usaha dia ni juga tak akan sia-sia dan percaya akan terus naik nama dia ni juga dan mungkin akan memberi impact besar dalam dunia blogger ni di Malaysia .



Tentang Sunshinekelly.com pun boleh dikatakan blog yang banyak pembaca juga , ia juga memang seorang blogger yang ramai peminat juga dengan senyumannya yang cukup menawan hati , blognya ialah berkaitan tentang kecantikan , perlancongan , kehidupan dan kesihatan . Ini boleh dikatakan memang hebat n cara bloggingnya juga senang memudahkan dalam pembacaan ,  bagi saya tentang Kelly ni juga memang berbakat dalam dunia blogging ni juga . Kalau ada anugerah blogger , mungkin dia akan juga tercalon juga . 

Sebenarnya Kelly ni juga dah lama sudah menceburi bidang blogger juga dan cara dia blogging juga biasa menggunakan bahasa english , memang seorang yang hebat , saya sendiri pun sempat blogwalking di blog dia juga dan saya pun tertarik dengan cara bloggingnya juga . Sesiapa yang belum lagi blogwalking di blog dia dan boleh cuba sambil boleh tau apa beza blog dia .



Akhir sekali tentu blogger wanita yang paling cantik di sini dengan menghasilkan blognya yang bernama Bangsarbabe , siapa tak kenal blogger yang cantik ni ? Nama sebenarnya ialah Sue Lynn juga dah lama menceburi kerjaya blogger ni juga , kadang-kadang saya sendiri pun ada buat blogwalking di blognya juga . Apa kelebihan blog dia ni ialah selalu blogging tentang  feksyen , pelancongan , kecantikan dan makanan . 

Dengan sifat kecantikan dia ni lebih ramai lagi membawa pembaca ke blognya , bagi saya dia ni boleh jadi duta jenama bagi mana-mana syarikat besar di sana luar juga . biar apapun kita ni tetap sokong blogger Malaysia tak kira jejaka atau wanita , sebab boleh membuktikan negara kita ni mempunyai bakat-bakat yang terpendam . Saya sendiri pun blogger juga tapi masih tahap di bawah lagi .... hehe , tapi tak apa saya tetap belajar dari blog-blog senior ni juga , janji ada semangat dan tak mudah putus asa apa yang kita ingin mencapaikan .  

Akhir sekali ialah saya  akan mendapat maklutmat lagi tentang blogger jejaka yang mendapat sambutan akan datang nanti , saya sebagai lifestyle blogger dan di sini mengucapkan terima kasih dan jumpa lagi di blog yang sama ..... peace ! 

Wednesday, 5 June 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019

Hari ni merupakan Hari Raya Aidilfitri pertama dan saya di sini sebelum mulakan blogging , saya ingin mengucapkan " Selamat Hari Raya Aidilfitri " untuk semua kawan-kawan yang beragama muslim di sana luar . Tentang hari raya mesti teringat makanan sedap-sedap yang kena dihidangkan oleh setiap keluarga untuk sesisi di rumah dan juga saudara atau kawan-kawan yang datang melawat ke rumah , bagi saya setiap rasa mesti teringat makanan kegemaran hari raya iaitu " rendang " .... hehe . Memang tak lari dari citarasa saya pada setiap tahun hari raya dengan pergi rumah terbuka , kedua ialah dapat merasakan sirap merah juga kegemaran saya .... hehe . 

Tentang aktiviti malam pula mesti melihat budak-budak main bunga api di halaman rumah dengan suasana meriah sekali , tapi adakah " meriam buluh " masih wujud di hari raya ? Setahu saya dulu-dulu setiap tahun hari raya mesti ada letupan meriam buluh dan cukup menambah suasana meriah selain bunga api , biarpun kalau masih wujud mesti hati-hati bermain meriam buluh pada hari raya ni dan jangan tercedera sendiri ya , biarpun saya bukan muslim tapi tetap menumpang suasana ceria ni di hari raya juga .



Tahun ni saya mungkin terlepas untuk menghadiri rumah terbuka pada hari raya ni untuk menikmati hidangan raya kegemaran saya , sebab saya mengalami kurang sihat di sini dan terpaksa berehat di rumah aje , tapi tak apa tahun depan masih ada peluang lagi .... hehe . Sempena raya ni kanak -kanak paling gembira kerana dapat duit raya dari orang dewasa dan juga bermain bunga api di waktu malam , tentang aktiviti orang dewasa pula menemani dan melayan saudara dan kawan-kawan yang datang ke rumah dengan penuh ceria dan peramah . Tapi bagi saya orang kesayangan mereka yang masih bertugas di luar tak dapat balik kampung halaman mereka untuk menyambut perayaan ni bersama keluarga tersayang , memang agak sedih sedikit tapi tak apa janji masih dapat menelefon orang kesayangan mereka untuk melepaskan rindu dalam perayaan ni juga .

Sebelum saya mengakhiri blogging di sini saya ingin minta maaf sebab tiada gambar aktiviti hari raya di sana rumah terbuka , sebab kurang sihat di sini . Biarpun saya akan cuba dapatkan gambar aktiviti hari raya tahun depan di blog saya ni , bisuk adalah raya ke-2 apakah aktiviti kamurang seterusnya ? kalau ada cerita menarik di hari raya ni boleh share comment di blog saya ni juga . Saya sebagai lifestyle blogger di sini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI .... MAAF ZAHIR DAN BATIN ..... 

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Korban Di Gaza

Hi , saya kembali ke dunia blog ni setelah lama saya berehat di sini , sebenarnya tujuan saya kembali ke sini ialah tentang serangan Israel ...